Akankah bersama bab 4

Bab 4

Darwiis membelek surat khabar ditangannya. Tiada apa-apa yang menarik, surat khabar itu dicampak kembali ke atas meja di ruang tamu itu. “Bosan!!” Jeritnya kuat. Lantaklah bukannya ada orang pun. Rumah besar itu seolah-olah cuma dihuni oleh perhiasan yang tidak bernyawa.

Kunci kereta dicapai. BMW hitam itu laju menyusur ke jalan raya sebelum berhenti di sebuah taman. Dari dalam kereta dia melihat kanak-kanak bermain dengan riang. Andai mampu dia memutarkan masa, ingin dia kembali ke zaman kanak-kanaknya.

Bukan kerana itu zaman bahagianya, cuma.. dia ingin menjalani zaman tersebut dengan sebaik mungkin. Seperti kanak-kanak lain dan bukanlah terkurung dengan protokol di rumah agam itu. Keluhan berat dilepaskan. Andai saja dia mempunyai kenangan itu, itu sudah cukup memadai.

Kaki dihayun ke kerusi batu yang disediakan di situ. Tersenyum dia melihat gelagat kanak-kanak bermain.

“Arif..” Telinga menangkap suara seorang perempuan.

“Dah lewat ni Arif, jum kita balik.”

“Alaa.. kejap lagi la akak,” ujar seorang budak di hadapan Darwiis.

Dia berpaling kebelakang untuk melihat dengan siapa budak itu bercakap. Kelihatan seorang gadis berjalan ke arahnya. Gadis tu.. macam pernah tengok.

“Dah nak magrib ni Arif..” Suara gadis itu ditekan sedikit, mungkin kerana kedegilan budak itu.

Owh ya.. gadis yang hampir dilanggarnya tengah hari tadi. Tapi kali ini wajah itu agak jelas kelihatan. Lembut rona wajah itu, cantik.. ish apa aku ni? Sempat lagi kau Darwiis!

“Awak!” Jerit Darwiis kepada gadis itu yang sudah lima langkah meninggalkannya. Itulah mengelamun lagi.

“Awak!!” Jeritnya lagi bila gadis dan budak itu tidak menghiraukannya. Dia berlari ke arah mereka.

Darwiis berhenti betul-betul di hadapan gadis itu. “Hai, awak.” Dia ukir senyum.

“Er.. awak cakap dengan saya ke?” Berkerut dahi gadis itu. Terkejut apabila ada lelaki main redah menegurnya.

“Awak tak ingat saya? Tadi..yang hampir langgar awak.” Terang Darwiis.

“Owh..” Gadis itu menunduk, seolah-olah menyembunyikan wajahnya.

Lohh, ni dah kenapa? Ada apa-apa yang menarik ke kat jalan tu sampai dia tak nak pandang aku? Darwiis garu kening melihat gelagat gadis itu.

“Awak nak pergi mana? Mari saya hantarkan..” Pelawa Darwiis.

“Eh, tak payah. Kami nak balik rumah, dekat jer. Boleh jalan..” Ujar gadis itu, masih menunduk.

“Abang nak hantar naik kereta ke?” Soal budak itu, comel. Mungkin berusia dalam enam tahun.

“A ah, tu.” Darwiis menunjuk ke arah keretanya.

“Wah..cantiknya kereta abang, jum lah akak.” Arif menarik tangan kakaknya.

“Arif..” Gadis itu menjegilkan mata.

“Alaa jum la akak.. Arif tak larat jalan, tadi Arif jatuh luka lutut ni.” Omel Arif kepada kakaknya.

“Awak..jumlah, kesian adik awak ni.” Belum sempat gadis itu menjawab dia menarik Arif ke keretanya. Gadis itu ketap bibir, terpaksa mengikut. Tak kanlah nak dibiarkan adiknya sendiri dengan orang yang tak dikenali.

Arif duduk di sebelah Darwiis. Gadis itu? Sudah awal-awal lagi mengambil tempat di belakang. Gadis itu diam tak berkutik di belakang tempat duduk kereta BMW itu. Darwiis mengintai dari cermin depan kereta. Dia tersenyum melihat kegelisahan gadis itu. Comel.

“Nama awak apa yer?” Soal Darwiis.

Diam..

“Er.. awak yang dekat belakang tu, saya cakap dengan awak. Bukan dengan kusyen dekat belakang tu.” Geram juga Darwiis bila gadis itu cuma mendiamkan diri.

“Nama akak Erdina abang,” jawab si comel di sebelahnya.

“Owh.. akak Arif bisu ke?” Perli Darwiis.

Zappp!! Sentap betul hati Erdina. Bibir diketap, bila la nak sampai ni..

Arif menjadi pemandu arah buat Darwiis. Nak diharapkan Erdina, mahu durian runtuh pun belum tentu bersuara.

Setelah tiga minit, akhirnya mereka sampai di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah itu terletak hanya 3 blok dari taman permainan itu sahaja.

Erdina lekas-lekas turun. Darwiis hanya memerhati entah apa yang dikejarkan entah. Makin diperhati makin gadis itu menarik perhatiannya. Bibirnya terjungkit.

“Awak tak nak jemput saya masuk ke?” Soal Darwiis.

“Er.. tak payah lah..” Erdina serba salah.

“Abang jum masuk!” Arif menarik tangan Darwiis. Erdina ketap bibir, budak ni kan..

Belum sempat Darwiis menjawab tangannya telah ditarik oleh Arif.

Aduii! Aku nak mengusik kakak dia jer.. budak ni ajak betul-betul pulak dah, aku nak cakap apa dekat mak bapa dia orang ni. Bebel hati Darwiis.

“Ayah! Mak!” Jerit Arif sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Erdina pula sudah lama lesap ke mana entah.

Ishh, budak ni..dia panggil-panggil pulak. Dah la aku suka suki jer angkut anak orang. Kang bapak dia ditangannya aku mampus!

Kelihatan seorang lelaki separuh abad turun dari tangga. Dengan wajahnya yang serius..misai yang lentik, badan tegap serta tinggi. Darwiis telan air liur, seolah-olah ada aura hitam menyelubungi lelaki itu.

“Er.. assalamualaikum,” sapa Darwiis. Tangan dihulur untuk bersalam. Disambut..fuhh, nasib baik.

“Kamu kawan Erdina?” Soal lelaki itu, serius nadanya.

“Er..yer..eh, tak!” Darwiis garu kepala, peluh merenik didahi.

“Mana satu ni? Kejap yer, kejap tak..duduk.” Mereka duduk di sofa di ruangtamu itu. Kesian juga lelaki itu melihat tingkah Darwiis, bukan dia sengaja.. dah memang dia orangnya begitu. Nampak serius tetapi peramah sebenarnya. Biasalah, dia seorang pesara tentera.

“Saya cuma tolong hantarkan derang balik pakcik dan Erdina tu satu university dengan saya.” Terang Darwiis. Agak mula menyesuaikan diri.

“Owh.. terima kasih la yer, tapi tak eloklah lelaki dan perempuan berdua-duaan. Tapi, nasib baik Arif ada..”

“Er.. yer pakcik, saya tahu..” Darwiis senyum kelat, kena setepek. Padan muka kau Darwiis.

“Baguslah kalau macam tu.. anak pakcik tu sebenarnya tak pernah bawak balik kawan, baik perempuan atau lelaki. Pakcik terkejut jugaklah tadi bila tahu dia balik dengan kamu. Selama ni, dia tak pernah ada kawan” Pakcik itu tersenyum. “Lupa pula, nama kamu siapa? Nama pakcik Hassan”

“Saya Darwiis pakcik, er.. kenapa Erdina tak ada kawan?” Soal Darwiis ingin tahu.

Serta merta raut wajah Hassan berubah. “Ada sebab kenapa dia macam tu, tak bergaul dengan orang. Ada masa kamu tanyalah dia.” Wahh, green light ni Darwiis!

“Baiklah pakcik, er.. saya minta diri dulu la yer. Dah lewat petang ni..”

“Baiklah..” Darwiis bersalaman dengan Hassan.. wahh, dah boleh buat menantu ni.