Mr. Mata Sayur bab 11 dan 12

Bab 11
Qaira masuk kerja hari ini setelah bercuti. Dia memakai baju kurung biru bersama tudung bawal yang berwarna biru gelap diselimpang dan dipin di kedua-dua belah bahunya.

Wajahnya kelihatan ceria, dua hari tinggal di rumah betul-betul membosankannya. Seperti biasa kakinya diarahkan ke pantry, mug diambil dan kerja membancuh air kegemaran bosnya itu dijalankan.

Keting, Airiel tersentak bila Qaira meletakkan mug dia atas mejanya. “Qaira…” serunya perlahan. Dia tidak perasan bila Qaira masuk ke biliknya.

“Yes bos?” soal Qaira apabila mendengar namanya disebut.

“Ehem, ehem… U kenapa tak ketuk pintu huh!?” sengaja mencari pasal.

“Saya dah ketuk la..tiga kali, bos ni dah lama tak korek telinga ke?” balas Qaira, fikir aku takut?

“Erk berani U lawan cakap bos U eh?” mencerlung matanya.

“Maaf, saya tak buat dah,” Qaira malas nak melayan. Karang terbit pulak angin mohsun di pagi hari itu.
Pelik..desis hati Airiel, dah jinak ke apa perempuan ni? “ Tengah hari nanti ikut I pergi jumpa klien.”

“Baik bos, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu.” Qaira terus berlalu tanpa menoleh. Jangan Tanya kenapa kalau kau masuk perangkap aku Airiel, dia tersenyum. Sinis.

Pelik.. Airiel termanggu sendiri, tetapi bibirnya tiba-tiba terjungkit. Tanpa sedar dia tersenyum apabila melihat Qaira.

Hari yang menyebalkan bagi Qaira, Kenapa? Kerana apabila Qaira hanya duduk seperti tunggul sambil menahan muntah bila klien separuh abad Airiel mula gatal bermain mata dengannya.  Dia terpaksa sabarkan hatinya yang mendidih. Kini dia dalam perjalanan balik ke pejabat, sudah tentunya dengan bos mata sayurnya itu.. siapa lagi kan..

“Suka?” Tanya Airiel tiba-tiba.

“Suka apa?” Soal Qaira. Dia dah mula…

“U fikir I tak nampak apa u buat?”

“Apa yang bos nampak?”

“Hey! Jangan nak buat tak tahu la!” Airiel hilang sabar.

Eh dia ni.. “So, bos jeles ke apa sekarang ni?” kalau kau betul-betul cemburu memang senang kerja aku.

“Tak ada makna I nak jeles dengan u ok! Nonsense!” Merah muka Airiel menahan geram.

“Kalau tak ada baguslah, suka hati saya la nak buat apa pon.. sebab saya kan sentiasa buruk di mata bos, lagi pon kalau saya dapat Encik Zaidi tadi bagus apa? Banyak duit tak adalah saya nak kerja dah.” Ujar Qaira dengan muka kerek.

“Dasar perempuan kampung tak ada maruah.” Perlahan… tetapi masih didengari Qaira, pedih hatinya.

Diam…

Sebelum Qaira keluar dari perut kereta.. “Kadang-kadang kita kena tahu dengan jelas maksud perkataan yang kita sebut, sebab boleh jadi ia kena tepat dengan batang hidung kita sendiri.”

Airiel terpikir… apa maksud Qaira.. perubahan drastik Qaira benar-benar mencabarnya. Tetapi, dia sedar ada satu perasaan lain yang menghalang, menghalangnya menyakiti Qaira.. apakah?

Hatinya sakit melihat kliennya bermain mata dengan Qaira, walaupun dia tahu Qaira tidak melayan. Seolah-
olah dia cemburu, Qaira benar. Dia cemburu.. nonsense! Hatinya terus-terusan menafikannya.

“Mumy,” tegur Airiel apabila melihat mumynya duduk di sofa di dalam pejabatnya.

“Mumy akan fly ke USA petang ni, dady buat hal lagi.” Sayu muka Datin Jaqlien.

“Dengan siapa pulak kali ni mumy?” soal Airiel sebal.

“Kali ni lebih teruk, dengan anak rakan perniagaan kita sendiri, Tiara.” Hampir menitis air matanya.

“What? Nonsense mumy! Tiara tu lagi muda dari Airiel tahu tak?” Airiel kaget..bagaimana dadynya sanggup.. argh otaknya tidak mahu berfikir lebih jauh.. menjijikkan.

“Sebab itulah Airiel.. mumy nak Airiel cari pendamping hidup yang mampu membimbing Airiel, sebab mumy tak nak Airiel jadi macam ni sayang.” Menitis jua air matanya.

“Mumy.. Airiel janji dengan mumy yang Airiel tak akan jadi macam dady, Airiel minta ampun pasal semalam mumy.. Airiel sayang mumy.”

