Amran memimpin
isterinya merentasi kepekatan malam di dalam ladang kelapa sawit tersebut.
Isterinya yang sarat mengandung itu menyukarkan perjalanan mereka. Kedengaran
sayup-sayup suara semakin mendekat.
“Mah dah tak larat
abang, abang pergilah tinggalkan Mah.” Termengah-mengah dirinya mengungkap
kata-kata tersebut. Kesakitan yang perit di tubuhnya tidak dapat ditahan lagi.
“Takkan lah abang nak
tinggalkan Mah dengan anak kita? Kita lalui semua ni sama-sama Mah.”
Bukk!! Tubuh Amran
tersembam ke tanah. Ditendang oleh manusia tidak berhati perut berwajah bengis.
“Owh kau nak lari yer?
Apa kau ingat kau boleh lepas dari aku
huh?!” Jerkah si durjana itu.
“Bunuh perempuan tu
cepat Man!” Arahnya kepada lelaki yang
lagi satu. Mungkin kuncunya.
“Bos, di dia
mengandung.” Bergetar suara itu.
“Mengandung ke apa
ke..yang penting kerja kita bunuh dia paham?!”
“Tolong jangan bunuh
isteri aku..tolong jangan kasihanilah kami..dia sedang sarat mengandung..tolonglah..”
Rayu si suami teresak-resak.
“Arghh! Peduli apa aku!
Kau jangan risau sebab kau pon akan mampus jugak tahu tak!” Serentak dengan itu
tubuh itu diterajang bertubi-tubi tanpa belas kasihan. Si isteri hanya mampu melihat dan redha dengan apa yang
akan berlaku nanti.
Sebilah pisau Rambo
dikeluarkan. Pisau itu dihunus ke perut si suami..
“Allah..” lemah suara
yang keluar dari mulut si suami. Lemah tidak berdaya tubuh itu lalu ia terkulai
diam.
Si isteri menjerit
merayu agar berhenti.
Pisau yang tadinya
ditusuk pada si suami ditarik keluar.. lelaki durjana itu pergi ke si isteri
yang sedang duduk merintih tidak jauh dari situ diawasi kuncunya.
“Bos..apa kata kita
lepaskan perempuan ni..lagi pon dia tak bahaya.” Kata kuncunya. Sifat belas
kasihan terbit pada lelaki itu melihatkan perempuan itu yang sedang sarat
mengandung.
“Kau gila ke Man? Duit
kau dah sapu kerja kau nak ngelat? kau rasa apa yang jadi dekat kita kalau kita
biar perempuan ni hidup? Tak pasal-pasal kita yang kena bunuh tahu tak?!”
Belum sempat kuncunya
menjawab pisau sudah dihunus ke perut si isteri itu. Darah likat pekat mengalir
keluar.
“Argh.. Allah..” Rintih
si isteri.
“Sesungguhnya hanya
Allah yang dapat membalas perbuatan kamu berdua..aku sumpah kamu berdua takkan
bahagia.” Ujar sang isteri sambil menahan kesakitan yang amat.
“Argh!! Diam kau
perempuan!” Pisau ditarik keluar dan dihunus ke perut si isteri sekali lagi, sehingga si isteri tersebut
pejam rapat matanya dan terkulai di situ.
************************************
“Lisa! Air aku mana huh?
Lembab betul la kau ni!” Kepala gadis itu ditunjal-tunjal.
“Maaf Risa aku memang
nak buat tapi kain baju ni banyak sangat, kena habiskan basuh dulu.” Kain yang
bertimbun itu perlu dicuci.. kalau dibiarkan lagi mahu putus urat sarafnya. Dia
perlu mencuci dengan tangan kerana kedaifan keluarga tersebut. Lagi pun takut
nanti tidak ada baju bersih lagi yang boleh dipakai.
“Pandai kau menjawab
kan.. alasan je ni semua.. kau tak boleh ke buatkan dulu? Geram betullah!”
Tengking gadis itu
lagi, sayang..rupa cantik tetapi tidak seindah kelakuannya.
“Entah kenpa ayah
sayang sangat dekat kau pun aku tak tahu!” Gadis itu berlalu sambil kakinya
dihentak-hentak ke lantai papan itu. Untung-untung boleh roboh rumah papan
tersebut.
“Risa oiii..kau nak
bagi roboh ke rumah kita ni? Cubalah kau menolong Lisa tu mencuci kain baju
tu..adalah jugak faedahnya.” Bebel ibunya yang baru balik menoreh.
