DAYANG bab 1- 5

 Bab 1

Seperti biasa Dayang menuju ke kelas yang berada di blok 5. Kelas yang jaraknya hanya 500 meter itu terasa begitu jauh dengan tahap kepanasan yang membahang di atas kepala. Pukk! “Auch.” Dayang mengaduh. Kepalanya dicepuk dari belakang. Dia menyelak rambutnya yang jatuh menutupi dahi dan menoleh ke belakang.

“Bodohlah kau ni! Tak reti jalan cepat sikit ke?” Terdengar kegedikan ketawa empat orang gadis. Sengaja mereka melanggar bahu Dayang seorang demi seorang. Dayang cuba menstabilkan diri agar tidak jatuh. Sudah lumrah kehidupannya di kolej itu, dipandang hina, dikeji dan dibuli oleh mereka. Langkah dipercepatkan, hanya lagi lima minit sebelum kelas bermula.

“Dayang, saya nak jumpa awak lepas ni dan yang lain boleh keluar.” Doktor Haris memberikan arahan. Sayup-sayup ditelinga Dayang kedengaran ucapan terima kasih yang diucapkan oleh pelajar yang lain. Hatinya sudah dari tadi gundah apabila cuma dia seorang yang tidak diberikan semula tugasan yang dihantar dua minggu lepas.

Siapa yang tidak kenal dengan kesempurnaan yang diinginkan oleh Doktor Haris, beliau sentiasa menginginkan tugasan yang dapat memuaskan hatinya. Jika tidak pasti pelajar itu akan disuruh membuatnya semula. Tapi Dayang.. ini sudah kali keenam dia membuat tugasan itu, takkanlah masih ada salah? Tanpa disedari sudah semua pelajar sudah keluar dari kelas itu.

“Dayang,”. Dr Haris menggelengkan kepalanya melihat Dayang yang mengelamun. “Awak tahu kenapa saya tak bagi semula tugasan awak ni?”

Dayang geleng kepala. “Tak, Doktor.” Walhal di dalam hatinya terus berdoa agar semua firasatnya tadi salah.

“Apa awak rasa dengan tugasan yang awak hantar ni?”

“Huh?” Dayang blur.

“Awak dah buat sehabis baik ke? Kenapa saya nampak kesalahan yang sama juga awak buat?” Ujar Doktor Haris serius.

“Saya dah betulkan apa yang Doktor suruh, saya dah sertakan rujukan yang diperlukan. Typo pon tak ada, saya da..”

“Dah semak ke macam ni?” Doktor Haris memotong percakapan Dayang lalu menghulurkan tugasan itu kepadanya. Dayang menyelak helaian demi helaian, penuh dengan dakwat merah di atas kertas putih itu. Seolah-olah satu darah yang terbit dari tikaman terhadap hatinya. Begitu perit. Gulp, air liur ditelan.

“Dah nampak apa yang salah?”

“Tapi Doktor, saya dah sertakan rujukan yang Doktor mahu.. saya tak pasti apa yang salah lagi?” Masih lagi ingin membahas.

Keluahan terbit dari bibir Doktor Haris. “Rujukan yang awak sertakan ni.. langsung tak relevant dengan point yang diberikan. Macam mana pula rujukan tu nak support hujah awak dalam tugasan ni kalau rujukan yang awak sertakan langsung tak ada kena mengena?” Dayang diam tak berkutik.

“Kalau adapun satu atau dua perkataan yang sama dalam rujukan yang awak berikan dengan hujah awak, tak bermaksud bahawa rujukan awak mendukung point awak ni. Awak kena lebihkan masa untuk membaca, memahami dan mengkaji Dayang. Jangan malas!” Panjang lebar Doktor Haris membebel. Dayang menggigit bawah bibir.

“Saya bagi awak masa sampai jumaat ni untuk awak baiki, kalau awak tak hantar, saya akan bagi saja markah berdasarkan tugasan awak ni.. awak nampakkan berapa markah tu?” Soal Doktor Haris. Tajam matanya merenung Dayang.

Dayang cuma mengangguk.

“Saya tanya berapa?” Serius.

“Lima, Doktor.” Lemah suara Dayang. Seperti separuh jiwanya terbang.

“Awak boleh pergi.” Doktor Haris menggelengkan kepalanya. Entah apa masalah gadis itu. Tapi dia tetap tidak boleh pilih kasih dari segi permarkahan. Kerana itu, dia mengelak dari mengetahui apa masalah pelajarnya agar tidak wujud rasa simpati.

***************

Dayang meyapu air yang ditadah dari pili sinki kemukanya beberapa kali, berharap agar kekusutan di hatinya juga hilang dibawa kesejukan air itu.

“Wahh, tengok ni siapa dekat sini guys, dayang istana beb! Hahaha.” Ketawa Sarah kegedikan bersama tiga rakannya. Dayang menarik nafas dalam, satu-satu masalah menimpa.

“Jangan kacau akulah!” Keras suara Dayang memberi amaran. Sesungguhnya dia tidak tahan lagi dengan perangai mereka.

“Dayang istana dah pandai melawan nampak, Kenapa? Kau kena back up baik punya dengan Doktor Haris tu ke? Bukan main lama lagi kau melayan dia tadi!” Mira menunjal-nunjal dahi Dayang.

“Apa yang kau merepek ni Mira? Jangan fitnah akulah!” Dayang menepis tangan Mira, membuatkan Mira naik berang lalu mencekak rambut Dayang. “Tutup pintu tu Anis!” Arah Mira kepada Anis yang berada dekat dengan pintu utama tandas itu. “Sini kau!” Tengking Mira.

 Mira dan Nurul mengheret Dayang memasuki salah satu tandas. Dayang ditolak sehingga terduduk diatas mangkuk tandas.

“Apa yang korang nak buat huh? Lepaskan aku!” Teriak Dayang merasa tidak sedap hati melihat senyuman sinis Mira.

“Hey! Kau tahu tak yang Doktor Haris tu aku punya? Mesti kau sengaja tak buat assignment kau betul-betul sebab nak luangkan masa dengan dia kan?!” Herdik Mira. Dayang menggelengkan kepalanya.

“Dahlah Mira, tak guna cakap banyak dengan perempuan bangsat ni! Ajar jela dia..” Hasut Nurul yang menghalakan telifonnya ke arah Dayang seperti sedang merakam.

“Apa yang korang nak buat huh? Aku nak keluar!” Dayang cuba bangun namun bahunya ditolak dan kakinya disepak Sarah sehingga dia terduduk menyerigai kesakitan.

“Mira, Sarah.. pengang dia,” Arah Anis dengan senyum diwajahnya.

“Arhh! Tolong!” Dayang menjerit, Anis mengeluarkan sapu tangan di dalam begnya lalu disumbat ke dalam mulut Dayang. “Diam pon kau, bitch!” Tangan Anis mengeluarkan sesuatu dari begnya. Gunting!

Pernahkah kau berfikir sejenak,

Mengapa kau dilahirkan dengan nama ini,

Tubuh ini dan rupa ini?

Andai saja manusia itu bisa memilih takdirnya.. andai saja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 2

“Argh!!”

Dayang terjaga dari tidur, kejadian dua minggu lepas benar-benar menghantui dirinya. Air mata mengalir di pipi. Dia tersedu sedan mengenang nasib yang malang. Teman sebiliknya sendiri menjauhkan diri daripadanya.

Gambarnya dalam keadaan separuh bogel dan rambut yang bercompang camping digunting tular dikalangan pelajar. Betapa aib dan malu dirinya rasakan. Tidak ada yang menolong, tidak ada yang peduli.

Sweater di kepada katil ditarik dan disarung. Jam di dinding menunjukkan jam 3 pagi. Warden juga pasti sudah tidur saat ini. Kaki diseret ke padang hoki yang terletak di belakang asrama. Dayang duduk dibahagian penonton yang dibawah sekali. Air matanya yang mengalir dibiarkan. Pandangan kosong dihala ke arah padang.

Dalam kesamaran dia melihat seperti seseorang menuju kearahnya. Matanya dibesarkan, air mata yang  bersembam di mata dikesa. Takut andai warden yang berjaga, pasti nasib tidak akan menyebelahinya. Tapi ternyata dia salah, orang itu bukanlah warden atau sesiapa yang dikenalinya. Setelah semakin hampir orang itu berdiri tepat di hadapannya.

Dayang mendongak, ternyata ianya seorang lelaki yang memakai topi dan bersweater. Matanya tidak kelihatan kerana ditutupi oleh topi yang dipakai. Tapi Dayang dapat melihat dengan jelas lesung pipit kanan lelaki itu. Bermaksud lelaki itu tersenyum. Senyum? Ya, sebuah senyuman yang sangat manis. Sesuatu yang sudah lama hilang dari hidupnya. Entah kenapa melihat senyuman lelaki itu membuatkan dia ralit.

“Asyiknya pandang.” Tegur lelaki itu.

Dayang membahang. Tersedar dari lamunannya. Dia termalu sendiri. “A, awak siapa? Buat apa dekat sini?” Lelaki itu masih dengan senyumannya. Tidak menjawab soalan Dayang lalu merebahkan diri di sebelah Dayang.

“Awak pula buat apa dekat sini?” Soal lelaki itu. Dayang mencuri pandang ke wajah lelaki. Malangnya topi yang dipakai lelaki itu mengahalang penglihatannya.

“Bukan urusan awak.” Dayang malas melayan. Sesungguhnya keadaan dia ketika ini membuatkan dia merasa jengkel dengan lelaki yang tiba-tiba muncul itu. Dayang bangun. “Auch,” mencerlung mata Dayang melihat lelaki yang suka hati saja menariknya duduk semula. “Awak ni kenapa?” Geram Dayang melihat senyuman yang tak lekang di bibir lelaki itu.

“Duduklah sekejap, I know you need me.”

And I know you are crazy!” Dayang membentak.

“Awak perlukan seseorang ketika ini Dayang, kan?” Lelaki itu tersenyum. Dayang merasakan senyuman itu sangat mengjengkelkan. Sinis!

“Saya tak perlukan sesiapa! Awak ni siapa, huh? Saya tak pernah nampak awak dekat kolej sebelum ni pun. Macam mana awak tahu nama saya?” Soal Dayang bertubi-tubi, geram dengan lelaki yang tak dikenali itu.

“Saya ada jer sebelum ni, awak saja yang tak perasan. Mungkin sekarang awak perlukan saya, jadi barulah awak sedar kewujudan saya.”  Tenang lelaki itu bersuara.

“Apa yang awak merepek ni? Kalau awak tahu saya siapa, mesti awak…” Dayang dirudung hiba. Pasti lelaki ini juga telah melihat gambar itu. Dayang malu! Hood di kepala ditarik ke depan untuk melindungi wajahnya.

“Saya Rayden..” Ujar lelaki itu tiba-tiba.

“Huh?” Dayang dengar tak dengar.

“Nama saya Rayden.” Sekali lagi lelaki itu bersuara.

“Ray..den? Peliknya nama.” Berkerut dahi Dayang.

“Hahaha.”

“Kelakar ke?” Dayang ketap bibir.

“Tak.. comel.” Rayden menaikkan sedikit topinya. Matanya yang berwarna dark brown merenung wajah Dayang sehingga Dayang tidak selesa.

“Ehem, awak ambil kos apa dekat sini?” Soal Dayang mengukir rasa kekok yang hadir tiba-tiba.

“Kosmetik.” Jawab Rayden bersahaja.

“Kelakarnya..” Sinis Dayang. Dia menjeling Rayden.

“Betullah.. nanti saya akan make upkan hati awak semula.”

“Saya tak perlukannya.”

“Tak guna awak melayan perasaan awak dekat sini Dayang. Awak nampak lemah.” Sambung Rayden.

Mulut Dayang terngaga. “Siapa awak nak judge saya macam tu.. awak tak tahu apa yang terjadi dalam hidup saya.”

“Saya tahu.. that’s why saya kata awak lemah. Awak biarkan mereka terus menindas awak.”

“Awak tak faham..” Lemah suara Dayang.

“Saya tak perlu faham.” Bersahaja ayat itu keluar dari mulut Rayden. Dayang mengetap bibir. Geram!

“Jadi, awak buat apa dekat sini? Pergi!”

“Saya ada sebab awak perlukan saya.”

“Maksud awak?”

“Saya tahu.. awak perlukan seseorang.”

“Tak, tak!” Dayang membentak. “Saya harap kita tak berjumpa lagi.” Dayang bangun dan mula mendaki tangga. Setelah berada di tangga paling atas, Dayang menoleh ke bawah. Rayden sudah tidak ada. Lama matanya tertancap di tempat duduk dia dan Rayden itu.

Kau berharap dia tunggu kau Dayang?

****************

Dayang melihat wajah di dalam cermin yang tergantung di dalam bilik mandi. Rambutnya yang compang camping dibelai, tergiang-giang suara Rayden di dalam mindanya. ‘Awak nampak lemah.’ ‘Awak biarkan mereka terus menindas awak.’ Air mata mengalir  melepasi tubir mata Dayang.

‘Kalau aku tak lemah semua ni tak kan terjadi kan?’

Dalam kekaburan matanya akibat dibasahi air mata, Dayang mengambil gunting yang terletak di atas sinki. Dayang membawa tangan ke leher dan mencekak semua rambutnya. Zup! Semua rambut digunting serentak, menderu rambut itu jatuh ke lantai. Nafas ditarik dalam dan dihembuskan perlahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bab 3

Dayang berlagak seperti biasa di dalam kelas Professor Aidil yang sudah dua kali tidak dihadirinya. Mujur Professor Aidil tidak menyoal. Pandangan teman kelas yang lainnya tidak diendahkan Dayang. Wajah tengang tanpa senyuman dikekalkan. Ya, kali ini dia harus kuat.

Entah kenapa kata-kata Rayden begitu menikam jiwanya. Dayang ralik memerhati pelajar yang lalu lalang di luar kelas.

‘Betulkah dia belajar di sini?’

“Assalammualaikum Dayang,”

Dayang menoleh, ada seorang pelajar lelaki merebahkan diri di sebelahnya. “Waalaikumsalam, ya kenapa?”

“Awak tak dengar? Kan Prof baru beritahu yang kita pairing untuk projek akhir nanti.” Lelaki itu angkat kening. “By the way, saya Rizki.”

“Owh, maaf.. saya tak berapa dengar tadi. Saya Dayang.” Dayang termalu sendiri. Itulah, ralik sangat nak mengintai anak teruna orang.

“Takpa..” Rizki hulur senyuman. “Jum kita exchange number, apa-apahal contact je. Kita ada masa lagi dua bulan untuk siapkan projek kita tu.” Panjang lebar Rizki terangkan.

‘Walaupun perempuan ni nampak blur, harap dia boleh bagi kerjasama.’ Getus hati Rizki.

“Ya, boleh.” Dayang menaip nombor Rizki di dalam telifon pintarnya dan membuat panggilan tak berjawab pada Rizki.

“Ok, saya dah lambat nak masuk kelas ni.. jumpa nanti.” Rizki sudah bangkit dari kerusi.

“Ok, jumpa lagi.” Dayang juga tersenyum. Pelik, adakah lelaki ini tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya?

“Dayang, Puan Lolita nak jumpa awak.” Tegur seorang pelajar perempuan yang tidak dikenali Dayang.

“Untuk apa?” Soal Dayang.

Pelajar itu hanya mengangkat bahu.

Dayang melepaskan keluhan bearat. Pasti disebabkan gambarnya yang tular itu. Siapa yang tak kenal Puan Lolita kakitangan yang bertanggungjawab memberikan hikmat kaunseling kepada pelajar yang bermasalah.

*********************

Dayang mengenggam jari jemari yang mula memecahkan cairan. Gementar? Takut? Dayang tidak tahu.

“Saya tanya sekali lagi Dayang, siapa yang perlakukan awak begitu? Awak takut?” Soal Puan Lolita yang melihat titik peluh mula terbit di dahi Dayang. “Awak jangan risau, kalau awak di pihak yang betul, pihak kolej pasti akan melindungi awak.” Puan Lolita diam seketika, memberi peluang kepada Dayang berfikir.

“Perkara ini telah sampai kepada syarikat yang biayai pengajian awak, kalau awak masih tak nak buka mulut mungkin mereka terpaksa tarik biasiswa awak.” Wajah Dayang yang menunduk diperhatikan. Terbit rasa kasihan di hatinya. Dia tahu Dayang seorang anak yatim piatu. Kerana mendapat keputusan yang cemerlang, sebuah syarikat swasta menawarkan biasiswa kepada Dayang. Siapa tahu begini nasib Dayang di sini.

Dayang menekur lantai. Entah kenapa kata-kata Rayden bermain di fikirannya. ‘Awak lemah.. awak lemah.. awak lemah.’

“Tidak!” Dayang membentak, tanpa disedari perkataan itu keluar dari peti suaranya. Kata-kata Rayden itu seolah-olah mencabar Dayang. Hatinya seolah ditikam bertubi-tubi. Matanya merenung kosong lantai di bilik itu.

“Awak tak apa-apa Dayang?” Soal Puan Lolita. Dari pemerhatiannya dia dapat melihat bahawa Dayang sangat tertekan.

“Dayang.. kalau awak tak tolong diri awak sendiri, tiada siapa yang boleh tolong awak.” Puan Lolita masih ingin mencuba mendorong Dayang.

Dayang mendongak memandang Puan Lolita. Namun hanya seketika sebelum dia kembali menekur lantai. “Mereka yang lakukan, saya tak tahu kenapa mereka begitu bencikan saya..” Air mata Dayang mengalir.

“Saya faham perasaan awak, siapa mereka tu Dayang?” Puan Lolita menggegam tangan Dayang memberi semagat.

“Mira dan Sarah pengang saya.. Anis, a, a, Anis gunting rambut saya dan ko, ko, yak baju.” Suara Dayang tersekat-sekat. Hatinya perit mengingati kejadian yang mencabul maruahnya.

“Teruskan Dayang.. saya ada bersama awak.” Tangan Dayang digenggam lebit erat.

“Nu, Nurul yang rakam..” Anak mata Dayang bergerak-gerak. Nafasnya terasa sesak.

“Bawa bertenang Dayang, minum air ni.” Botol kecil air mineral di hulur kepada Dayang.

“Adakah keadilan akan berpihak pada saya Puan?” Soal Dayang yang sudah sedikit tenang.

“Awak jangan risau Dayang, kalau awak dipihak yang benar.. Pasti semuanya akan baik-baik saja dan mereka akan dapat hukuman atas apa yang mereka lakukan.” Puan Lolita berjeda seketika sebelum menanyakan soalan yang agak berat pada Dayang. Ya, soalan yang dapat merubah masa hadapan seseorang.

“Awak tak mahu lapor pada polis Dayang? Kalau awak takut saya boleh temankan. Perbuatan mereka pada awak melampau.”

“Tidak Puan, cukuplah pihak kolej saja yang ambil tindakan pada mereka.”

“Baiklah, lepas ni saya harap awak dapat rehatkan minda awak. Memang untuk melupakan itu payah tapi.. awak harus kuat demi pelajaran awak.”

“Baik, Puan.”

‘Sudah dua orang yang menyuruhku kuat, apa aku lemah selama ini?’ Berlegar-legar persoalan di kepala Dayang.

Bab 4

“Mereka Cuma digantung kelas seminggu Puan?” Kedengaran jelas nada kecewa dari suara Dayang.

“Maafkan saya Dayang, pihak kolej dah siasat, tapi untuk mengetahui siapa yang memulakan penyebaran itu susah kerana ianya telah tular. Mereka digantung hanya dengan kenyataan kamu. Itu saja yang pihak kolej dapat lakukan.” Terang Puan Lolita panjang lebar.

“Itu sahaja? Bukan kerana ibu bapa mereka penyumbang terbesar dalam kolej ini?” Soal Dayang sinis.

“Dayang.. saranan saya sekarang awak teruskan sahaja pelajaran awak. Cuba alihkan perhatian awak dari hal ini. Kami juga sudah jelaskan kepada syarikat yang biaya-”

“Bamm!!” Belum sempat Puan Lolita menghabiskan ayatnya, Dayang keluar lalu menghempas pintu bilik itu.

***********************

“Semuanya sama!” Besi yang menampung tangki air besar di atas bumbung blok E itu disepak Dayang. Dayang sering naik ke atas bumbung ini apabila enggan diganggu. Selain dirinya, belum pernah ada manusia yang dijumpainya lagi naik kesini. Dayang selesa begini, dia takut pada manusia melebihi jin dan syaitan.

“Tak sakit ke kaki tu?” Tegur suatu suara dari arah belakang.

“Mak kau gila!!” Terjungkit bahu Dayang terkejut, segera dia berpaling ke belakang.

“Rayden!! Awak buat apa di sini?” Naik satu oktaf suara Dayang kerana bertambah terkejut dengan kehadiran Rayden.

“Tak baik tau cakap mak saya gila,” Rayden berseloroh. Menayang giginya yang putih bersih. Topi hitamnya masih di kepala.

“Yang awak tiba-tiba muncul macam hantu ni kenapa? Tak reti bagi salam ke?” Bentak Dayang. Mencerut wajahnya. ‘Kacaulah dia ni. Bila aku cari dia tak ada pula.’

“Hantu? I am more than that you know.” Rayden senyum sinis ingin menakutkan Dayang.

“So?” Soal Dayang kembali menyakitkan hati Rayden.

“Hahaha, awak ni comellah.” Rayden ketawa terbahak-bahak.

“Awak gila ke?” Dayang ketap bibir. Geram!

See.. kan dah cakap awak perlukan saya.” Rayden duduk di atas tembok penghadang yang mengelilingi bumbung itu.

“Awak tak takut ke duduk atas tu? Apa maksud awak?” Seriau Dayang melihat Rayden yang selamba duduk di atas tebing itu. Kalaulah jatuh..

“Saya duduk tak apa, jangan awak jer. Sebab nanti takut orang ingat awak nak bunuh diri.”

“Awak ni.. kalau tak sakitkan hati saya tak boleh ke?!” Dayang mengenggam jari jemari. Kalaulah bukan anak orang, dah lama dipenyetkan Rayden.

“Jap eh, saya nak fikir.” Rayden jeda seketika.

Dayang ketap bibir.

Rayden geleng-gelengkan kepala. “TAK. BOLEH. Titik!”

“Eiii, kalau lah awak ni anak kambing dah lama saya tolak awak tahu! Awak tak jawab lagi soalan saya, kenapa pula saya perlukan awak?” Soal Dayang masih tidak puas hati tidak mendapat jawapan.

“Entah, saya cakap je.” Rayden mengangkat-ngangkat kedua belah keningnya. Mengusik Dayang.

“Dah lah,” Dayang berpaling ingin berlalu. Malas melayan Rayden menyakitkan hatinya.

“Sebab saya saja yang dapat mengubah mood awak. Awak dah dapat lupakan kesedihan awak kan?” Tenang saja suara Rayden.

Dayang automatik berhenti melangkah. Ada betulnya kata-kata Rayden itu. Cuma caranya salah. “Awak hilangkan kesedihan saya dengan sakitkan hati saya. Macam tu?”

“Siapa yang sakitkan hati awak? Hati awak sakit ya?” Soal Rayden berpura-pura tidak tahu.

“Huh!” Dayang membentak.

“Haha, at least awak dah lupakan masalah awak kan Dayang.. Qistina?” Sengaja Rayden menekan pada nama Qistina itu.

Dayang tersentak, jarang ada yang memanggil nama penuhnya itu. Tahu pun tidak. Ialah, dia kan tidak punya teman.

“Mana awak tahu nama penuh saya?” Dayang duduk di atas kerusi lama yang terletak berhadapan Rayden. Lenguh pula kakinya berdiri dari tadi.

“Kan saya dah cakap saya kenal awak. Awak saja yang tak kenal saya.”

“Itu jelah modal awakkan?” Dayang mencebir.

“Awak rasa apa hukuman yang setimpal buat mereka?” Rayden menolak sedikit topinya ke atas.

Dayang meneguk liur melihat mata Rayden. Entah kenapa mata yang begitu redup memberi ketenangan kepadanya.

“Saya tahu saya kacak, jangan pandang lama-lama, nanti awak yang susah.” Rayden geli hati melihat muka Dayang yang memerah apabila ditegur.

Dayang berdehem. “Kalau tanya saya, mestilah saya rasa nak cincang-cincang je dia orang. Barulah mereka rasa sakitnya maruah saya bagai dicincang.” Dayang melepaskan keluhan berat.

“Kalau awak buat begitu pada mereka, awak pun sama saja Dayang.”

“Ya, saya tahu.. sebab tulah saya serahkan pada pihak kolej. Tapi.. hurm.” Sekali lagi sebuah keluhan dilepaskan.

“Cuba awak tengok belakang awak Dayang.” Arah Rayden yang menghalakan pandangannya kebelakang Dayang.

Dayang menoleh ke belakang. Tidak ada pasti apa yang ingin Rayden tunjukkan kepadanya. Adapun beberapa kerusi buruk dan loker yang sudah rosak berada di situ.

“Atas..” Sekali lagi arahan dari Rayden.

Dayang dongak kepala. Masih tiada apa yang dapat ditangkap anak matanya. “Apa?”

“Bukit.” Sebutir perkataan keluar dari mulut Rayden.

“Bukit? Ada apa dengan bukit tu?”

“Esok pukul 7 pagi saya tunggu awak bawah bukit tu. Jangan lambat.”

“Huh? Nak buat apa?”

“Saya pergi dulu.” Rayden melompat turun dari tebing itu. “Jumpa lagi.” Dia berlalu meninggalkan Dayang yang terkebil-kebil sendiri.

Dayang merenung syiling biliknya di perbaringan. Buat pertama kalinya setelah sekian lama dia diajak keluar. Perasaannya.. suka? Aneh? Dia juga tidak tahu. Tangan ditekap di dada, dengupan jantung itu mengganggu tidur Dayang.

Kau hadir tanpa diduga, umpama redupnya awan sebelum hujan.

 

 

 

 

 

 

 

Bab 5

Jam menunjukkan tepat pukul 8 pagi, namun anak daranya yang seorang itu masih belum turun lagi. Datin Hanah melepaskan keluhan, kalau tidak dikejut mahu sampai ke tengah hari. Kaki di hala ke kamar anaknya yang berada di tingkat dua.

Tuk, tuk, tuk!

“Mira! Mira! Bangun dah lewat ni, Mira.” Pintu diketuk bertalu-talu. Datin Hanah memulas tombol pintu. Tidak berkunci. Aneh, selalunya Mira pasti akan mengunci pintu tersebut.

Mira masih lagi diselubungi dengan selimut. Datin Hanah menggelengkan kepala.

“Mira, bangun. Dah lewat ni sayang.” Mira diam tidak berkutik. Sakitkah anak kesayangannya itu?

Tangan Mira yang terkeluar dari selimut itu dipegang. Dia menggoyangkan tangan itu, Datin Hanah merasa sesuatu yang ganjal. Tangan itu terasa sangat dingin dan ringan!

“Arghhh!” Teriak Datin Hanah apabila tangan itu terangkat bersama darah yang mengalir.  Ya, hanya tangan! Tangan itu langsung tercampak ke lantai.

“Mira.. Miraaa..” Datin Hanah menggogoi, dia tahu sesuatu yang buruk telah berlaku. Terketar-ketar jarinya menarik selimut dari tubuh anaknya. Sebaik sahaja selimut itu jatuh di lantai, “Miraa!! Miraa!!” Datin Hanah menjerit bagaikan hysteria. Lututnya lemah. Melutut dia melihat keadaan Mira yang berbogel dengan mata terbeliak itu.

Kepala, kedua tangan dan kedua kaki Mira telah terpisah dari badannya. Mira terbaring dengan anggota tersebut disusun semula ditempat asal. Namun kesan potongan dan darah beku bercampur darah baru yang mengalir jelas kelihatan. Menggigil tubuh Datin Hanah. “Allah..” Datin Hanah rebah.

***********************

“Tepat jam jam 6.50 pagi Dayang sudah terpacak di bawah bukit itu. Tangannya mengosok-gosok lengan. Sejuk. Kelihatan 4 orang yang tidak dikenalinya turut berada di situ. Mereka berbisik-bisik dan memandang-mandang ke arah Dayang. Senyum sinis sengaja dihadiahkan buat Dayang.

‘Pasti budak kolej aku juga ni.. bertabahlah Dayang, tabah!’ Jari-jemari digengam kuat seolah-olah mengalirkan cas yang memberikan tenaga.

Tiba-tiba bahu Dayang dipaut seseorang. Dayang kaget dan terus kejung badannya. .

“Jum,” Rayden menarik Dayang jauh dari situ sehinggalah tiba di suatu tempat yang tidak ada orang. “Kita mulakan pendakian kita dari sini.”

“Daki?”

Kenapa aku tidak terfikir tentang ni? Ya, bodohnya kau Dayang. Kalau tak buat apa dia ajak kau ke mari?’ Omel Dayang di dalam fikirannya.

“Yelah, habis tu buat apa datang sini? Makan?” Rayden angkat kening, seperti biasa topinya masih menjadi teman setia.

“Sa, saya.. tak bawa baju lebih.” Dayang melihat Rayden yang membawa beg kembara yang digalas dibelakang. Timbul kekesalan kerana dia hanya membawa dirinya sahaja.

“Jangan risau, kita bukan nak mandi-manda pun. Trust me.” Mata Rayden tepat merenung mata Dayang.

‘Saya tak nak percayakan awak.. tapi kenapa? kata-kata awak begitu menenangkan saya?’ Getus hati Dayang.

“Jumlah,” tangan Dayang ditarik berikutan gadis itu hanya membeku. “Lagi lambat kita naik, lagi lambat sampai tau. Nanti hitam muka awak berpanas.”

Seperti patung Dayang hanya mengikuti Rayden. Setelah hamper 20 minit mendaki Dayang tercungap-cungap cuba mencari nafas.

“Awak okey? Sikit je lagi ni.. kita rehat 5 minit.” Botol mineral dihulur kepada Dayang.

“Saya tak pernah naik tempat-tempat macam ni,” air mineral ditogok.

That’s why saya ajak awak datang sini, nyamankan?” Mata Rayden meliar memerhati sekeliling. Pokok-pokok, bunyi-bunyian dan suasana tenang di hutan ini begitu menyenangkan.

Dayang hanya mengangguk. Ya, memang benar. Betapa tenangnya disekelilingnya pada waktu ini. Bunyi-bunyi ungas dan serangga umpama irama yang mendayu-dayu. Tiada manusia yang menghukum, tiada manusia yang berperangka. Hanya dia dan alam.

“Lagi berapa lama kita nak sampai?”

“Tak jauh dah ni. Kalau terus mendaki tanpa berhenti mungkin dalam 30 minit lagi.”

Dayang melepasakan keluhan kecil. 20 minit ini pun sudah hampir putus nafas!

“Jangan mengeluh sekarang, setiap perbuatan ada ganjarannya Dayang.”

“Maksud awak?”  Dayang mencari mata Rayden. Tapi hampa apabila mata itu tersembunyi di sebalik bumbung topi.

“Dah okey? Tarik nafas, lepas.. tarik.. lepas.” Rayden mengangkat kedua tangan ke perut dan diturunkan ke bawah beberapa kali.

Tak berkelip Dayang melihat Rayden. Sikap lelaki ini sukar diduga.

“Lah, jangan tengok je. Cepat buat. Tarik nafas, lepas.. tarik, lepas...”

Kali ini Dayang terpaksa menurut. Rayden senyum sumbing melihat Dayang yang mengikut tingkahnya. “Good Girl.” Rayden menepuk lembut kepala Dayang. “Jum.”

Dayang terpana seketika. Tak lama kemudian senyuman terukir di bibir.

*************************

“Tutup mulut tu.” Sergah Rayden.

Spontan Dayang menutup mulutnya. Bibir diketap, geram!

“Cantikkan? Ganjaran untuk penat lelah awak.”

Dayang memerhati permandangan dari atas bukit itu. Terdapat tasik kecil yang boleh di lihat dari atas gunung itu. Air tasik yang biru kejernihan benar-benar memukau matanya. Mungkin juga akan dihapuskan suatu hari nanti atas paksaan arus permodenan.

Bangunan-bangunan yang pesat membangun di kota raya kelihatan seperti objek perhiasan. Keadaan alam di atas puncak gunung itu begitu menakjubkan. Bunga-bunga kecil berwarna merah dan kuning yang tumbuh bersama rumput-rumput kecil di puncak gunung itu begitu cantik sekali.

Rayden meletakkan beg galasnya dibawah. Dia mengeluarkan sebuah tikar gulung kecil dari tepi beg. Sebuah Tupperware dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar itu.

“Dayang!” Dayang yang ralit melihat permandangan itu di panggil. Sebaik sahaja Dayang berpaling dia menepuk-nepuk lantai tikar di sebelahnya.

“Wah! Bila awak sediakan semua ni?” Tupperware berisi sandwish sardine dan telur itu diangkat.

“Makanlah,” Pelawa Rayden.

Dayang mengambil satu sandwish sardin. ‘Sedapnya.’ Sengaja perkataan itu tidak diungkapkan. Tak mahu kelihatan beria-ria. ‘Alah, dia buat ni pun bukan khas untuk akukan?’ Sandwish yang tadinya sedap terasa tawar.

“Makanlah lagi, penat saya bangun pagi buat untuk awak tau.” Ucap Rayden sambil mengunyah sandwish telur.

Dayang tersentak. Nasib kunyahan telah ditelan, kalau tidak mahu tercekik.

“Rayden..”

“Ya?”

“Saya nak Tanya awak sesuatu.”

“Apa?”

“Kenapa awak berkawan dengan saya?” 

“Eee, tengok dia tu. Macam tak betul je.” Bentak seorang perempuan yang tidak jauh dari mereka. Mungkin baru sampai ke atas puncak tersebut.

“Aah lah, kau tengok la rambut dia tu.” Sahut salah seorang perempuan yang turut berada di situ. Dia membuat wajah menjengkelkan sambil melihat Dayang.

Dayang segera menundukkan wajahnya. Mencuba sedaya upaya untuk tidak mengalirkan air mata. Sungguh! Dia malu dengan Rayden. Pasti Rayden merasa tidak selesa dan menyesal bersamanya.

“Maaf,” Ucap Dayang perlahan.

“Maaf untuk apa? Mereka yang perlu meminta maaf dengan awak. Jangan merendahkan diri awak sendiri Dayang.” Rayden mengambil sepotong sandwich dan mengunyah perlahan.

Dayang masih diam tidak berkutik. Tidak tahu bagaimana harus membalas kata-kata Rayden.

Tiba-tiba ada dua tangan melekap di kedua-dua pipi Dayang. Dayang terkejut dan mengangkat muka. Rayden yang posisinya sedikit menunduk merenung wajah Dayang sambil tangannya memegang muka Dayang. Dia menolak sedikit kepala Dayang ke atas.

“Jangan terus tunduk, nanti mata awak dah tak reti nak pandang atas. Awak comel tau dengan rambut pendek macam ni.” Rambut Dayang disentuh seketika.

Dayang mengelipkan matanya berulang kali. Agak blur dengan kelakuan Rayden yang tiba-tiba itu. Dia merenung Rayden selamba menyambung semula memakan makanannya.