Mr. Mata sayur bab 7

Seperti biasa, setiap pagi Qaira akan berada di pantry untuk membuat air untuk Mr. mata sayur.

“Aku dengar bukan main risau lagi bos kita tu bila dengar awek dia tu masuk hospital, menyampah pulak aku,” ujar Lina salah seorang staff disitu kepada Suraya yang turut berada di ditu.

“Biasala Lina kan awek dia tu.. mestilah dia risau, kalau dia risaukan kau tu yang pelik..kau jelous la tu.” Ujar Suraya sebelum menyisip minumannya.

“Kau bukan tak tahu yang aku minat kat bos tu, tapi apakan daya.. dia tak pandang orang macam aku ni, nak dibandingkan dengan awek dia model terkenal tu.. apa nama dia? Lupa pulak aku.” Herot muka Lina sambil memandang-mandang ke atas tanda menyampah dengan teman wanita Airiel.

“Eryana,” sahut Suraya perlahan bimbang didengari orang. Takut pulak dituduh bergosip.

Ternyata suara itu walaupun perlahan tapi masih juga berjaya menembusi telinga Qaira. Terhenti tangannya yang sedang mengacau air untuk Airiel, hatinya sakit tiba-tiba. Begitu dia benci mendengar sebaris nama itu, nama yang memusnahkan kebahagiaannya.

Qaira melangkah ke bilik Airiel dengan wajah kusam, Suraya yang perasan perubahan tersebut tidak berani untuk menegur.

“Kenapa lambat u buat air hari ni? U ingat I bagi gaji u nak suruh u bersenang-lenang ke huh?” sembur Airiel sebaik sahaja Qaira meletakkan cawan di atas mejanya.

Qaira yang sememangnya bad mood semakin panas hati, huh pakwe dan makwe ni peragai sama je..memang padan dia orang ni, bagai pinang di belah kapak!

“Bos kalau nak cepat buat sendiri la!” jawab Qaira lantang!

Airiel terkejut, berani betul dia ni.

“What the? U ingat sikit dengan siapa u bercakap ni Qaira!” suara Airiel juga meninggi dan dia juga sudah berdiri dari tempat duduknya.

Qaira sedikit gentar, tapi argh lantak la, dia sudah tidak peduli. Dia tidak akan tunduk dengan orang seperti mereka.

“Ya saya tahu saya tengah bercakap dengan siapa sekarang, dengan mamat keret bermata sayur!” ujar Qaira sambil kepalanya di dongakkan tak nak kalah dengan Airiel yang tinggi.

“u cakap mata I apa? Sayur? Kurang hajar punya perempuan kampung, diri sendiri tak terurus nak mengata orang! Rumah u mesti tak ada cermin kan?” Airiel mula menghampiri Qaira.

Qaira mengundur dua tapak kebelakang bila Airiel semakin hampir, matanya merah akibat kata-kata Airiel.

“Yang sepatutnya tengok cermin tu awak bukan saya” serak suara Qaira. Airiel semakin menghampiri, Qaira tersandar pada dinding di bilik tersebut. Airiel tersenyum sinis sambil mendekatkan wajahnya pada wajah 

Qaira, dia membongkokkan sedikit badannya kerana Qaira agak rendah.

“Oh yeah? I tak perlu tengok cermin pon I dah tahu yang I ni handsome. Kalau tak, tak de la u tengok sampai nak terliur dalam lif hari tu.” Ujar Airiel dengan killer smilenya.

Qaira tidak selesa berada dalam posisi seperti itu. Dia memusingkan badannya ke tepi ingin melarikan diri, papp! Kedua-dua Tangan Airiel melekap di dingding menghalangnya di kiri dan kanan. Qaira mula berpeluh, takut diapa-apakan. Rasa menyesal pulak melawan mata sayur ni.

Airiel tersenyum kemenangan, tahu takut perempuan ni.

“U nak pergi mana? Takut eh?” Airiel tersenyum sambil mendekatkan wajahnya pada wajah Qaira. Semakin dekat.. Qaira menolak-nolak dada Airiel menggigil-gigil tangannya lemah tak berdaya kerana terlalu takut. Dan…

“Hahahaha..” Airiel mengundur dua tapak kebelakang. “U ingat I teringin ke nak cium perempuan macam u ke? Not my taste ok!” sambungnya lagi.

Mata Qaira mula berair, “kau belum kenal siapa aku lagi mata sayur, fine! Kau nak main sangat kan..let’s play the game.. jangan menyesal Airiel Eans.” Ujar Qaira sebelum berlalu dari bilik Airiel.

Airiel tersenyum sinis.. Wau interesting! Kita tengok siapa yang akan menang Qaira, kau dah cabar aku Qaira. Sepatutnya aku yang ucapkan kata-kata itu dekat kau..jangan menyesal! Qaira Hana..

**********
“Aduhh hujan pulak petang ni.. lebat pulak tu, bila nak berhenti ni.” Bebel Qaira, dia tidak boleh bertolak pulang ke rumahnya disebabkan hujan lebat memandangkan dia menunggang motosikal.

Tiba-tba dia melihat Airiel keluar daripada lif, dia berpura-pura tidak nampak. Kejadian pagi tadi masih berbuku di hatinya.

Pinnkk!! “oh mak kau!” latah Qaira apabila sebuah BMW membunyikan hon, kereta itu berhenti dihadapannya. Tengok pun tahu kereta siapa, dia buat-buat tidak dengar dan memandang kearah lain.

“Jum I hantar u balik,” ujar Airiel dari dalam kereta. “Lagi pun hujan ni macam lambat lagi nak berhenti.” Sambungnya lagi.

‘Eh baik pulak dia ni, sakit ke pe? Entah-entah psiko..dia nak bunuh aku kot, aku kan banyak sakitkan hati dia..pasal pagi tadi lagi, ya Allah kau selamatkanlah aku.’ Qaira memandang sekeliling berharap akan ada manusia lain disitu. Tapi disebabkan sudah lewat, hampir semua staff sudah pulang.

Airiel bengang dengan lagak Qaira yang seolah-olah berfikir dia penjenayah, panas hatinya usah cakap.

“U ingat I ni jahat sangat ke? Apa u ingat I nak rogol u? perempuan macam u I tak selera lah! I Cuma tak nak la di cop bos yang kejam..mana la tahu jadi apa-apa kat u dekat sini. Kena rogol ke, kena rompak ke, tu tak pe lagi..kalau kena bunuh macam mana? Tak ke burukkan nama baik syarikat I?”

Qaira mula meremang, air liur ditelan..tanpa semua tu terjadi pon kau memang dah kejam la mata sayur!

“So..u nak naik ke tak ni? Kalau tak nak I nak blah dulu.”

“Er..nak!” Qaira cepat-cepat mengambil beg dan kunci pada motornya itu lalu masuk ke tempat duduk sebelah Airiel.

komen sikit :)



7 comments:

  1. dlya!!! akak xda pe nak komen..pe yg akak blh katakan cite nie mmg best n menarik..akak suke..tgk akak jd org first kan..tpkan baru akak excited baca2x tup2x dh bersambung..cpt2x smbung tau..akak tnggu..

    ReplyDelete
  2. time kasih sudi bace akk..InsyaAllah bila ade idea nnti sambg..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2x dear..ok dlya..akak tunggu tau..akak doakan idea tu akan dtg cepat ea..

      Delete
  3. haha citer akk roses best >.< ... hehe nk agi2 hihihi ..... (Y) hehe

    ReplyDelete