Suasana
dalam kereta Airiel seperti biasa apabila Qaira berada di dalam kereta
tersebut, sunyi. Hanya lagu di radio yang berkumandang memecah kesunyian malam.
Qaira tidak senang duduk. Cepat la sampai rumah.. monoloh hatinya sambil
menjeling Airiel yang sedang memandu kereta agak perlahan. Dia ni macam saja je
bawak perlahan, grr.
Ariel
menyembunyikan senyumannya bila perasan mata Qaira asyik menjelingnya. “U ni
berani kan Qaira?” ujar Airiel
tiba-tiba. “Berani apa bos?” soal Qaira pelik. “Ye laa u berani ikut lelaki yang
u tak kenal malam-malam ni kan.. eh, entah-entah u dah biasa?”
Mata Qaira membulat, dia ni sengaja nak sakitkan hati aku. “Saya kenal bos sebab tu saya ikut bos, lagi pon macam bos cakap tadi kalau saya mati kat situ nanti buruk pulak nama syarikat bos tu kan, dan saya tak pernah ikut mana-mata lelaki keluar jaga sikit mulut bos tu.” Ingat aku ni macam Eryana ke? Sambungnya dalam hati.
“Mana la
tahu kan.. perempuan miskin macam u ni sanggup buat apa je..” sinis Airiel.
“Bos berhenti sekarang! Berhenti!” Jerit Qaira tiba-tiba. Airiel tersentak lalu
cepat-cepat dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Qaira turun
dari kereta, dia menghempas kuat pintu kereta tersebut. Nasiblah kalau tercabut
pun. Airiel ikut keluar.
“Qaira!!”
jerit Airiel sambil mengejar langkah Qaira. Namun Qaira tidak memperdulikan
panggilan itu dan terus berjalan memecah kepekatan malam. Qaira tersentak
apabila tangannya direntap dari belakang.
“Apa bos
ni?lepas lah! Saya boleh balik sendiri, saya tak perlukan orang macam bos untuk
hantar saya balik.” Ujar Qaira dengan mata berair.
“I hantar u
balik, bahaya tahu tak? tak ramai yang lalu jalan ni.” Airiel menguatkan
genggaman tangannya di lengan Qaira. “Aku cakap tak nak, tak nak lah! Kau tak
paham bahasa ke? Lagi pun kau jugak cakap perempuan macam aku ni dah biasa
tumpang-tumpang jantan, nanti aku tumpang je sapa-sapa yang lalu jalan ni!”
Tinggi suara Qaira.
“U jangan
degil la Qaira, tak ada sebijik kereta pon yang lalu kan, lagi pon kalau ada
apa-apa jadi dekat u, I tak nak dipersalahkan paham? Sini!” Airiel menarik
tangan Qaira, Qaira meronta-ronta.
“U jangan
degil la!” Sampai di kereta Airiel menolak tubuh Qaira masuk ke tempat duduk
penumpang di sebelahnya. Bunkk!! Airiel menghempas pintu keretanya, Qaira diam
tak berkutik kerana terkejut.
Sepanjang
perjalanan masing-masing diam membisu, Qaira sudah basah muka dengan air
matanya. Dia tidak suka dengan apa yang Airiel lakukan kepadanya dia semakin
benci lelaki itu lebih-lebih lagi apabila dia tahu Airiel adalah teman lelaki
Eryana. Airiel memandu dengan muka tanpa perasaan walaupun dia mendengar sedu
Qaira.
*****************
Setelah
menghantar Qaira pulang Airiel pergi ke sebuah kelab malam yang terkenal di ibu
kota. “Yo bro, what’s up? Lama tak nampak kau bro.” Sapa Erman, orangnya tinggi
lampai dan berkulit sawo matang. Keadaan kelab yang bingit itu sedikit pon
tidak mengganggu mereka.
“Ok la bro..
agak busy lately, kau pulak apa cerita?” Airiel menyisip wiski yang berada di
atas mejanya. “Aku macam biasalah Eans..modelling, banyak jugak dapat offer.”
Erman mengeyit matanya pada seorang perempuan yang sedang duduk tidak jauh dari
mereka.
“Kau masih
tak berubah Erman..haha kasanova,” Airiel ketawa kecil. “Well bro.. kau macam
tak kenal aku kan..barang free bro sapa yang tak nak?” ujar Erman, mereka
berdua ketawa. “Lain la kau bro setia pada yang satu,” sambungnya lagi. “Well
kau macam tak kenal aku kan,” sahut Airiel. Sejahat-jahat dia belum pernah dia
angkut perempuan masuk bilik.
