Cinta,Kasih dan Sayang..

Cinta..
Ada apa dengan cinta?
bolehkah ia dibeli?
Dijual sesuka hati?

Kasih..
Apa itu kasih?
Layakkah kita dikasihi orang?
Sedangkan kita tidak pernah tahu apa erti kasih..

Sayang..
Apa itu sayang?
Adakah itu ungkapan yang hanya manis di mulut?
Tetapi tidak pernah dirasai oleh hati?

Kita semua pernah merasakan cinta..kasih..dan sayang..
Tapi pernahkah kita benar-benar menghargainya?
Acap kali kita mempersoalkan..
cintakah dia?
kasihkah dia?
sayangkah dia?

Pejam mata dan tanya hati..
kita semua berhak merasakannya..
kerana itu jugalah kita hidup di dunia..

Tapi jika kita hilang semuanya..
Adakah itu boleh dijadikan alasan untuk bunuh diri?
Sedarlah cinta,kasih dan sayang manusia tidak boleh menandingi kasih dan sayang-Nya..

-Pelangibiru(novelispsycho)-