Mr.Mata Sayur Bab 9

Pagi ini puas Airiel dibebel oleh mamanya. Tetapi seperti biasa, ia seperti angin perlahan yang berlalu di telinganya. Ermm kenapa air aku tak sampai-sampai lagi ni? Mana si Qaira ni? Tak kan sebab semalam dia mogok tak nak buat air? Tuk tuk tuk!

Suraya masuk membawa air untuk Airiel, Airiel memandang pelik. “Mana Qaira? Kenapa Su yang hantar air ni?” Suraya yang sudah mengagak soalan itu daripada bosnya menjawab, “dia ambil MC bos, tak sihat katanya.”

“Sakit? Teruk ke?” Tanya Airiel dengan suara agak kelam kabut, Suraya tercengang. “Ehem,” dia berdehem bila melihat Suraya memandangnya pelik. “Lupakan apa yang I Tanya tadi, ingatkan I pasal meeting pukul dua nanti ok?” “Ok bos, dan.. Qaira cakap dia Cuma demam.” Hek eleh bos ni..kalau risau tu cakap je la..nampaknya sudah ada bunga-bunga dalam hati gitu, Suraya keluar dari bilik tersebut sambil tersenyum.

“Hello akak assalamualaikum,” suara Qaira dari memberi salam setelah Suraya mengangkat telefon. “Walaikumsalam Qaira, Qaira tahu tak yang bos macam risaukan Qaira bila dia dapat tahu Qaira sakit? Haha” Suraya ketawa perlahan. “Ish merepek apa akak ni? Dia tu kalau boleh tak nak Qaira muncul depan dia taw, so macam mana akak? Dia marah tak Qaira tak hadir?” Tanya Qaira gusar, ialah tak pasal-pasal nanti Mr. Mata Sayur tu ingat dia lari pulak, naya dia masuk penjara nanti.

“Dia tak nampak macam marah pun Qaira, risau lagi adala..korang ni ada apa-apa ke?” usik Suraya lagi. “Apanya nak ada apa-apa akak, dia punya girl..” Qaira terdiam seketika. “Dia tak suka Qaira la..dan Qaira pon tak suka dia, mintak simpang la kalau dengan dia tu, dah la mata macam alien, peragai tak semengah pulak tu..huh!”

“Amboi.. sedapnya u kutuk I Qaira, I tak peduli dalam masa setengah jam u tak terpacak depan I, tahula nasib u!” talian diputus kan. Mulut Qaira ternganga…ohmaiii matila aku! Kenapa akak tak cakap dia ada dekat situ? Ya Allah.. Qaira cepat-cepat mengambil tualanya dan bersiap untuk ke pejabat.
*********************
“Qaira.. akak minta maaf sangat-sangat, akak tak perasan dia ada depan akak Qaira.” Kelam kabut Suraya menjelaskan kepada Qaira sebaik sahaja Qaira tiba, sebak suaranya. Kalau la Qaira diberhentikan disebabkan dia, memang dia akan merasa sangat bersalah. Sememangnya dia memang tidak tahu apa yang terjadi di antara Qaira dan bosnya itu. “Tak pe la akak..Qaira pergi jumpa dia dulu, nanti mengamuk pulak.”

Qaira mengetuk pintu bilik Airiel sebelum melangkah masuk ke dalam. “Duduk,” ujar Airiel. “u sakit?” Ish Tanya lagi mata sayur ni! Dah jelas-jelas aku bagi mc, kang aku tepek jugak mc tu dekat mata sayur dia tu. “Ye la bos..ni saya ada bawak surat mc kalau bos tak percaya, saya tahu amanah saya bos, untuk langsaikan hutang saya.” Lemah suara Qaira yang sememangnya sedang demam, muka pucat Qaira membuat Airiel serba salah. “Err kalau macam tu u boleh balik.”

“What? Bos suruh saya datang semata-mata sebab ni je? Tak pe la bos biar saya masuk kerja hari ni.” Ujar Qaira penat-penat dia datang si mata sayur ni nak Tanya ni je..ingat nak suruh dia masuk kerja. “ U sakit kan.. nanti orang cakap I dera pekerja I pulak, dah u pergi balik.”

“Tadi bos jugak yang suruh saya datang kan?” ujar Qaira tak puas hati “Dah alang-alang saya dekat sini saya kerja je la.” sambungnya lagi. “Ye.. memang I suruh u datang, tapi I tak suruh u kerja. Sekarang u balik atau u nak I suruh u buat air untuk semua orang satu pejabat ni?”

“Ok, saya balik sekaarang.” Sabar la wahai hati.. Qaira bangun, dan mula melangkah. Baru dua langkah, pandangannya mula berbalam-balam sebelum dia rebah. “Qaira!” Airiel terkejut melihat Qaira yang tiba-tiba rebah, di menepuk-nepuk perlahan pipi Qaira. Dia meletakkan belakang tapak tangannya di atas dahi Qaira. Panas! Rasa bersalah mula terbit dihatinya. Dia mengangkat tubuh Qaira.

“Ya Allah, kenapa ni bos?” Suraya kaget melihat bosnya mengendong Qaira. “Tolong I Su, Qaira pengsan.”  
Qaira membuka perlahan-lahan matanya, putih! Aku dekat mana ni? “Qaira thank god u dah sedar,” Airiel lega. “Bos? Err saya dekat mana ni bos?” Apa yang terjadi ni? Tadi rasanya aku dekat office, lepas tu..lepas tu..aku pitam? Ya Allah..

“U pitam tadi, suhu badan u tinggi sangat. Tapi nasib baik u tak kena tahan dekat wad, so sekarang jom I hantar u balik.”

“Eh..tak payah la..saya boleh balik sendiri,” Ujar Qaira perlahan. “u nak bukak mulut pon tak larat nak balik sendiri pulak? Dah jangan degil, jom!” Airiel memimpin Qaira sementara sebelah lagi tangannya memegang plastik ubat, Qaira yang sememangnya lemah tidak dapat melawan. Airiel membuka pintu kereta untuk Qaira, cemberut di wajah Qairaa tidak dipedulikan.

“U tunggu jap,” ujar Airiel setelah membelok masuk kesebuah restoran. Setelah sepuluh minit dia keluar dengan membawa bungkusan makanan. “Esok tak payah datang kerja, u dapat mc dua hari. Tapi cuti tu u kena ganti la..cuti dua hari, ganti empat hari.”

“Eh, macam tu pulak? Cuti dua hari, ganti dua hari la bos.” Qaira tidak puas hati, dasar mata sayur!
“sekarang ni u bos ke I bos? U yang berhutang ke I yang berhutang?” Tanya Airiel sambil menjungkitkan sebelah keningnya. Kerek!

“Bos la bos, dan saya yang berhutang,” perlahan suara Qaira kedengaran di telinga Airiel. Airiel senyum. ‘Eh, senyum pulak dia ni..memang suka kenakan aku!’ monolog Qaira. Bergerak-gerak mulutnya. Airiel memerhatikan Qaira dari ekor matanya, comel!

“Ni untuk u, makanan dan ubat. U kena makan dulu sebelum makan ubat.” Airiel menghulur plastic makanan dan ubat kepada Qaira. Qaira menyambut bungkusan tersebut, “terima kasih bos.” Qaira senyum sedikit.
Airiel seolah-olah terpana melihat senyuman itu, namun dia sedar setelah melihat Qaira terkial-kial keluar dari kereta. Airiel keluar dan memimpin Qaira keluar dari kereta. Qaira tersentak, “eh bos, saya boleh keluar sendiri.”

“U lemah lagi ni Qaira, sini I tolong.” Airiel memimpin Qaira sampai ke pintu pagar rumahnya. Dia turut membukakan dan mengunci pintu pagar untuk Qaira. Qaira merasa semacam apabila di pegang Airiel, huwaa dia tidak rela! Tetapi bohong la kalau hatinya tidak tersentuh dengan kelakuan baik Airiel terhadapnya. Airiel berlalu setelah memastikan Qaira masuk ke dalam rumahnya. Entah kenapa hatinya merasakan sesuatu..

harap maaf klo ade kekurangan..harap korang dpat komen untuk saya buat lgi baik ;)

2 comments: