Seminggu
berlalu…
“aduhh aku
nak call ke tak nak ni. Call? Tak? Call? Tak?!” Qaira berlegar-legar di dalam
biliknya.
“kalau aku
call aku nak cakap apa? Hailaaa duit bukannya ada lagi nak bayar kat dia,
ishh.” Qaira duduk di atas katil.
“kalau tak
call dia report polis macam mana? Mahu menatap sayu aku dalam penjara,
huwaaa..” kepala digaru-garu, dah macam orang gila kalau sekali tengok.
Akhirnya setelah berfikir panjang, Qaira mengambil keputusan untuk menelefon
Airiel.
Terketar-ketar
tangannya menekan nombor di henset nokia 3310 nya itu. Setelah beberapa kali
bunyi..
“Hello?” kedengaran suara Airiel.
“err hell hello assalamualaikum, ni encik Airiel ke? Qaira mula gagap.
“Yes
speaking, who is this?” Entah perempuan mana la yang call aku ni? Bebel Airiel
yang sedang berbaring di atas katinya. Niat dihati nak tidur tiba-tiba ada call
masuk, kacau betul.
“err saya
Qaira, awak ingat tak yang langgar kereta awak hari tu.”
“owh yang
langgar kereta I dan hempuk kepala I tu kan? Memang I ingat sangat la, so.. u
call ni bayar ganti rugi kan?” Sinis Airiel.
“Encik
Airiel boleh tak saya mintak jasa baik encik untuk bagi lebih masa kat saya?
Sebab saya tak ada lagi duit nak bayar.” Terang Qaira yang agak gugup.
Sesedap rasa
je minah ni nak aku tambah masa, dah la dia ketuk kepala aku hari tu. Ok tak
pe, tahu la aku nak ajar dia ni. “ kalau macam tu esok u dating ofis I, u tahu
kat mana kan.. I nak u datang tepat pukul lapan pagi, kalau tak I buat report.”
Terjungkit sedikit tepi bibir Airiel.
“ Err tapi
nak buat apa encik?” tuttt tuutt tutt. Cess aku tak habis cakap lagi dia x
letak, kurang ajar betul.
Ya Allah selamatkanlah hamba mu ini esok. Qaira tidur
dengan hati yang kacau manakala Airiel tidak sabar menantikan hari esok.
*********************
“Cik Qaira,
silakan masuk.” Ujar setiausaha Airiel kepadanya. Dengan lafaz bismillah Qaira
menolak pintu bilik ceo itu, dia melangkah masuk.
“Well u
datang tepat pada masanya, bagus.” Sinis Airiel. “Duduk,” arahnya lagi.
Eleh macamla
aku nak sangat datang sini, bagi sejuta pun aku tak nak la. tercebik-cebik
mulut Qaira.
“ Ape u
cakap?” Ariel perasan mulut Qaira yang dah macam itik itu, mesti tengah kutuk
aku ni. Ok tak pe, sekarang game ni aku yang pegang.
“Err tak de
pe pe,” erkk dia dengar ke? Rasanya cakap dalam hati je tadi.
“ Ok, I pon
malas nak buang masa and I tahu u pon tak ade duit nak bayar ganti rugi, so I
nak offer sesuatu kat u.” Ujar Airiel sambil tersenyum.
“Encik nak
offer ape?” err lain macam je mamat ni, tapi handsome hehe. Ish sempat lagi
kau!
“I nak u
kerja dekat sini selama tiga bulan sebagai tea lady, walaupun gaji tea lady
selama tiga bulan tu tak cukup, tapi tak pe la sebab I pon malas nak hadap muka
u lama-lama.” Dengan keret Airiel berkata.
Qaira dah
panas hati, gila ke pe? Kalau aku kerja sini lepastu gaji semua dia ambil aku
nak makan apa? Bengong punya mata sayur!
“I tahu apa
yang u fikirkan, dan I pon bukannya kejam sangat. I Cuma akan ambil suku dari
gaji u, but it’s up to you nak terima ke tak dan kalau u tak terima u kena la
bayar ganti rugi hari ni.” Airiel merenung muka Qaira, hurm comel jugak dia.
Ish gila kau ni Airiel!
Huuwaa ni
dah macam perangkap je ni, dia tahu aku tak ada pilihan. Dari tadi tengok aku
lain macam je, seriau pulak dengan mata sayur dia tu. Memang nampak sangat dia
ni nak kenakan aku.
“ Ok, saya
terima,” lemah suara Qaira. Tak pa la Qaira sekurang-kurangnya kau ada kerja,
dan yang paling penting kau kena sediakan perisai yang paling kuat untuk
menangkis serangan dari dia. Fighting!!
“Satu
pilihan yang tepat, u akan mula kerja esok. U jumpa setiausaha I lepas ni, ok u
boleh keluar.” Airiel tersenyum kemenangan, esok akan bermulanya hari yang
paling menyeronokkan. Rasa malu dan marahnya tempoh hari masih belum reda
sewaktu Qaira menghempuk kepalanya di hadapan pekerjanya sendiri, egonya
tercabar.
Cess keret
nak mampus punya mata sayur, Qaira keluar dengan muka yang cemberut memikirkan
hari esok.
No comments:
Post a Comment