Mr. mata sayur bab 2

Bab 2
 Qaira tekun merenung ruangan pekerjaan di surat khabar sambil duduk di atas katil biliknya. Ada beberapa iklan telah ditanda dengan pen merah. Satu keluhan kecil dilepaskan dari mulutnya. Dia mempunyai kelayakan ijazah dalam bidang pengurusan pejabat dan kesetiausahaan di salah sebuah universiti tempatan, tapi malangnya dah hampir empat, lima kali dia memohon sebagai setiausaha tetapi tak ada satu pun yang Berjaya, mungkin tak ada rezeki. Kali ini dia nekad kerja apa pun dia akan mohon sebab  belakang rumah dia pun dah tak ada ruang kosong untuk dia tanam anggur.
Dia mengenakan baju kurung tanah hijau muda dengan corok bunga-bunga kecil berwarna merah dan tudung berwarna hijau muda diselapangkan ke bahunya. Kreekk! Kedengaran pintu gril dibuka, ni mesti Aireen yang dah nak pergi kerja.
“Cantik hari ni, nak pergi mana?” soal Aireen bila melihat Qaira menuju ke arahnya.
“Ko tak payah nak perli sangat la..” jawab Qaira tanpa nada sambil tangannya mengunci pintu rumah teres satu tingkat itu. Hari ini dia akan pergi ke sebuah syarikat untuk memohon sebagai kerani.
“Bagus la kalau ko belajar dari pengalaman. Kasut tu pakai yang elok sikit bukannya tak ada.. kasut aku pun ada kalau ko nak pinjam, pakai jelar yang mana yang ko suka.” Ucap Aireen panjang lebar dah macam cara dia cakap dengan anak murid dia jer.
“Yelarr cikguku sayang.. jangan nak membebel pagi-pagi yang indah ni.” Qaira menghidupkan enjen skuternya sambil tersenyum, dia tahu Aireen memerlinya. “ Ok la wei aku gerak dulu, jumpa petang nanti, bye bye.”
“Da da..”sahut Aireen , setelah Qaira hilang dari pandangan bersama skuternya itu, Aireen menghidupkan enjen kereta Myvinya dan bertolak ke sekolah tempat dia mengajar.
************************
Aduhh.. pagi-pagi yang indah ni la nak jam pun, keluh Qaira. Dari jauh Qaira melihat kereta-kereta mula bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau. Dia memecut skuternya sambil mencelah-celah pada kenderaan di situ, dia berharap agar dapat melepasi lampu isyarat itu. Jenuh la kalau dia kena menunggu nanti sekiranya terlepas lampu isyarat tu. Lampu isyarat bertukar kuning dan dia memecut semakin laju. Vrroom.. vrroom!!
Tiba-tiba bunnkkk!!! Tubuhnya hampir tercampak ke hadapan, nasib baik dia sempat memegang handle dengan kuat. Jantungnya berdegup kencang, akalnya tidak dapat memproses dengan baik, kepalanya pening tiba-tiba, dia memejamkan matanya rapat-rapat. Apa yang dah berlaku?!
Aireil sedang memandu kereta BMWnya sambil menyanyi-nyanyi lagu heart attack yang sedang dimainkan di radio Era. Dia agak kebosanan disebabkan jam yang melampau di pagi isnin yang indah itu. Airiel berhenti ketika lampu isyarat bertukar kepada warna merah. Usai saja lagu heart attack dimainkan, Johara pagi Era menyambung coleteh yang tak kering gusi mereka.             “ kepada semua pemandu-pemandu jalan raya harap dapat memandu dengan berkhemah dan bersabar..sebab sabar subur tak sabar masuk…” Bunnkkk!!
Airiel tersentak mendengar bunyi dan gegaran kuat di belakang keretanya. Malaun mana yang bantai kereta aku ni. Dia merasa bengang lalu keluar dari keretanya, dia melihat seorang wanita yang elok duduk di atas motor skuter Ego warna pink sambil mata terpejam. Tidur ke ape minah ni bawak motor?
“Woii! Buta ke?!” Airiel bertanya kasar dan sedikit menengking. Qaira tersentap dan dia membuka matanya, otaknya sedang mencerna apa yang berlaku. Alamakk! Dia melihat skuter Egonya elok mencium kereta BMW di hadapannya. Dia langsung tak mempedulikan Airiel yang tengah menyinga. Pengguna jalan raya yang lain ada yang sudah tertoleh-toleh kearah mereka dan ada yang membunyikan hon menyuruh mereka keluar dari jalan yang menghalang laluan mereka.
“kita parking dekat depan tu.” Kata Airiel tegas dan Qaira hanya menurut. Dia tahu dia salah, habis la dia kali ni…
******************
Qaira melihat Airiel turun dari keretanya, kali ini baru dia melihat Airiel dengan jelas dan dia merasakan seperti pernah melihat lelaki yang berkaca mata hitam itu.
“So sekarang macam mana? I nak u ganti kerosakan yang u dah buat dekat kereta I ni kalau tak I buat report.” Kata Airiel sambil melihat jam tangannya, dia perlu menghadiri mesyuarat pada pagi ini.
“ehh janganla buat report, err be berapa?” soal Qaira tergagap-gagap. Dalam kepalanya dia berfikir mana la nak cari duit, kerja pun dia tiada.
Airiel tersenyum sinis melihat perempuan di hadapannya ini. Miskin, langsung tak berguna! Tebak hatinya.
“I rasa maybe dalam 10,000 ringgit, sebab kereta I  ni limited edition and import dari luar negara.” Katanya berlagak. Dia dapat merasakan yang perempuan dihadapannya itu miskin. Airiel memang dari dulu lagi tidak suka dengan orang miskin, dia masih ingat kata-kata mamanya yang orang miskin ini tak berguna dan suka meminta-minta dengan orang.
Makk aii, mahalnya baru calar sikit jer pun.. aku punya Ego yang dah hancuss bukan main lagi sampai dah nak tercabut nombor plat. Rungut Qaira, mulutnya bergerak-gerak.
“Apa u cakap? Sekarang macam ni la u ambil kad I ni lepas seminggu u call, kita settle bende ni..ok?” Kata Airiel sambil membuka cermin matanya. Terserlah matanya yang hijau kebiru-biruan tu.
“O ok,” terketar-ketar tangan Qaira mengambil kad tersebut. Dia dongak kepala dan tiba-tiba matanya bertemu dengan mata Airiel. Ohhmaiii lelaki mata SAYUR!! Kebetulan apakah ini? Mati aku! Cepat-cepat dia melarikan matanya dan memandang bawah. Resah hati dia tak payah cakap la.
“ Ingat call I lepas seminggu, kalau tak I report polis. Muka dengan nombor plat u I cam ok! I ni bukannya kejam sangat, I bagi masa seminggu kat u.” Airiel memberikan peringatan  sebelum masuk ke keretanya dan belalu dari situ.
“Cehh tak kejam sayur tu kata! Seminggu tu ingat lama ke?? Tapi si sayur tu tak kenal aku ke??”

Qaira pergi ke bengkel untuk menampal ubat dekat motor kesayangan dia itu. Nasib baik dia masih mempunyai sedikit simpanan. Selepas itu dia terus menuju ke tempat temu duga yang lain, apa-apa pun hidup mesti diteruskan! Walaupun dalam kepala dia asyik dok teringat RM10,000 tu.

No comments:

Post a Comment