“Baby… baju
ni sesuai dengan I tak?” rengek Eryana sambil menayang dress warna ungu gelap
paras peha itu pada Airiel.
“Ery
sayang.. u pakai apa pun cantik ok.” Katanya tersenyum mesra pada teman
wanitanya itu yang juga seorang model terkenal tanah air.
“Kalau macam
ni tu I ambil yang ni je lah.” Katanya pada pekerja di salah sebuah butik di
Pavillion itu.
Airiel
menemani Eryana membeli-belah hari itu kerana dia telah mengajak Eryana ke
malam annual dinner di syarikatnya. Sebagai seorang ceo dia mestilah mahu teman
wanitanya tampil cantik pada malam itu dan dia tahu, Eryana juga mahu menjadi
yang terbaik sesuai dengan statusnya sebagai model tekenal tanah air.
“Aireen aku
dah penatlah.. tak jumpa lagi ke jam yang ko nak cari tu?” Qaira yang nak mula
rasa tumitnya nak tercabut mula bersuara. Dari pagi tadi dia menemani Aireen
hingga nak masuk jam 3 petang. Aireean pula sanggup mengambil cuti semata-mata
nak cari jam untuk dijadikan barang hantaran kerana dia akan berkaahwin tak lama
lagi.
“Ermm kejap
la, kita tengok kat situ..” dia menunjuk kedai jam di hadapannya “Ni last,
lepas tu kita gi makan k.” Aireen cuba memujuk Qaira. Dah hampir satu pavilion
mereka tawaf tapi tak ada satu pun yang Aireen berkenan.
Qaira pun
redha je lar mengikut langkah Aireen, nak marah kang kawan baik dia sendiri.
Sabarjelah…
Mereka
keluar dari kedai tersebut setelah Aireen akhirnya menjumpai jam yang memuaskan
hatinya. Bukkk!!
“sorry sorry
” kalut Qaira mengutip beg kertas yang jatuh. Dia tidak sengaja terlanggar
seseorang semasa keluar dari kedai tersebut.
“Mata letak
kat lutut ke miss.” Ujar Airiel semasa mengambil semula beg kertas yang jatuh
dari Qaira.
“U!” “Mata
sayur!” jerit Qaira dan Airiel serentak. “What did you say again?” Airiel
seolah olah pernah mendengar gelaran itu. Jangan-jangan yang langgar kereta dia
dan perempuan yang kurang ajar masa temu duga tu...
“Baby.. u pergi mana penat I cari.” Rengek Eryana yang menuju
kearah mereka.
“Yana.”
Bibir Qaira menyebut nama itu perlahan.
“Hana.” Peluh
mula keluar di dahi Eryana, matanya terasa panas.
“Jom
Aireen.” Qaira menarik tangan Aireen dan tergesa-gesa pergi dari situ.
Dan perlahan
air mata Eryana mengalir dari tubir matanya.
“U kenal dia
ke sayang?” soal Airiel yang merasakan ada sesuatu yang ganjil. Cepat-cepat
Eryana mengelap pipinya.
“Tak, tak, i
ingat dia kawan lama I tapi bukan.” Jawab Eryana dengan bibir yang bergetar
sedikit.
“owhh, tak
kan la u nak kawan dengan perempuan tak berjenis macam tu kan.” Sahut Airiel,
mereka mula melangkah ke tempat kereta.
“Apa maksud
u cakap macam tu?” Airiel kenal Hana ke? Eryana tertanya-tanya.
“kalau u nak
tahu perempuan tu la yang kurang ajar masa temu duga dekat syarikat I dan
langgar kereta i. Masa tu I tak tahu pula dia orang yang sama, tadi I baru
sedar.” Airiel membukakan pintu kereta untuk Eryana, memang tersangatlah gentle.
‘Patutla dia
tak bawa BMW dia hari ni.’ Getus hati Eryana.
“So dah
setlle ke hal kereta u tu? U ada mintak duit dekat dia ke? ” Soal Eryana dengan
penuh minat.
“Of course
la I mintak, jangan harapla I bagi muka dekat orang macam tu, u ni berminat nak
tahu sangat kenapa?” Tanya Airiel bila Eryana terus bertanya, tak kan jelous
kot?.
“ I saja nak
tahu, tak boleh ke?” dia perasan Airiel pelik dengannya.
“U tak
jelouskan?” Tanya Airiel sambil tersenyum, takkan la Eryana nak jelous dengan
perempuan macam tu, apa kelas!
“U rasa?”
Balas Eryana sambil tersenyum menggoda.
No comments:
Post a Comment