“Ibu..kalau Risa cuci
baju-baju tu, kasar la tangan Risa ni..macam mana Risa nak kahwen dengan orang
kaya ibu? Ibu tak nak hidup senang ke?”
“Nak hidup senang tak
semestinya kena kahwen dengan orang kaya, apa gunanya ayah hantar kamu berdua
mengaji?” Ayahnya yang baru tiba itu menjawab pertanyaan anak gadisnya itu.
“Kalau Lisa tu bolehlah
ayah, dia kan bijak. Risa ni tak berapa pandai harap muka Risa je cantik.hehe.”
Ketawanya gedik perasan dengan kecantikan diri sendiri.
Geleng kepala si ayah
mendengar jawapan anak gadisnya itu.
“Ibu..” Panggil Lisa
lembut.
“Lisa ni ibu ada kutip
pucuk paku, tunggu ibu masak yer sayang, nanti kita makan sama-sama.”
“Baik ibu..Lisa masak
nasi dulu.” Lisa menuju ke dapur kayu dibelakang rumah tersebut. Dalam dunia
serba moden masih ada yang menggunakan dapur tersebut menunjukkan betapa
daifnya mereka. Dapur gasnya ada..Cuma, gasnya telah habis dan mereka tidak
mampu membelinya. Makan saja saja umpama ayam, terkais-kais di tanah. Kalau ada cacing di situ,
adalah..kalau tidak ada, tempat lain pula di cari.
Risa cuma memerhati ibu
dan adik kembarnya itu membuat kerja di dapur. Mahu tolong? Jauh sekali. Usia mereka yang baru tujuh belas
tahun itu memberi dua perwatakan yang
berbeza pada kedua kembar tak seiras tersebut.
*************************************
“Woii budak miskin, kau
bangun sekarang!” Tengking seorang pelajar perempuan kepada Alisa ketika dia
sedang makan di kantin sekolah.
“Kenapa pulak? Saya
duduk sini dululah.” Alisa menjawab.
“Hei! Ni tempat aku tahu
tak? Kau tak layak nak duduk sini, dah lah busuk! Tengok baju kau yang dah nak
jadi warna kelabu tahi anjing tu..eiii.” Ejek pelajar itu pada Alisa, baju
Alisa itu memang sudah lusuh. Alisa menangis kerana malu diejek dan diketawakan
pelajar disitu.
Sorrpp!!! Terbeliak
mata Alisa melihat pelajar perempuan yang mengejeknya bermandikan mee kari.
Suasana menjadi senyap tiba-tiba, ada yang cuba menahan ketawa.
“Kau jangan pernah
sesekali nak buli adik kembar aku ni eh! Kalau aku nampak
sekali lagi mampus kau aku kerjakan, paham? Aku Tanya paham ke tak?!!” Jerit
Arisa bila pelajar itu hanya diam.
“Paham..” perlahan
pelajar perempuan itu menjawab hampir mengalir air matanya.
“Dah jum Lisa, berapa
kali aku nak cakap dekat kau ni? Jangan
lemah sangat, nanti kena buli. Aku je yang boleh buli kau tahu tak?” Bebelnya
sambil menarik tangan Alisa.
*************
Kedua kembar itu
berjalan kaki untuk pulang ke rumah, tiba-tiba ada sebuah kereta mewah berhenti
di hadapan mereka. Ada dua orang lelaki di dalam kereta tersebut.
“Kamu berdua
ni anak Pak Man ke?” Soal seorang lelaki dengan wajah serius.
Arisa menggeleng
manakala Alisa mengangguk. Arisa mencubit Alisa, lalu berbisik ‘kalau dia orang jahat macam mana?’
Pucat terus muka Alisa.
“Kamu berdua jangan takut, kami bukan orang jahat.
Mari kami hantarkan kamu berdua pulang. Dah alang-alang nak berjumpa ayah
kamu.” Pelawa lelaki itu.
Mereka teragak-agak untuk
naik, tetapi apabila lelaki itu bersungguh-sungguh mengajak barulah mereka
naik.
“Kamu berdua kembar?”
Soal lelaki yang memandu kereta tersebut.
“Aah.” Jawab Alisa. Arisa menjeling Alisa, kembarnya
itu kalau boleh semua nak diberitahu.
“Abang berdua ni siapa?
Ada apa nak berjumpa dengan ayah kami?” Tanya Arisa.
“Nanti kamu akan tahu
jugak.” Jawab lelaki di sebelah tempat duduk pemandu dengan senyuman terjungkit
di bibir.
*************************************************
“Alisa kena ikut
diorang balik.” Pak Man sehabis mungkin cuba mengawal getar suaranya.