“Tu cinta
hati kau dah sampai bro,” Eryana yang bergaun pendek paras peha berwarna hitam
berjalan kearah mereka sambil tersenyum. “Aku pergi dulu Eans.. nak jumpa
kucing baru haha.” Erman bangun dan menuju kepada wanita yang duduk tidak jauh
dari mereka tersebut.
“Hai baby,”
ujar Eryana setelah mencium pipi Airiel. “Hai Ery darling,” Eryana mengambil
tempat sebelah Airiel. “Macam mana dahi u sayang? Nasib baik tak ada parut
kan.” Airiel mengusap dahi Eryana. “I dah ok la u.. luka sikit je hari tu,” Eryana
tersenyum manja.
Airiel tiba-
tiba terigatkan Qaira, sedu Qaira tiba-tiba bermain di telinganya. Rasa kasihan
kepada wanita itu. “Eans, u kenapa?” Tanya Eryana apabila melihat Airiel
seperti memikirkan sesuatu. “Tak ada apa-apa, I teringat kerja dekat ofis
tadi.”
“U nak
menari?” Tanya Qaira lagi. “Erm I tak ada mood nak menari, letih. U pergilah.”
Airiel tersenyum memandang Qaira. “Ok baby, I pergi dulu ok.” Airiel melihat
Eryana menari di lantai tari yang penuh dengan manusia yang mencari
keseronokan.
Eryana
berpeluk-peluk dengan lelaki lain di lantai tari seoalah-olah tidak ada apa
yang salah dengan perbuatannya, dan itu adalah perkara biasa buat mereka. Arak
pula sudah menjadi seperti air minuman seharian.
***************************
Airiel
melangkah terhuyung-hayang masuk ke dalam apartmentnya. “Airiel! ini yang
Airiel buat tiap-tiap malam ye? Sebab tu tak nak tinggal dengan mumy?” sembur
Datin Sarah Jaqlien yang duduk di sofa di ruang tamu.
Damn! Sumpah
Airiel dalam hati, dia tidak sangka yang mumynya akan datang kerumahnya. “Er
mumy sihat? Ariel ada meeting dengan client tadi sebab tu la balik lewat.”
Bauan yang keluar dari mulut Ariel membuat Datin Sarah Jaqlien mual, dia
menekup hidungnya.
“Ariel
jangan nak tipu mumy, nasib baik dady tak ikut sekali taw! Kalau tak habislah
Airiel kena dengan dia.” Bebel Datin Sarah Jaqlien, nak marah pun tak guna kerana
itulah hasil didikannya sendiri.
“Mumy Airiel
penat la, kita sembang esok k..mumy tidur sini kan?” Airiel menuju ke kamarnya
sebelum sempat mumynya menjawab. Mata yang memberat sudah tidak dapat ditahan
lagi, ditambah pula dengan sakit di kepalanya.
Datin Sarah
Jaqlien hanya mampu mengeluh. kalau lah dulu dia memberi didikan yang baik
kepada anaknya, pasti dia tidak akan jadi begini. Ya Allah, ampunilah dosa
hambamu ini. Setits air mata jatuh ke pipi.
Qaira berdiri
di hadapan cermin di biliknya, air yang menitis dari rambutnya yang basah dibiarkan.
‘Aku tak kan sesekali tunduk dengan orang macam korang lagi, kau tunggu Airiel.
Kau ingat senang-senang je kau nak mainkan maruah aku, kau dan Eryana sama je. Aku
benci korang!’ Monolog Qaira.
komen sikit :)
komen sikit :)
rose !!!! like it.. rose cm tau2x je..akak bru skod blog rose td tp xda lg..say NO to sayur..hahaha =D gurau je
ReplyDeleteKak , bila nak update n3 bru ?? Still waiting 4 next n3 ..
ReplyDeleteizza..dlm proses hehe..btw thanks :)
DeleteBest sangat...nak sambungan please
ReplyDelete...cepat la sambung. ..
nak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ~~~
ReplyDelete:) :) :) :)
Best nak lagi please.......tq.
ReplyDeleteInsyaAllah kejap lagi ade entry baru..hehe
ReplyDeletekk ross...citer ni bestt......
ReplyDeletesaaangattt....: daebakk kk ros..
#n_n
Akak, novel ni best sangat. Novel ni memang ada ke ? Ada jual dekat kedai ?
ReplyDelete