Mr. Mata Sayur bab 8

Suasana dalam kereta Airiel seperti biasa apabila Qaira berada di dalam kereta tersebut, sunyi. Hanya lagu di radio yang berkumandang memecah kesunyian malam. Qaira tidak senang duduk. Cepat la sampai rumah.. monoloh hatinya sambil menjeling Airiel yang sedang memandu kereta agak perlahan. Dia ni macam saja je bawak perlahan, grr.

Ariel menyembunyikan senyumannya bila perasan mata Qaira asyik menjelingnya. “U ni berani kan Qaira?”  ujar Airiel tiba-tiba. “Berani apa bos?” soal Qaira pelik. “Ye laa u berani ikut lelaki yang u tak kenal malam-malam ni kan.. eh, entah-entah u dah biasa?”

Mata Qaira membulat, dia ni sengaja nak sakitkan hati aku. “Saya kenal bos sebab tu saya ikut bos, lagi pon macam bos cakap tadi kalau saya mati kat situ nanti buruk pulak nama syarikat bos tu kan, dan saya tak pernah ikut mana-mata lelaki keluar jaga sikit mulut bos tu.” Ingat aku ni  macam Eryana ke? Sambungnya dalam hati.

“Mana la tahu kan.. perempuan miskin macam u ni sanggup buat apa je..” sinis Airiel. “Bos berhenti sekarang! Berhenti!” Jerit Qaira tiba-tiba. Airiel tersentak lalu cepat-cepat dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Qaira turun dari kereta, dia menghempas kuat pintu kereta tersebut. Nasiblah kalau tercabut pun. Airiel ikut keluar.

“Qaira!!” jerit Airiel sambil mengejar langkah Qaira. Namun Qaira tidak memperdulikan panggilan itu dan terus berjalan memecah kepekatan malam. Qaira tersentak apabila tangannya direntap dari belakang.
“Apa bos ni?lepas lah! Saya boleh balik sendiri, saya tak perlukan orang macam bos untuk hantar saya balik.” Ujar Qaira dengan mata berair.

“I hantar u balik, bahaya tahu tak? tak ramai yang lalu jalan ni.” Airiel menguatkan genggaman tangannya di lengan Qaira. “Aku cakap tak nak, tak nak lah! Kau tak paham bahasa ke? Lagi pun kau jugak cakap perempuan macam aku ni dah biasa tumpang-tumpang jantan, nanti aku tumpang je sapa-sapa yang lalu jalan ni!” Tinggi suara Qaira.

“U jangan degil la Qaira, tak ada sebijik kereta pon yang lalu kan, lagi pon kalau ada apa-apa jadi dekat u, I tak nak dipersalahkan paham? Sini!” Airiel menarik tangan Qaira, Qaira meronta-ronta.

“U jangan degil la!” Sampai di kereta Airiel menolak tubuh Qaira masuk ke tempat duduk penumpang di sebelahnya. Bunkk!! Airiel menghempas pintu keretanya, Qaira diam tak berkutik kerana terkejut.

Sepanjang perjalanan masing-masing diam membisu, Qaira sudah basah muka dengan air matanya. Dia tidak suka dengan apa yang Airiel lakukan kepadanya dia semakin benci lelaki itu lebih-lebih lagi apabila dia tahu Airiel adalah teman lelaki Eryana. Airiel memandu dengan muka tanpa perasaan walaupun dia mendengar sedu Qaira.

*****************
Setelah menghantar Qaira pulang Airiel pergi ke sebuah kelab malam yang terkenal di ibu kota. “Yo bro, what’s up? Lama tak nampak kau bro.” Sapa Erman, orangnya tinggi lampai dan berkulit sawo matang. Keadaan kelab yang bingit itu sedikit pon tidak mengganggu mereka.

“Ok la bro.. agak busy lately, kau pulak apa cerita?” Airiel menyisip wiski yang berada di atas mejanya. “Aku macam biasalah Eans..modelling, banyak jugak dapat offer.” Erman mengeyit matanya pada seorang perempuan yang sedang duduk tidak jauh dari mereka.

“Kau masih tak berubah Erman..haha kasanova,” Airiel ketawa kecil. “Well bro.. kau macam tak kenal aku kan..barang free bro sapa yang tak nak?” ujar Erman, mereka berdua ketawa. “Lain la kau bro setia pada yang satu,” sambungnya lagi. “Well kau macam tak kenal aku kan,” sahut Airiel. Sejahat-jahat dia belum pernah dia angkut perempuan masuk bilik.
“Tu cinta hati kau dah sampai bro,” Eryana yang bergaun pendek paras peha berwarna hitam berjalan kearah mereka sambil tersenyum. “Aku pergi dulu Eans.. nak jumpa kucing baru haha.” Erman bangun dan menuju kepada wanita yang duduk tidak jauh dari mereka tersebut.

“Hai baby,” ujar Eryana setelah mencium pipi Airiel. “Hai Ery darling,” Eryana mengambil tempat sebelah Airiel. “Macam mana dahi u sayang? Nasib baik tak ada parut kan.” Airiel mengusap dahi Eryana. “I dah ok la u.. luka sikit je hari tu,” Eryana tersenyum manja.

Airiel tiba- tiba terigatkan Qaira, sedu Qaira tiba-tiba bermain di telinganya. Rasa kasihan kepada wanita itu. “Eans, u kenapa?” Tanya Eryana apabila melihat Airiel seperti memikirkan sesuatu. “Tak ada apa-apa, I teringat kerja dekat ofis tadi.”

“U nak menari?” Tanya Qaira lagi. “Erm I tak ada mood nak menari, letih. U pergilah.” Airiel tersenyum memandang Qaira. “Ok baby, I pergi dulu ok.” Airiel melihat Eryana menari di lantai tari yang penuh dengan manusia yang mencari keseronokan.


Eryana berpeluk-peluk dengan lelaki lain di lantai tari seoalah-olah tidak ada apa yang salah dengan perbuatannya, dan itu adalah perkara biasa buat mereka. Arak pula sudah menjadi seperti air minuman seharian. 

***************************
Airiel melangkah terhuyung-hayang masuk ke dalam apartmentnya. “Airiel! ini yang Airiel buat tiap-tiap malam ye? Sebab tu tak nak tinggal dengan mumy?” sembur Datin Sarah Jaqlien yang duduk di sofa di ruang tamu.

Damn! Sumpah Airiel dalam hati, dia tidak sangka yang mumynya akan datang kerumahnya. “Er mumy sihat? Ariel ada meeting dengan client tadi sebab tu la balik lewat.” Bauan yang keluar dari mulut Ariel membuat Datin Sarah Jaqlien mual, dia menekup hidungnya.

“Ariel jangan nak tipu mumy, nasib baik dady tak ikut sekali taw! Kalau tak habislah Airiel kena dengan dia.” Bebel Datin Sarah Jaqlien, nak marah pun tak guna kerana itulah hasil didikannya sendiri.

“Mumy Airiel penat la, kita sembang esok k..mumy tidur sini kan?” Airiel menuju ke kamarnya sebelum sempat mumynya menjawab. Mata yang memberat sudah tidak dapat ditahan lagi, ditambah pula dengan sakit di kepalanya.

Datin Sarah Jaqlien hanya mampu mengeluh. kalau lah dulu dia memberi didikan yang baik kepada anaknya, pasti dia tidak akan jadi begini. Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini. Setits air mata jatuh ke pipi.


Qaira berdiri di hadapan cermin di biliknya, air yang menitis dari rambutnya yang basah dibiarkan. ‘Aku tak kan sesekali tunduk dengan orang macam korang lagi, kau tunggu Airiel. Kau ingat senang-senang je kau nak mainkan maruah aku, kau dan Eryana sama je. Aku benci korang!’ Monolog Qaira.
komen sikit :)

Mr. Mata sayur bab 7

Seperti biasa, setiap pagi Qaira akan berada di pantry untuk membuat air untuk Mr. mata sayur.

“Aku dengar bukan main risau lagi bos kita tu bila dengar awek dia tu masuk hospital, menyampah pulak aku,” ujar Lina salah seorang staff disitu kepada Suraya yang turut berada di ditu.

“Biasala Lina kan awek dia tu.. mestilah dia risau, kalau dia risaukan kau tu yang pelik..kau jelous la tu.” Ujar Suraya sebelum menyisip minumannya.

“Kau bukan tak tahu yang aku minat kat bos tu, tapi apakan daya.. dia tak pandang orang macam aku ni, nak dibandingkan dengan awek dia model terkenal tu.. apa nama dia? Lupa pulak aku.” Herot muka Lina sambil memandang-mandang ke atas tanda menyampah dengan teman wanita Airiel.

“Eryana,” sahut Suraya perlahan bimbang didengari orang. Takut pulak dituduh bergosip.

Ternyata suara itu walaupun perlahan tapi masih juga berjaya menembusi telinga Qaira. Terhenti tangannya yang sedang mengacau air untuk Airiel, hatinya sakit tiba-tiba. Begitu dia benci mendengar sebaris nama itu, nama yang memusnahkan kebahagiaannya.

Qaira melangkah ke bilik Airiel dengan wajah kusam, Suraya yang perasan perubahan tersebut tidak berani untuk menegur.

“Kenapa lambat u buat air hari ni? U ingat I bagi gaji u nak suruh u bersenang-lenang ke huh?” sembur Airiel sebaik sahaja Qaira meletakkan cawan di atas mejanya.

Qaira yang sememangnya bad mood semakin panas hati, huh pakwe dan makwe ni peragai sama je..memang padan dia orang ni, bagai pinang di belah kapak!

“Bos kalau nak cepat buat sendiri la!” jawab Qaira lantang!

Airiel terkejut, berani betul dia ni.

“What the? U ingat sikit dengan siapa u bercakap ni Qaira!” suara Airiel juga meninggi dan dia juga sudah berdiri dari tempat duduknya.

Qaira sedikit gentar, tapi argh lantak la, dia sudah tidak peduli. Dia tidak akan tunduk dengan orang seperti mereka.

“Ya saya tahu saya tengah bercakap dengan siapa sekarang, dengan mamat keret bermata sayur!” ujar Qaira sambil kepalanya di dongakkan tak nak kalah dengan Airiel yang tinggi.

“u cakap mata I apa? Sayur? Kurang hajar punya perempuan kampung, diri sendiri tak terurus nak mengata orang! Rumah u mesti tak ada cermin kan?” Airiel mula menghampiri Qaira.

Qaira mengundur dua tapak kebelakang bila Airiel semakin hampir, matanya merah akibat kata-kata Airiel.

“Yang sepatutnya tengok cermin tu awak bukan saya” serak suara Qaira. Airiel semakin menghampiri, Qaira tersandar pada dinding di bilik tersebut. Airiel tersenyum sinis sambil mendekatkan wajahnya pada wajah 

Qaira, dia membongkokkan sedikit badannya kerana Qaira agak rendah.

“Oh yeah? I tak perlu tengok cermin pon I dah tahu yang I ni handsome. Kalau tak, tak de la u tengok sampai nak terliur dalam lif hari tu.” Ujar Airiel dengan killer smilenya.

Qaira tidak selesa berada dalam posisi seperti itu. Dia memusingkan badannya ke tepi ingin melarikan diri, papp! Kedua-dua Tangan Airiel melekap di dingding menghalangnya di kiri dan kanan. Qaira mula berpeluh, takut diapa-apakan. Rasa menyesal pulak melawan mata sayur ni.

Airiel tersenyum kemenangan, tahu takut perempuan ni.

“U nak pergi mana? Takut eh?” Airiel tersenyum sambil mendekatkan wajahnya pada wajah Qaira. Semakin dekat.. Qaira menolak-nolak dada Airiel menggigil-gigil tangannya lemah tak berdaya kerana terlalu takut. Dan…

“Hahahaha..” Airiel mengundur dua tapak kebelakang. “U ingat I teringin ke nak cium perempuan macam u ke? Not my taste ok!” sambungnya lagi.

Mata Qaira mula berair, “kau belum kenal siapa aku lagi mata sayur, fine! Kau nak main sangat kan..let’s play the game.. jangan menyesal Airiel Eans.” Ujar Qaira sebelum berlalu dari bilik Airiel.

Airiel tersenyum sinis.. Wau interesting! Kita tengok siapa yang akan menang Qaira, kau dah cabar aku Qaira. Sepatutnya aku yang ucapkan kata-kata itu dekat kau..jangan menyesal! Qaira Hana..

**********
“Aduhh hujan pulak petang ni.. lebat pulak tu, bila nak berhenti ni.” Bebel Qaira, dia tidak boleh bertolak pulang ke rumahnya disebabkan hujan lebat memandangkan dia menunggang motosikal.

Tiba-tba dia melihat Airiel keluar daripada lif, dia berpura-pura tidak nampak. Kejadian pagi tadi masih berbuku di hatinya.

Pinnkk!! “oh mak kau!” latah Qaira apabila sebuah BMW membunyikan hon, kereta itu berhenti dihadapannya. Tengok pun tahu kereta siapa, dia buat-buat tidak dengar dan memandang kearah lain.

“Jum I hantar u balik,” ujar Airiel dari dalam kereta. “Lagi pun hujan ni macam lambat lagi nak berhenti.” Sambungnya lagi.

‘Eh baik pulak dia ni, sakit ke pe? Entah-entah psiko..dia nak bunuh aku kot, aku kan banyak sakitkan hati dia..pasal pagi tadi lagi, ya Allah kau selamatkanlah aku.’ Qaira memandang sekeliling berharap akan ada manusia lain disitu. Tapi disebabkan sudah lewat, hampir semua staff sudah pulang.

Airiel bengang dengan lagak Qaira yang seolah-olah berfikir dia penjenayah, panas hatinya usah cakap.

“U ingat I ni jahat sangat ke? Apa u ingat I nak rogol u? perempuan macam u I tak selera lah! I Cuma tak nak la di cop bos yang kejam..mana la tahu jadi apa-apa kat u dekat sini. Kena rogol ke, kena rompak ke, tu tak pe lagi..kalau kena bunuh macam mana? Tak ke burukkan nama baik syarikat I?”

Qaira mula meremang, air liur ditelan..tanpa semua tu terjadi pon kau memang dah kejam la mata sayur!

“So..u nak naik ke tak ni? Kalau tak nak I nak blah dulu.”

“Er..nak!” Qaira cepat-cepat mengambil beg dan kunci pada motornya itu lalu masuk ke tempat duduk sebelah Airiel.

komen sikit :)



Mr. Mata Sayur Bab 6

Bab 6

Qaira melihat makanan yang dihidang, dia tahu itu adalah stik daging. Tapi entah apa namanya pon dia tak tahu. Dia melihat pisau dan garfu di kiri kanan pinggannya, ada beberapa yang lain bentuknya.

‘Erkk, yang mana satu nak guna ni?’ monolog Qaira resah.
Airiel mengambil garfu dan pisau yang sederhana besar, dia mula memotong daging stik tersebut. Qaira yang melihat mula mengambil pisau dan garfu yang sama, Airiel perasan keadaan itu. Dia menyembunyikan senyuman, otak jahatnya dah mula datang.

Airiel meletakkan kembali sudu garfu tersebut dan mengambil garfu yang paling kecil. Qaira ikut! Airiel meletakkan kembali garfu tersebut dan mengambil yang lain. Dia berbuat begitu beberapa kali dan…

“Bhahahaha.. u ikut I kenapa?” katanya sambil tertahan-tahan ketawa, malu orang tengok. Qaira dah merah muka, matanya merah dan berair. ‘Tahan Qaira, tahan.’

Qaira mengambil pisau lalu mencincang-cincang stik tersebut, dia langsung tak memandang Airiel. Malu, marah, geram semua ada! Airiel yang perasan Qaira seperti itu mula serba salah.

“Meh sini I tolong potongkan, lain kali.. kalau tak tahu, cakap tak tahu.” Airiel menarik pinggan Qaira dan memotong stik itu, Qaira hanya mendiamkan diri.

“Ok done, nah makan elok-elok,” Airiel tolak pinggan kepada Qaira.

‘Baik pulak mata sayur ni, argh dia dah buat aku malu jangan harap nak baik-baik dengan dia dah.’ Monolong Qaira dengan muka cemberut.

‘Aku gurau lebih-lebih ke tadi? Arghh kenapa aku nak rasa bersalah pulak ni? Bukan ni yang aku nak ke? Tapi.. dia nampak kesian.’ Hati Airiel berkata-kata.

Mereka menjamu selera tanpa ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka, Qaira menelan daging-daging stik itu seolah-oleh menelan pasir. Perit tekaknya, hanya beberapa potong saja yang mampu 
dia jamah.

****************************

Eryana memerhatikan Qaira dan Airiel selang beberapa meja dari mereka. Eryana memang sudah berada di situ terlebih dahulu dari mereka, dia seorang diri. Dia keluar dari restoran itu sebaik saja Airiel dan Qaira berlalu.  

‘Airiel kenal Hana? Setahu aku Airiel tak suka Hana sebab dah langgar kereta dia, dan Hana tu miskin, memang bukan taste Airiel. Tak mungkin Airiel curang, tak mungkin! Lebih-lebih lagi dengan Hana!’ Stereng kereta digenggam kuat.

Eryana resah melihat kemesraan Airiel dan Qaira, nafasnya terasa sesak. Memori dulu mula menerjah ke dalam fikirannya. Tak mungkin Qaira ingin membalas dendam kepadanya, tak mungkin!

‘Kau rasa apa yang kau buat dulu, tak cukup untuk Hana membenci kau ke Ery?’ satu suara singgah ke dalam otaknya.

‘Tak, tak, aku tak salah! Aku tak pernah salah, Hakim yang datang kepada aku!’ Ery menggeleng-geleng kepalanya, dahinya berpeluh.

‘Macam mana dia tak datang, kalau kau dah goda dia Ery! Kau goda dia, kau burukkan Hana dekat dia Ery! Kau dah lupa? Hahaha’

‘Tak! Tak! Tak!’ dia mengeleng-geleng kepalanya. Badan Eryana menggigil-gigil, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang, dan akhirnya bummk! Keretanya melanggar penghadang jalan.

Eryana melihat hakim tersenyum padanya, sebelum wajah itu bertukar menjadi sayu. Hakim seolah-olah ingin berkata sesuatu kepadanya, dan akhirnya pandangan Eryana terus gelap.

*****************
Airiel berlari masuk ke dalam hospital, dia terus ke hospital sebaik sahaja mendapat panggilan yang teman wanitanya kemalangan. Mukanya tergambar riak risau, Airiel menuju ke wad yang menempatkan Eryana setelah bertanya kepada jururawat disitu.

Eryana tersenyum melihat Airiel tiba.

“U macam mana boleh kemalangan ni? Berapa kali I dah pesan suruh u hati-hati kan..tengok dahi ni dah luka.” Ujar Airiel penuh prihatin kepada Eryana, dia mengusap kain yang membalut dahi Eryana.

“baby, u jangan risau k.. sikit je ni,” Eryana tersenyum. Dia bahagia kerana Airiel begitu mengambil berat terhadapnya, dia tak mahu kehilangan Airiel.

“Er… hal kereta u dah setlle?” Tanya Eryana teragak-agak bimbang Airiel curiga.

“Sayang.. pasal tu u jangan risau ok..sekarang yang penting u kena banyak rest, dan jangan kerja buat sementara waktu ni.” Airiel merasa dia tidak perlu menceritakan tentang Qaira kepada Eryana. Dengan keadaan Eryana seperi itu, dia tak mahu Eryana pening dengan halnya.

Eryana tersenyum, walhal hatinya sudah gundah gulana. Dia tidak mahu Airiel rapat dengan Hana, dia takut kehilangan Airiel. Dia merasa seolah-olah Hana cuba merampas Airiel daripadanya, membalas dendam.

‘Tak apa, aku akan siasat apa kaitan Hana dengan Airiel,’ monolognya sambil trsenyum melihat Airiel.


‘Takkan ada sesiapa yang dapat merampas u baby.. kalau I tak dapat, orang lain pon tak dapat.’ Airiel tersenyum membalas senyuman Eryana sambil mengusap tangan Eryana penuh kasih. Ya, dia terlalu sayangkan Eryana. Tapi... cintakah dia?

Mr. mata sayur bab 5

Tepat jam 8 pagi qaira dah terpacak di bangunan S&N holdings, dengan penuh yakin dia melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Dia mengenakan baju kurung cotton berwarna merah jambu dan tudung juga dari warna yang sama.

“Hai Qaira, selamat memulakan hari pertama bekerja,” tegur suraya setiausaha Airiel. Orangnya memang ramah dan manis saja wajahnya.

“Terima kasih kak suraya, saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh,” alahai selamat ke bekerja dengan bos macam tu kak suraya? monolog qaira.

“Memang u kena bekerja bersungguh-sungguh sebab I tak suka pekerja yang ngelat,” terkejut qaira mendengar suara dibelangkangnya. Makk aihh boleh heart attack aku!
Airiel yang berkemeja biru gelap dan berkot hitam itu sangat lah macho bagi pandangan para gadis, silap-silap mak gadis pon sangkut.

“I nak u buatkan I nesscafe kurang manis tapi jangan pahit sangat, cepat sikit faham?” Airiel terus berlalu masuk ke pejabatnya tanpa mendengar jawapan qaira.
Erghh geramnya.. gila kerek sayur ni, dia nak yang kurang manis tapi tak pahit? Aduii macam mana tu? Qaira mengomel sambil berlalu ke pantry. Setelah selesai membancuh nesscafe tersebut dia menghantarnya ke bilik Airiel.

“Apa pasal la lambat sangat u buat air ni?”
“Err lambat ke bos? Rasa dah habis cepat ni,” eii aku cekik jugak dia ni nanti!
Airiel menyisip sedikit nesscage itu. “Puihh asal pahit sangat ni? Air ni pon cair je, tak kan la buat air pon tak reti? patutla tak da orang nak ambil u kerja. Buat air pon fail, dah u pergi buat lagi sekali.”

“Baik bos,” kuajaq punya bos!! Qaira dengan muka bengang mengambil semula mug air tersebut, dan membawanya ke pantry. Tak pa tak pa hari ni hari kau…
Airiel tersenyum melihat muka bengang qaira. Today it’s a really nice day.
Qaira membancuh semula air itu, dia menambah kuantiti gula dan memekatkan sedikit air tersebut. Kalau macam ni bukan kurang manis namanya..ishh dia ni saja nak mainkan aku!

Sekali lagi…tuk tuk tuk.. pintu itu diketuk. Qaira melangkah masuk ke dalam bilik Airiel, dan dia meletakkan air tersebut dia atas meja Airiel. Airiel tidak mengangkat wajahnya yg sedang kushuk merenung kertas di atas mejanya itu. Qaira mengagak yang mungkin Airiel sedang sibuk mula ingin melangkah keluar.

“Tunggu!”

“huh, apa bos?”

“Tengah hari nanti u jangan pergi mana-mana,u ikut I keluar lunch dengan clien.”

“Eh tapi bos saya bukan tea lady je ke? Buat ape nak ikut bos? Dari bos bawa saya baik bos bawa suraya.” Ujar qaira dengan muka pelik.

“kau kalau nak hutang kau langsai kau ikut je apa yang aku cakap, paham?” seperti biasa kerek.

“Tapi bos…”

“Dah tak da tapi-tapi, now get out!”

Erkk period ke apa mamat ni? Qaira keluar dari bilik Airiel dengan muka masam. Suraya yang melihatnya pun pelik, setahu dia bosnya  itu ok jer dengan para pekerja, cuma memang bos dia itu agak dingin.
Qaira mengikuti langkah Airiel dari belakang, dia baru saja nak mengelak dari pergi bersama tetapi Airiel awal-awal lagi dah terpacak di depannya, sadis betul. Bukkk!

“Adehh,” Qaira melanggar belakang Airiel yang berhenti tiba-tiba.

“U ni jalan memang tak pernah pakai mata kan?” Mencerlung mata Airiel melihat Qaira.

“err sorry bos..bos yang jalan cepat sangat lepas tu tiba-tiba berhenti tu yang saya tak sempat nak break.” Terkebil-kebil Qaira menjawab, dia tak berani mengangkat wajahnya bila Airiel merenungnya begitu. ‘Mak aihh boleh luruh jantung aku.’

“Menjawab je u ni! Dah masuk!” Kata Airiel sebaik saja keretanya tiba. Dia duduk di tempat memandu.
‘err aku nak duduk mana ni..tak kan nak duduk sebelah dia, dia kan bos, tapi tak kan pulak nak duduk belakang nanti aku pulak macam bos..aissh.’

“u nak I heret u baru u nak masuk ke?” Airiel membuka pintu tempat duduk di sebelahnya, dia tahu Qaira serba salah. Padan muka, ejeknya dalam hati.
Qaira cepat-cepat melangkah masuk ke dalam kereta. Aiishh sayur ni tak boleh cakap elok-elok ke?  Poyo betul, bebel Qaira dalam hati.

Suasana di dalam kereta hanya ditemani lagu dari radio hitz fm, Qaira merasa sangat kekok. Airiel pula membuat muka tidak ada perasaan. Ariel memberhentikan kereta di sebuah restoran yang agak eksklusif.
Qaira merasa tidak selesa, ialah diakan cuma memakai baju kurung yang hampir lusuh.  Tengoklah orang-orang yang berada dalam restoran ni semuanya berpakaian mewah dan kelihatan seperti golongan atasan, dia mula merasa kerdil sendiri.

Mereka duduk di sudut hujung restoran tersebut, tempat yang agak tersorok mungkin untuk memudahkan perbincangan dengan klien tanpa gangguan.
Mereka duduk berhadapan satu sama lain, tiba-tiba telefon airiel berbunyi. Berkerut-kerut kening airiel menjawab panggilan tersebut.

“Encik Nizam tak dapat hadir,” ujar Airiel dengan muka tengang. “Buang masa betul datang sini!” sambungnya lagi.

“Then kita balik je la bos” ujar Qaira sambil menatap wajah Airiel, alahai handsomenya.

“I dah drive sini penat-penat tak kan nak balik pulak, kita makan dulu la.”


Qaira melihat menu di tangan, erkk binatang apa ni? Aku tak pernah dengar pun. Rupannya restoran itu hanya menyediakan makanan perancis. Akhirnya dia memesan yang sama seperti Airiel, entah apa yang Airiel pesan pon dia tak tahu dengar yis-yis je dekat hujung.

Mr. mata sayur bab 4

Seminggu berlalu…

“aduhh aku nak call ke tak nak ni. Call? Tak? Call? Tak?!” Qaira berlegar-legar di dalam biliknya.
“kalau aku call aku nak cakap apa? Hailaaa duit bukannya ada lagi nak bayar kat dia, ishh.” Qaira duduk di atas katil.

“kalau tak call dia report polis macam mana? Mahu menatap sayu aku dalam penjara, huwaaa..” kepala digaru-garu, dah macam orang gila kalau sekali tengok. Akhirnya setelah berfikir panjang, Qaira mengambil keputusan untuk menelefon Airiel.
Terketar-ketar tangannya menekan nombor di henset nokia 3310 nya itu. Setelah beberapa kali bunyi.. 

“Hello?” kedengaran suara Airiel.  “err hell hello assalamualaikum, ni encik Airiel ke? Qaira mula gagap.

“Yes speaking, who is this?” Entah perempuan mana la yang call aku ni? Bebel Airiel yang sedang berbaring di atas katinya. Niat dihati nak tidur tiba-tiba ada call masuk, kacau betul.

“err saya Qaira, awak ingat tak yang langgar kereta awak hari tu.”

“owh yang langgar kereta I dan hempuk kepala I tu kan? Memang I ingat sangat la, so.. u call ni bayar ganti rugi kan?” Sinis Airiel.

“Encik Airiel boleh tak saya mintak jasa baik encik untuk bagi lebih masa kat saya? Sebab saya tak ada lagi duit nak bayar.” Terang Qaira yang agak gugup.
Sesedap rasa je minah ni nak aku tambah masa, dah la dia ketuk kepala aku hari tu. Ok tak pe, tahu la aku nak ajar dia ni. “ kalau macam tu esok u dating ofis I, u tahu kat mana kan.. I nak u datang tepat pukul lapan pagi, kalau tak I buat report.” Terjungkit sedikit tepi bibir Airiel.

“ Err tapi nak buat apa encik?” tuttt tuutt tutt. Cess aku tak habis cakap lagi dia x letak, kurang ajar betul. 

Ya Allah selamatkanlah hamba mu ini esok. Qaira tidur dengan hati yang kacau manakala Airiel tidak sabar menantikan hari esok.

*********************
“Cik Qaira, silakan masuk.” Ujar setiausaha Airiel kepadanya. Dengan lafaz bismillah Qaira menolak pintu bilik ceo itu, dia melangkah masuk.

“Well u datang tepat pada masanya, bagus.” Sinis Airiel. “Duduk,” arahnya lagi.
Eleh macamla aku nak sangat datang sini, bagi sejuta pun aku tak nak la. tercebik-cebik mulut Qaira.

“ Ape u cakap?” Ariel perasan mulut Qaira yang dah macam itik itu, mesti tengah kutuk aku ni. Ok tak pe, sekarang game ni aku yang pegang.

“Err tak de pe pe,” erkk dia dengar ke? Rasanya cakap dalam hati je tadi.

“ Ok, I pon malas nak buang masa and I tahu u pon tak ade duit nak bayar ganti rugi, so I nak offer sesuatu kat u.” Ujar Airiel sambil tersenyum.

“Encik nak offer ape?” err lain macam je mamat ni, tapi handsome hehe. Ish sempat lagi kau!

“I nak u kerja dekat sini selama tiga bulan sebagai tea lady, walaupun gaji tea lady selama tiga bulan tu tak cukup, tapi tak pe la sebab I pon malas nak hadap muka u lama-lama.” Dengan keret Airiel berkata.
Qaira dah panas hati, gila ke pe? Kalau aku kerja sini lepastu gaji semua dia ambil aku nak makan apa? Bengong punya mata sayur!

“I tahu apa yang u fikirkan, dan I pon bukannya kejam sangat. I Cuma akan ambil suku dari gaji u, but it’s up to you nak terima ke tak dan kalau u tak terima u kena la bayar ganti rugi hari ni.” Airiel merenung muka Qaira, hurm comel jugak dia. Ish gila kau ni Airiel!
Huuwaa ni dah macam perangkap je ni, dia tahu aku tak ada pilihan. Dari tadi tengok aku lain macam je, seriau pulak dengan mata sayur dia tu. Memang nampak sangat dia ni nak kenakan aku.

“ Ok, saya terima,” lemah suara Qaira. Tak pa la Qaira sekurang-kurangnya kau ada kerja, dan yang paling penting kau kena sediakan perisai yang paling kuat untuk menangkis serangan dari dia. Fighting!!

“Satu pilihan yang tepat, u akan mula kerja esok. U jumpa setiausaha I lepas ni, ok u boleh keluar.” Airiel tersenyum kemenangan, esok akan bermulanya hari yang paling menyeronokkan. Rasa malu dan marahnya tempoh hari masih belum reda sewaktu Qaira menghempuk kepalanya di hadapan pekerjanya sendiri, egonya tercabar.


Cess keret nak mampus punya mata sayur, Qaira keluar dengan muka yang cemberut memikirkan hari esok.

Mr. mata sayur bab 3

“Baby… baju ni sesuai dengan I tak?” rengek Eryana sambil menayang dress warna ungu gelap paras peha itu pada Airiel.
“Ery sayang.. u pakai apa pun cantik ok.” Katanya tersenyum mesra pada teman wanitanya itu yang juga seorang model terkenal tanah air.
“Kalau macam ni tu I ambil yang ni je lah.” Katanya pada pekerja di salah sebuah butik di Pavillion itu.
Airiel menemani Eryana membeli-belah hari itu kerana dia telah mengajak Eryana ke malam annual dinner di syarikatnya. Sebagai seorang ceo dia mestilah mahu teman wanitanya tampil cantik pada malam itu dan dia tahu, Eryana juga mahu menjadi yang terbaik sesuai dengan statusnya sebagai model tekenal tanah air.
“Aireen aku dah penatlah.. tak jumpa lagi ke jam yang ko nak cari tu?” Qaira yang nak mula rasa tumitnya nak tercabut mula bersuara. Dari pagi tadi dia menemani Aireen hingga nak masuk jam 3 petang. Aireean pula sanggup mengambil cuti semata-mata nak cari jam untuk dijadikan barang hantaran kerana dia akan berkaahwin tak lama lagi.
“Ermm kejap la, kita tengok kat situ..” dia menunjuk kedai jam di hadapannya “Ni last, lepas tu kita gi makan k.” Aireen cuba memujuk Qaira. Dah hampir satu pavilion mereka tawaf tapi tak ada satu pun yang Aireen berkenan.
Qaira pun redha je lar mengikut langkah Aireen, nak marah kang kawan baik dia sendiri. Sabarjelah…
Mereka keluar dari kedai tersebut setelah Aireen akhirnya menjumpai jam yang memuaskan hatinya. Bukkk!!
“sorry sorry ” kalut Qaira mengutip beg kertas yang jatuh. Dia tidak sengaja terlanggar seseorang semasa keluar dari kedai tersebut.
“Mata letak kat lutut ke miss.” Ujar Airiel semasa mengambil semula beg kertas yang jatuh dari Qaira.
“U!” “Mata sayur!” jerit Qaira dan Airiel serentak. “What did you say again?” Airiel seolah olah pernah mendengar gelaran itu. Jangan-jangan yang langgar kereta dia dan perempuan yang kurang ajar masa temu duga tu...
“Baby.. u pergi mana penat I cari.” Rengek Eryana yang menuju kearah mereka.         
“Yana.” Bibir Qaira menyebut nama itu perlahan.
“Hana.” Peluh mula keluar di dahi Eryana, matanya terasa panas.
“Jom Aireen.” Qaira menarik tangan Aireen dan tergesa-gesa pergi dari situ.
Dan perlahan air mata Eryana mengalir dari tubir matanya.
“U kenal dia ke sayang?” soal Airiel yang merasakan ada sesuatu yang ganjil. Cepat-cepat Eryana mengelap pipinya.
“Tak, tak, i ingat dia kawan lama I tapi bukan.” Jawab Eryana dengan bibir yang bergetar sedikit.
“owhh, tak kan la u nak kawan dengan perempuan tak berjenis macam tu kan.” Sahut Airiel, mereka mula melangkah ke tempat kereta.
“Apa maksud u cakap macam tu?” Airiel kenal Hana ke? Eryana tertanya-tanya.
“kalau u nak tahu perempuan tu la yang kurang ajar masa temu duga dekat syarikat I dan langgar kereta i. Masa tu I tak tahu pula dia orang yang sama, tadi I baru sedar.” Airiel membukakan pintu kereta untuk Eryana, memang tersangatlah gentle.
‘Patutla dia tak bawa BMW dia hari ni.’ Getus hati Eryana.
“So dah setlle ke hal kereta u tu? U ada mintak duit dekat dia ke? ” Soal Eryana dengan penuh minat.
“Of course la I mintak, jangan harapla I bagi muka dekat orang macam tu, u ni berminat nak tahu sangat kenapa?” Tanya Airiel bila Eryana terus bertanya, tak kan jelous kot?.
“ I saja nak tahu, tak boleh ke?” dia perasan Airiel pelik dengannya.
“U tak jelouskan?” Tanya Airiel sambil tersenyum, takkan la Eryana nak jelous dengan perempuan macam tu, apa kelas!

“U rasa?” Balas Eryana sambil tersenyum menggoda.

Mr. mata sayur bab 2

Bab 2
 Qaira tekun merenung ruangan pekerjaan di surat khabar sambil duduk di atas katil biliknya. Ada beberapa iklan telah ditanda dengan pen merah. Satu keluhan kecil dilepaskan dari mulutnya. Dia mempunyai kelayakan ijazah dalam bidang pengurusan pejabat dan kesetiausahaan di salah sebuah universiti tempatan, tapi malangnya dah hampir empat, lima kali dia memohon sebagai setiausaha tetapi tak ada satu pun yang Berjaya, mungkin tak ada rezeki. Kali ini dia nekad kerja apa pun dia akan mohon sebab  belakang rumah dia pun dah tak ada ruang kosong untuk dia tanam anggur.
Dia mengenakan baju kurung tanah hijau muda dengan corok bunga-bunga kecil berwarna merah dan tudung berwarna hijau muda diselapangkan ke bahunya. Kreekk! Kedengaran pintu gril dibuka, ni mesti Aireen yang dah nak pergi kerja.
“Cantik hari ni, nak pergi mana?” soal Aireen bila melihat Qaira menuju ke arahnya.
“Ko tak payah nak perli sangat la..” jawab Qaira tanpa nada sambil tangannya mengunci pintu rumah teres satu tingkat itu. Hari ini dia akan pergi ke sebuah syarikat untuk memohon sebagai kerani.
“Bagus la kalau ko belajar dari pengalaman. Kasut tu pakai yang elok sikit bukannya tak ada.. kasut aku pun ada kalau ko nak pinjam, pakai jelar yang mana yang ko suka.” Ucap Aireen panjang lebar dah macam cara dia cakap dengan anak murid dia jer.
“Yelarr cikguku sayang.. jangan nak membebel pagi-pagi yang indah ni.” Qaira menghidupkan enjen skuternya sambil tersenyum, dia tahu Aireen memerlinya. “ Ok la wei aku gerak dulu, jumpa petang nanti, bye bye.”
“Da da..”sahut Aireen , setelah Qaira hilang dari pandangan bersama skuternya itu, Aireen menghidupkan enjen kereta Myvinya dan bertolak ke sekolah tempat dia mengajar.
************************
Aduhh.. pagi-pagi yang indah ni la nak jam pun, keluh Qaira. Dari jauh Qaira melihat kereta-kereta mula bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau. Dia memecut skuternya sambil mencelah-celah pada kenderaan di situ, dia berharap agar dapat melepasi lampu isyarat itu. Jenuh la kalau dia kena menunggu nanti sekiranya terlepas lampu isyarat tu. Lampu isyarat bertukar kuning dan dia memecut semakin laju. Vrroom.. vrroom!!
Tiba-tiba bunnkkk!!! Tubuhnya hampir tercampak ke hadapan, nasib baik dia sempat memegang handle dengan kuat. Jantungnya berdegup kencang, akalnya tidak dapat memproses dengan baik, kepalanya pening tiba-tiba, dia memejamkan matanya rapat-rapat. Apa yang dah berlaku?!
Aireil sedang memandu kereta BMWnya sambil menyanyi-nyanyi lagu heart attack yang sedang dimainkan di radio Era. Dia agak kebosanan disebabkan jam yang melampau di pagi isnin yang indah itu. Airiel berhenti ketika lampu isyarat bertukar kepada warna merah. Usai saja lagu heart attack dimainkan, Johara pagi Era menyambung coleteh yang tak kering gusi mereka.             “ kepada semua pemandu-pemandu jalan raya harap dapat memandu dengan berkhemah dan bersabar..sebab sabar subur tak sabar masuk…” Bunnkkk!!
Airiel tersentak mendengar bunyi dan gegaran kuat di belakang keretanya. Malaun mana yang bantai kereta aku ni. Dia merasa bengang lalu keluar dari keretanya, dia melihat seorang wanita yang elok duduk di atas motor skuter Ego warna pink sambil mata terpejam. Tidur ke ape minah ni bawak motor?
“Woii! Buta ke?!” Airiel bertanya kasar dan sedikit menengking. Qaira tersentap dan dia membuka matanya, otaknya sedang mencerna apa yang berlaku. Alamakk! Dia melihat skuter Egonya elok mencium kereta BMW di hadapannya. Dia langsung tak mempedulikan Airiel yang tengah menyinga. Pengguna jalan raya yang lain ada yang sudah tertoleh-toleh kearah mereka dan ada yang membunyikan hon menyuruh mereka keluar dari jalan yang menghalang laluan mereka.
“kita parking dekat depan tu.” Kata Airiel tegas dan Qaira hanya menurut. Dia tahu dia salah, habis la dia kali ni…
******************
Qaira melihat Airiel turun dari keretanya, kali ini baru dia melihat Airiel dengan jelas dan dia merasakan seperti pernah melihat lelaki yang berkaca mata hitam itu.
“So sekarang macam mana? I nak u ganti kerosakan yang u dah buat dekat kereta I ni kalau tak I buat report.” Kata Airiel sambil melihat jam tangannya, dia perlu menghadiri mesyuarat pada pagi ini.
“ehh janganla buat report, err be berapa?” soal Qaira tergagap-gagap. Dalam kepalanya dia berfikir mana la nak cari duit, kerja pun dia tiada.
Airiel tersenyum sinis melihat perempuan di hadapannya ini. Miskin, langsung tak berguna! Tebak hatinya.
“I rasa maybe dalam 10,000 ringgit, sebab kereta I  ni limited edition and import dari luar negara.” Katanya berlagak. Dia dapat merasakan yang perempuan dihadapannya itu miskin. Airiel memang dari dulu lagi tidak suka dengan orang miskin, dia masih ingat kata-kata mamanya yang orang miskin ini tak berguna dan suka meminta-minta dengan orang.
Makk aii, mahalnya baru calar sikit jer pun.. aku punya Ego yang dah hancuss bukan main lagi sampai dah nak tercabut nombor plat. Rungut Qaira, mulutnya bergerak-gerak.
“Apa u cakap? Sekarang macam ni la u ambil kad I ni lepas seminggu u call, kita settle bende ni..ok?” Kata Airiel sambil membuka cermin matanya. Terserlah matanya yang hijau kebiru-biruan tu.
“O ok,” terketar-ketar tangan Qaira mengambil kad tersebut. Dia dongak kepala dan tiba-tiba matanya bertemu dengan mata Airiel. Ohhmaiii lelaki mata SAYUR!! Kebetulan apakah ini? Mati aku! Cepat-cepat dia melarikan matanya dan memandang bawah. Resah hati dia tak payah cakap la.
“ Ingat call I lepas seminggu, kalau tak I report polis. Muka dengan nombor plat u I cam ok! I ni bukannya kejam sangat, I bagi masa seminggu kat u.” Airiel memberikan peringatan  sebelum masuk ke keretanya dan belalu dari situ.
“Cehh tak kejam sayur tu kata! Seminggu tu ingat lama ke?? Tapi si sayur tu tak kenal aku ke??”

Qaira pergi ke bengkel untuk menampal ubat dekat motor kesayangan dia itu. Nasib baik dia masih mempunyai sedikit simpanan. Selepas itu dia terus menuju ke tempat temu duga yang lain, apa-apa pun hidup mesti diteruskan! Walaupun dalam kepala dia asyik dok teringat RM10,000 tu.

Mr. mata sayur bab 1

Dia berlari-lari termegah-mengah merentasi akar-akar dan kayu-kayu yang mula menyegat kakinya. Tapi dia tak perduli kakinya yang semakin perit, apa yang dia fikir dia mesti lari dari raksasa gila plus ganas yang mengejar dia, ya dia mesti lari! Raksasa itu memang menakutkan mata hijau, bergigi taring sambil air liur meleleh-leleh  ewww sangat menjijikkan! Badan tegap! Tegap? “ouccghh oucghh” dia mengerang!  Tiba tiba dia tersungkur apabila kakinya terlanggar sesuatu. Dia pejam mata rapat-rapat bila  merasa raksasa itu semakin mendekat.

Busshh!! Dia rasa ade benda yang landing baik punya dekat muka dia. “Argghhh”  Qaira menjerit terlolong sambil tangannnya memukul-mukul raksasa itu. Suaranya tak payah cakap la. Rasanya boleh bergegar satu bangunan KLCC!

“Woi bangunla.. adui duii bangunla bongok! Sakit taw tak?” Qaira terkebil-kebil melihat rakannya aka Aireen yang muka dah macam bom nak meletup.
“wei raksasa! raksasa!” sungguh-sungguh Qaira berkata pada rakannya dengan muka macam mak lampir baru jatuh parit.

“ Raksasa hotak hang!” Aireen geram! Dah la kena pukul dengan Qaira tadi habis sememeh muka dia! Penat jer touch up sana sini tadi. Dia terkejut bila dengar Qaira terjerit-jerit, dia cuba kejut Qaira tapi Qaira ni tak sedar-sedar, terus dia ambil bantal hempuk muka Qaira. Hehe sorry Qaira aku ingatkan ko kena rasuk ke apa tadi huuwaa huwaa. Last-last aku yang kena balik, ceh.

“Betul weii aku dapat rasa lagi raksasa tu hempap muka aku!” Qaira buat muka serius sambil mata dia terbeliakkan. Ya Allah kawan aku ni dah tak serupa orang! Muka memang mintak penampar je aku tengok.

“Errr Qaira aku la yang pukul muka ko dengan bantal, sebab aku tengok ko macam kena rasuk jer, nasib baik ko sedar.” Jelas Aireen dengan muka tahan gelak. Dah macam tahan kentut jer Qaira tengok. Dia tak sampai hati pulak tengok kawan dia yang macam orang sesat je dalam hutan. So tahan jelarr gelak tu.. gelak dalam hati! Hehe.

“Ko pukul akuu? Betul? Maknanya aku mimpi la yer.. Gila kuat ko pukul aku sampai aku ingat betul-betul la raksasa tu hempap aku. Tak guna punya kawan! Ehh ko ni serebeh semacam nak pergi mana?” Soal Qaira blur.

“Tak sedar-sedar lagi ko ni ye Qaira! Aku nak pergi kerja lar, ni semua ko punya pasal serang aku tiba-tiba!” sambil tercebik-cebik bibir Aireen bercakap.

“ Alarr siannya kawan aku ni. Ha pergi la touch up balik, nanti lambat pulak dah pukul berapa ni?”

“Dah pukul 7:15, alamak aku dah lambat ni. Apa sal la aku boleh layan kau pulak, dah la chau dulu. Eh ko bukan ada temuduga ke hari ni?”

“Temuduga aku 26 haribulan la..” Qaira mengeliat malas atas katil.

“ Cik Qaira sayang.. for your information hari ni ialah hari khamis bersamaan 26 haribulan 7.”

“Huh! Alamakkk! wei nape ko tak kejut kan aku awal-awal huh? Macam mana ni, macam mana ni?” kelam kabut dia capai tuala pergi ke bilik air. Temu duga yang bakal dia hadiri hari ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Dah la jam pagi-pagi ni. Aduh malang betul la.

Aireen pula dah bertolak ke tempat kerja. Dia bekerja sebagai guru di sekolah rendah. Sekali dengan dia-
dia lewat hari ni. Apa punya cikgu la…

***********************************************************
Qaira meletakkan motor skuter Ego warna pinknya di tempat letak kenderaan di bangunan S&N Holding. Jam di pergelangan tangan dilihat. Dah pukul 8:20 pagi. Errrkk alamak mampus aku. Qaira pergi ke kaunter yang berada di lobi bangunan tersebut. “ yer cik boleh saya bantu?” ramah gadis yang berada di kaunter itu bertanya.

“ermm..saya nak menghadiri temu duga sebagai sebagai setiausaha, boleh lagi ke?” Malu-malu dia bercakap, yelarr diakan datang lambat.

“Oh temu duga tu patutnya mula pukul lapan tadi. Tapi disebabkan CEO syarikat ada hal ia ditangguhkan sampai pukul 8:30 ni, sempat lagi ni cik…”

“Qaira” Alhamdulillah.. lega hati Qaira

“Ok Cik Qaira boleh naik ke tingkat 4.” Ujar gadis itu tersenyum.

“Baiklah. Terima kasih.” Qaira menuju ke lif. Apabila lif terbuka dia segera masuk dan menekan butang 4. Sebelum lif tertutup ada tangan yang menghalang.
Seorang lelaki memakai kot berwarna hitam tergesa-gesa masuk ke dalam lif. Qaira melihat lelaki itu atas bawah. Ermm hemsem, sempat lagi nak gatal kau Qaira.

Mata hijau macam sayur, tegap dan rambut lelaki itu berwarna keperang-perangan sedikit terjuntai di dahi. Tapi Nampak kena je dengan muka lelaki tersebut yang nak kata mat salih nampak ada melayu sikit, macam cina pun ya juga. Tiba-tiba dia teringat mimpinya, macam ada sikit-sikit macam raksasa yang dia mimpi. Ishh takkan lah.. ada pulak raksasa hodoh tu disamakan dengan lelaki smart tu, gila kau Qaira.

Aireil menjeling sekilas perempuan yang berada di sebelahnya itu. Dia perasan perempuan itu dari tadi dok usha dia baik punya. ‘Apa punya pakaian la perempuan ni pakai, dia pekerja syarikat ni ke? Tak pernah nampak pun, tapi dia tak pernah nampak pulak pekerja selekeh macam ni. Dengan baju kurung lusuh dipakai dengan kasut sport yang dah terkopek sana-sini, dengan tudung berkeredutnya.’

Qaira terkejut bila lelaki itu menjeling dia. ‘Alamakk mesti dia nampak aku dok usha dia. Apa lar aku ni bodoh sangat, mesti dia ingat aku gatal!.’ Qaira tunduk ke bawah dengan muka membahang.

Ting! Pintu lif terbuka. Qaira mengangkat mukanya, dia terkejut lelaki itu berada di depan pintu lif melihatnya tersenyum sinis err lebih kepada mengejek sebenarnya dan terus berlalu. Ohmaii dia rasa nak hempuk jer muka dia dekat dinding, biar dah tak ada muka, tak payah la susah-susah dah nak sorok muka dia tu. Malu siot!

Qaira duduk di kerusi yang disediakan di situ sementara menunggu gilirannya. Dia perasan banyak mata-mata yang memandangnya pelik, bukan dia tak tahu sebab apa. Dia perasan pakaiannya yang selekeh tahap gaban. Dia main sarung je tadi sebab dah lambat, dia merenung kasutnya. Aduyai.. kenapa la dia boleh terpakai kasut ni, malunya. Dia memang nak buang kasut sport yang banyak berjasa dekat dia tu, tapi dia terlupa. Ape lar nasib dia hari ni.

“Cik Qaira Hana, silakan masuk.” tersirap darah Qaira bila namanya dipanggil.
Dengan bismillah, pintu bilik temuduga itu dibuka. Dia duduk di kerusi yang berada ditengah-tengah. Ada 3 orang berada dihadapannya pada ketika itu. Yang paling kiri kelihatan seorang perempuan yang bergaya, dengan make-up tebalnya dah macam nak catwalk pulak. Mukanya serius.

Ditengah-tengah pula seorang lelaki yang agak tenang mukanya.Dia senyum dan lelaki itu membalas senyumannya. Manis je muka lelaki ni.  Mungkin umurnya dalam 20-an sebab nampak muda lagi. Qaira membuat pengiraan sendiri.
Dan yang paling kanan, Ohmaiii! Lelaki tadi, ya Allah apa yang aku nak buat ni. Sinis lelaki itu melihatnya. Malu Qaira tadi pun tak habis- habis lagi. Dah la lelaki tu tayang muka kerek.

 “ We all dekat sini bukan nak suruh u telek muka we all sorang-sorang, now introduce yourselves!” Terkejut dan malu gila bila dia ditegur oleh perempuan yang serius itu. Muka macam harimau jer, kerek gila.
Qaira melihat lelaki itu senyum mengejek kepadanya. Qaira menarik nafas panjang. “My name is Qaira Hana…….

********************************************************
“Ishhh geramnya aku! Tak guna punya jantan siap kau kalau aku jumpa kau kat luar! Dia menghempas badannya di atas katil. Bekeriut bunyi katil tu nasib baik tak patah. Hati dia makin sakit bila teringat apa yang terjadi tadi. Boleh pulak lelaki mata sayur tu cakap

“Ada ke mana-mana syarikat nak ambil pekerja yang tak serupa orang jadi setiausaha.” Dengan kereknya lelaki mata sayur tu cakap.

Dia pun tak tahu nama mereka yang menemuduga dia tadi sebab belum apa-apa lagi lelaki mata sayur tu menyampuk sakitkan hati dia.

Dia bengang bila lelaki mata sayur tu menghina dia. Dia bukannya tak pakai baju pun. Lepas tu boleh pulak perempuan kerek tu terkekeh-tekeh gelakkan dia. Tak professional langsung!

Qaira bengang lalu dia ambil resume dia yang ada di tangan perempuan itu dan ketuk kepala lelaki mata sayur tu. Tukk!! bunyi yang terhasil agak kuat. “Aucch” Airiel terjerit sedikit. Tak sangka perempuan itu berani bertindak macam ni, dia tercengang.

Dah la fail resume Qaira jenis keras. Terkejut semua orang yang ada di situ. Terngaga mulut perempuan harimau tu.. hehe baru kau tau siapa aku kan! Lelaki yang ditengah itu menahan ketawa.

 “Harap-harap lepas ni mata kau tu boleh bertukar jadi mata orang bukan mata sayur!” Lepas je cakap macam tu Qaira terus blah cepat-cepat. Takkan nak tunggu lagi kut. Dia pun takut-takut berani jer.. ahh pedulikan janji dia puas!

“Ape?” terjerit Aireen bila Qaira menceritakan hal itu kepadanya. “Ko ni dah gila ke? Kalau dia saman ko macam mana ha?”

“ Aku pun tak sangka la aku boleh buat macam tu, tangan dengan kaki aku bergerak sendiri. Lagipun sayur tu hina aku taw tak!” Qaira pun takut jugak kalau apa yang Aireen cakap tu betul. Buatnya kena saman mampus! Mana dia nak cekau duit.

“Hishh ko ni cubalah control sikit marah tu, salah ko jugak pakai selekeh pergi temuduga, tapi sayur tu pun tak patut hina ko macam tu sekali.” Dengan dia-dia sekali panggil Aireil tu sayur.

“errmm betul tu...dan ko patut sokong aku bukan sayur tu, kalau aku jumpa dia siap dia.”

“Dah-dah tak payah nak siap sangat, aku rasa ko yang patut siap sedia kalau terjumpa dia nanti.” Aireen 
geleng kepala. Kawan dia ni memang lain macam sikit perangai.

“Errkk betul jugak kan.” Takpe-takpe mesti takkan jumpa punya.. dia pun takut jugak sebenarnya. ‘Mimpi aku pun dah warning awal-awal lagi.’

 komen sikit :)