“Apa ayah? Kenapa Alisa
kena ikut diorang? Diorang nak bawak Alisa pergi mana?” Soal Alisa
bertubi-tubi.
“Mereka akan bawak
Alisa tinggal dengan keluarga kandung Alisa.” Tersirap darah Alisa mendengarnya.
Arisa dari tadi cuma diam membisu.
“Ibu.. ayah cakap apa
ni? Bukan Alisa anak ibu dengan ayah ke? Adik kembar Arisa? Ibu jawablah,
jangan diam jer, ibu..” Tangisan Alisa mula berlagu.
“Risa..tolonglah cakap
dekat ayah yang Lisa ni anak ayah ibu..adik Risa.” Rayu Alisa kepada Arisa.
Namun kembarnya itu tidak memberikan
apa-apa reaksi.
“Kau memang bukan anak
ayah dan ibu, kau bukan adik aku.” Ujar Arisa sebelum masuk ke dalam kamarnya.
Dalam diam dia menahan sebak.
“Dah lah Lisa.. suka atau tidak, Alisa kena ikut
diorang. Alisa akan dapat kehidupan yang lebih baik di sana. Disamping keluarga
kandung Lisa.” Ujar ayahnya.
“Ibu.. apa ni ibu? Ibu
yang lahirkan Alisa kan?” Alisa pergi ke ibunya pula.
“Alisa bukan anak ibu
sayang.. ayah yang bawa balik Alisa dulu, pergilah sayang.. Alisa akan
dapat kehidupan yang lebih baik lagi.”
“Nah upah untuk kau
jaga dia sampai sekarang,” lelaki itu menghuurkan sekeping cek kepada Pak Man.
“Baguslah, tak sia-sia
aku kutip budak ni.” Ujar Pak Man tanpa memandang Alisa.
“Ayah, sampai hati ayah cakap macam tu.. ayah tipu kan? ibu
tipu, Arisa tipu!” Tanggisannya semakin kuat.
Alisa ditarik masuk ke
dalam kereta oleh dua lelaki tersebut. Dia meronta-ronta sebelum tubuhnya
dihumban ke dalam kereta itu. Kereta itu berlalu meninggalkan mereka. Tanggisan
Alisa sayup-sayup mulai hilang.
Tujuh belas tahun lalu
Pak Man kesempitan wang, tanpa pilihan dia bekerja untuk Azli. Dia memang tidak
tahu pekerjaan apa yang Azli ingin berikan padanya, tapi setelah dijanjikan
wang yang lumayan dia terima.
Dia
perlukan wang untuk menampung kos bersalin isterinya, sehinggalah suatu hari,
dia diberitahu yang mereka harus menculik satu pasangan suami isteri. Hatinya
berbelah-bagi tetapi dia tetap menerimanya kerana berfikir semuanya akan
berakhir dengan wang tebusan.
Tapi ternyata dia
silap, tujuan mereka diculik adalah untuk dibunuh atas arahan dari orang yang
tidak puas hati dengan kemajuan perniagaan pasangan tersebut. Apabila dia sedar,
semua itu telah terlambat. Dia kembali semula ke ladang kelapa sawit tersebut
setelah pasangan itu dibunuh oleh Azli.
Waktu itu, ternyata
wanita itu masih hidup. Pak Man yang menyambut kelahiran bayi wanita itu di
situ. Wanita itu juga tidak mahu Alisa dikembalikan ke keluarganya kerana
bimbang di apa-apakan musuhnya. Dia menyuruh Pak Man menjaga Alisa dengan baik
diatas bayaran sebuah kemaafan.
***********************
Alisa masuk ke dalam sebuah
rumah mewah, matanya meliar memerhati. Perasaanya berkecamuk ketika itu. Dia
tidak tahu kenapa semua ini terjadi. Dia rindu ayah, ibu dan Arisa. Air
matanya mengalir lagi.
“Cucu nenek,” terdengar
suara dari belakangnya. Cepat dia
berpaling.
Kelihatan seorang
wanita separuh abad dan seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dia. Perempuan
itu meluru kearahnya lalu memeluknya erat.
“Ya Allah cucu aku..”
Wanita itu menangis.
“Saya bukan cucu
makcik, saya nak balik, tolong hantar saya balik!” Alisa membentak lalu menolak
tubuh wanita itu menjahuinya.
“Alisa nama cucu nenek
ni ya? Alisa memang cucu nenek, Zik tolong ambil album yang dekat bilik nenek tu.” Arahnya kepada anak
muda yang tadinya cuma memerhati.
“Baik nek.” Pemuda itu
menaiki anak tangga untuk ke tingkat dua yang menempatkan kamar neneknya.
Sebuah album berwarna hijau dihulur kepada wanita
itu.
“Tengok ni Alisa, ni
gambar mama dan papa Alisa.. muka Alisa saling tak tumpah dengan wajah mama Alisa.”
Alisa terkedu melihat gambar-gambar tersebut,
memang wajahnya saling tak tumpah dengan wajah wanita di dalam album tersebut.
Tak mungkin..otaknya bercelaru, patutkah dia gembira?
***********
7 tahun berlalu…
“Betul ke rumah ni
dik?” soal Zikri, badannya yang melekit amat mengganggunya.
“Rasa macam betul ni
abang..” Alisa memerhati kawasan rumah tersebut.
“Kalu iya pun dik, rasa
dah tak da sapa yang tinggal dekat sini dah. Dah hampir roboh rumah ni dik.”
Ujar Zikri sebelum terkesan perubahan pada wajah adiknya. Rumah usang itu
memang menanti masa untuk roboh.
Alisa duduk di pangkin
di bawah pokok rambutan di depan rumah tersebut. Pangkin itu masih agak kuat juga,
cuma daun-daun sudah mula meliar di atasnya dan agak kotor. Namun dia tidak
pedulikan semua itu.
Zikri hanya mampu
mengeluh melihat Alisa. Dia juga sudah tidak tahu mahu berbuat apa lagi.
Kalaulah dia tahu, dari dulu lagi dia mencari keluarga angkat Alisa itu supaya
Alisa tidak bersedih. Pak Man dan isterinya Aisyah telah meninggal dunia. Itu
yang diberitahu oleh penduduk kampung tersebut. Setelah menziarahi kubur mereka
Alisa ingin kembali ke rumah ini untuk mencari kembarnya dahulu, Arisa.
“Adik, mungkin kembar
adik tu ada di suatu tempat meneruskan kehidupannya seperti kita juga dik.” Zikri memujuk, dia duduk di sebelah Alisa.
“Abang macam mana Arisa
hidup ya? Macam mana dia bertahan? Peduduk kampung cakap ayah dan ibu dah
meninggal hampir lima tahun.” Air mata Alisa menitis.
“Arisa tu tak reti buat
kerja bang, semua dia harap Lisa yang buat.. macam mana dia hidup bang? Sebatang kara.” Alisa sudah mngogoi menangis.
“Lisa abang yakin,
kembar Lisa tu masih dapat teruskan hidup dia dengan baik sekarang. Lisa ingat
tadikan..waktu di sekolah lama Lisa. Cikgu cakap result spm kembar Lisa bagus.”
“Tapi abang..dia
sendiri, dalam dunia ni. Dia sendiri, dia tak ada sapa-sapa.” Air mata Alisa
jatuh lagi.
Tiba-tiba dia melihat
seperti ada kesan torehan yang
diseliputi daun-daun di batang pokok rambutan di sebelah pangkin itu. Dia
menyapu-nyapu daun tersebut. Ternyata ada perkataan yang diukir di situ.
Tangannya semakin cepat menyapu daun-daun kecil itu.
Tangisannya semakin
kuat bila membaca perkataan yang di tulis. Zikri yang menyedarinya turut
melihat.
‘Kita mungkin pernah
menjadi kembar, kembar tak serupa.’
Kadang-kadang
perjalanan hidup kita tidak seperti apa yang kita fikir dan angankan. Ia juga
boleh berubah dengan sekelip mata.
*Tamat*
wah dh bt cerpen lak skrg.. bgos2x mencuba something new.. truskan usaha lg ea.. insyaallah akn menjadi penulis yg dikenali.. "kembar tak serupa".. best tp ending die sedih :'(.. sbb xtau arisa kt mana.. nty bt smbngn cerita arisa kt mana lak..
ReplyDeletep/s : jgn lupe smbng mms.. hehehe ^__^
Jgn wisau... Arisa kini brd dlm jagaan cold blood killer yg shomel lg maskulin. (Kritikan akn dtg seumpama taktikal yg tidak dijangka oleh penulis. Harap berhati2.... )
ReplyDeleteBest ! :D
ReplyDeleteending die sedih..sob..sob.. nway cerpen ni besttt!!!
ReplyDelete#n_n
Best la cerpen awak ni. Lain dr yg lain. Arisa tu baik juga eh biarpun suka buli Alisa. Nice nice.
ReplyDelete