Airiel memeluk mumynya di sofa tersebut.. perbualan sayu kedua anak beranak itu dilihat Qaira yang sedang membawa air kepada mereka. Ya Allah.. hal aku dan Eryana tidak ada kena mengena dengan Airiel.. ampunkan aku kerana berniat jahat Ya Allah. Bicara hati Qaira.

Tuk tuk tuk! Qaira masuk dan meletakkan dua gelas jus oren di atas meja dihadapan mereka. Datin Sarah Jaqlien seolah-olah terpegun melihat keayuan Qaira yang megenakan baju kurung itu. Aura wajah Qaira yang lembut itu menyejukkan hati Datin Sarah Jaqlien.

“Pekerja baru?” Soal Datin Sarah Jaqlein.

“Ya Datin,” ujar Qaira sabil tersenyum.

“Dah kahwin?”

“Huh?” teperanjat Qaira mendengar pertanyaan tersebut. Dia memandang Airiel, Airiel memberi isyarat menyuruhnya menjawab.

“Er.. belum Datin.”

“Kamu tak usah nak berdatin dengan saya..panggil jer mumy, ok?” Entah kenapa hatinya berkenan benar dengan gadis itu.

Erk mumy aku ni dah kenapa? Berkenan pula dengan si Qaira ni, aduh.. gawat. Resah Airiel.

“Saya minta diri dulu Datin,” ujar Qaira bila melihat Airiel memandangnya dengan pandangan yang tajam.

“Cantik orangnya, macam ni la yang mumy nak Airiel cari.”

“What? Mumy.. mumy kenal pun belum dah tahu macam ni yang mumy nak..mungkin di luar nampak lain, di dalam kita tak tahu mumy.”

“Mumy yakin sayang, dia orang baik-baik.”

“Please mumy.. jangan nak mula lagi, Ery macam mana pula?” soal Airiel geram.

“Airiel putuskan hubungan Airiel dengan dia. Kalau Airiel betul-betul sayangkan mumy, Airiel akan ikut cakap mumy!” Datin Sarah Jaqlein mengambil beg tangannya lalu beredar dari situ.

“Qaira!!!” jerit Airiel.

***************************************************************************
BAB 12
Kata-kata Datin Sarah Jaqlien masih terngiang-ngiang di telinga Airiel.

“Cantik orangnya, macam ni la yang mumy nak Airiel cari.”

“What? Mumy.. mumy kenal pun belum dah tahu macam ni yang mumy nak..mungkin di luar nampak lain, di dalam kita tak tahu mumy.”

“Mumy yakin sayang, dia orang baik-baik.”

“Please mumy.. jangan nak mula lagi, Ery macam mana pula?” soal Airiel geram.

“Airiel putuskan hubungan Airiel dengan dia. Kalau Airiel betul-betul sayangkan mumy, Airiel akan ikut cakap mumy!”

Dia tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi, nombor tak dikenali tertera di skrin.

“Hello…”

“Assalamualaikum bro!” suara girang plus hyper menyapa telinganya. Mamat sesat mana yang call aku ni? Bisik hatinya pelik.

I think u got the wrong number.” Malas Airiel melayannya.

Wrong number hatukk ko! Ni aku la.. ni aku nak marah ni.. kawan aku sendiri tak kenal aku. Agak-agak la der..”

“Wow.. kejap, kau ni.. zik? Zikri?” Soal Airiel teruja.. Zikri sahabat baiknya semasa belajar di Australia dulu.

“Ye laa..aku la ni bro..nasib baik kau kenal, kalau tak aku hantar orang belasah kau esok! Hahaha.”

“Mana aku nak tahu bro.. kau dah lama tak contact aku, hilang macam tu jer..”

“Yer aku tahu.. aku salah sebab dah lama tak contact kau dengan member-member kita dulu, jum kita keluar.. dah lama tak lepak dengan kau, rindu..hehehe.”

“Kau ajak aku keluar ni.. maknanya kau ada kat Malaysia la kan? Sakai kau bro, dah berapa lama kau balik?”

“Kau kalau nak menyakaikan aku pun, tunggulah bila kita dah jumpa nanti..telinga aku panas dah ni menahan gelaombang suara sumbang kau..hahaha.”

“Ish! kau ni tak pernah berubah, ok jum kita jumpa.” Airiel teruja ingin berjumpa dengan sahabat lamanya itu. Dia bersiul-siul menuju ke bilik mandi.

Restoran yang terletak di tengah ibu kota itu agak penuh, almaklumlah..hari ahad.
Dari jauh kelihatan Zikri berjalan menuju ke meja Airiel yang terletak di sudut restoran itu. Mereka berpelukan, erat.

“Aku rindu kau bro..” Sengih Zikri.

“Dah, jangan nak rindu sangat.. geli pula aku dengar..hahaha” kata Airiel sambil meleraikan pelukan. Kalau lama lagi mereka berpelukan, mahu dikata gay.

“Kau semakin hensem nampaknya,” usik Zikri yang sememangnya tahu sahabatnya itu selalu menjadi igauan para gadis. Namun, dia pun apa kurangnya. Hahaha.

“Kau jangan cakap aku la..kau ni pun bukan main sekarang makin berseri-seri nampak, hahaha.

“Ni seri sebab lain bro,”

Wait..kau jangan cakap yang kau dah kahwin?” berkerut wajah Airiel.

“Hahahaha, kalau aku kahwin aku ajak kau lah bro, so.. how’s life?”

Well.. kerjaya aku ok jer..Cuma.. aku dalam delema antara mama aku dengan kekasih aku sekarang ni. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.”

“Ni mesti mama kau tak suka kekasih kau tu kan?”
Airiel mengangguk.

“Syurga di bawah telapak kaki ibu bro,” ujar Zikri tiba-tiba. Menimbulkan kerutan di dahi Airiel.

“Mu'awiyah bin Jahimah telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lantas bertanya: "Aku hendak pergi berjihad, justeru aku datang kepadamu untuk meminta pandanganmu." Rasulullah S.A.W. bertanya, mafhumnya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?" Jawabnya: "Ya." Lalu, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Berbaktilah kepada ibumu kerana syurga itu berada di bawah kedua-dua kakinya." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Tabarani)” Terang Zikri panjang lebar.

“Sejak bila kau pandai cakap benda-benda macam ni Zik? Lawak bro..hahaha”

“Apa yang aku cakap betul Eans.. kadang-kadang kita tak sedar yang kita ni dah jauh sangat sebenarnya.” Ujar Zikri sambil merenung mata Airiel.

“Maksud kau?”

Zikri tersenyum hambar.
********
Perubahan sikap Zikri benar-benar mengelirukan Airiel. Tertanya-tanya apa yang sudah terjadi dengan sahabatnya itu selama hampir empat tahun mereka tidak bertemu. Dia merebahkan badan di atas katil.

“Syurga kita terletak di bawah telapak kaki ibu kita Eans, selagi mereka hidup, kita kena senangkan mereka, balas jasa mereka.. jangan jadi macam aku bro, mumy aku meninggal tanpa aku sempat balas apa-apa, apa yang dalam memori aku, hanya kemarahan dan tangisan dia disebabkan peragai aku dulu. Kau beruntung masih ada mumy kau. Sekarang aku hanya mampu berdoa supaya mumy aku maafkan dosa aku dulu.”

Kenapa semua orang seolah-olah sudah berubah? Konon ke arah kebaikan, bercakap soal dosa dan pahala. Sedangkan dari dulu lagi hidup mereka memang sebegitu. Tidak kira dosa dan pahala. Kalau betul berfikir tentang dosa dan pahala, kenapa dari dahulu lagi memilih untuk hidup bergelumbang dengan maksiat dan dosa?

“Jadi kau nak suruh aku ikut cakap mumy aku?”

“Terpulang pada kau.. ni life kau.. aku cuma boleh bagi nasihat.”

“Tapi aku sayangkan Ery Zik...”

“Antara mumy kau dan Ery, mana kau lagi sayang?” tersentap hatinya dengan soalan itu.

“Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya atau kedua-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka. Ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia." (Surah al-Isra' 17:23-24)

Perbualannya dengan Zikri tadi berlegar di mindanya. Perlukah dia korbankan Ery dan perasaannya demi mumynya. Selama ini mumynya banyak menderita.. dia tahu itu, dadynya sering menimbulkan masalah. 
Bukan sekali dua dia melihat mamanya menangis.

Dia bangun dan bersiap-siap untuk keluar. Janjinya untuk bertemu Eryana malam itu harus dikotakan. Kalau tak, alamat mengamuklah si Eryana itu nanti.

Kelab malam Dragon itu penuh dengan pemuda-pemudi yang mencari keseronokan dunia. Di suatu sudut Airiel melihat Eryana berdansa dengan lelaki-lelaki yang tidak dia kenali. Tangan mereka merayap di tubuh langsing itu, dia tidak cemburu. Malah dia tidak kisah sama sekali. Bukankah kalau dia cinta dia sepatutnya merasa cemburu? Kenapa rasa itu hadir kepada Qaira? satu kejadian yang aneh baginya.

“Baby... bila u sampai? Kenapa tak join I menari?” Tanya Eryana sambil mengusap bahu Airiel. dia kemudian duduk di sebelah Airiel.

“I tak ada mood..” Jawab Airiel tanpa riak.

“U selalu tak ada mood bila jumpa I, kenapa ni baby? Dah jemu dengan I ke?” Eryana menarik muncung. Merajuk.

“Bukanlah sayang.. ok jum kita dance?” Airiel mengangkat kening sambil merenung lama wajah Eryana.

“Ok..” Eryana senyum..tak boleh merajuk lama-lama kerana tak tahan direnung Airiel yang super handsome.

Mereka akhirnya tenggelam ditengah-tengah orang ramai di atas lantai tari tersebut.

1 comment: