Bulat mata Afiya memandang lelaki di
hadapannya itu. Kepalanya terpaksa didongakkan sedikit kerana lelaki itu agak
tinggi.
“Hoii, aku tahu la aku handsome, tapi tak payah la tengok aku
sampai nak terkeluar biji mata!” Terkejut bercampur malu Afiya apabila ditegur
begitu. Cepat-cepat dia alihkan pandangan matanya.
“Hei kau yang langgar aku sesedap
rasa je ko nak marah aku kan!” Muka Afiya semakin memerah kerana marah.
“Kau tu yang jalan macam nak
terkencing, sampai langgar aku tak sedar ke huh, dah la malas aku nak layan
budak bodoh macam kau ni!” Ujar Afif berlagak.
Afif sendiri tak tahu kenapa dia
marah sangat dengan budak perempuan ini. Mungkin sebab dia baru ditegur oleh
guru disiplin sebab selalu ponteng sekolah. Nasib budak perempuan ni la jumpa
aku time bad mood, ujarnya dalam hati.
Afia yang mendegar apa yang dikata Afif menjadi semakin marah. Baru sahaja
dia ingin membuka mulut Afif sudah berlalu dari situ. Dia memandang Afif dengan
muka yang berkerut-kerut.
“Ya Allah sakitnya hati aku!”
Cakapnya dengan geram. Dia berharap tidak akan berjumpa lagi dengan budak
lelaki perasan bagus itu, tapi kalau jumpa siaplah kau! ‘Tapi kenapa aku tak
pernah nampak dia kat sekolah ni ha?’
***********************************************************************************
Nadhira Afia adalah salah seorang
murid yang cemerlang di sekolahnya, Cuma kadang-kadang dia sering lambat ke
sekolah. Itu pun sebab basikalnya sering buat hal.
Manakala,
Mohd Eshan Afif pula seorang pelajar yang sering ponteng sekolah tetapi yang
peliknya sewaktu peperiksaan Afif sentiasa dapat menghadapi peperiksaan dengan
baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Cuma perangainya yang suka ponteng sekolah
menjadi masalah. Afif juga berasal dari keluarga yang berada dan terkenal
kerana terlibat dalam perniagaan barang kemas.
Tepat pada pukul 2:30 petang Afiya
habis waktu persekolahannya. Semasa dalam perjalanan pulang dia melihat sebuah
kereta mewah menjemput Afif.
“Patut la berlagak semacam jerr,
rupanya anak orang kaya, manja!” Terkumat-kamit mulut Afiya mengata Afif.
Tiba-tiba mata mereka bertembung,
Afif tersenyum sinis melihat Afiya manakala Afiya memberikannya jelingan tajam.
‘Kurang ajar punya lelaki, boleh
pulak dia senyum mengejek kat aku tahu lah dia tu naik kereta mewah!’ -Afia-
‘Kurang ajar punya perempuan
berani dia jeling aku yang handsome ni. Perempuan lain sibuk nak usha-usha aku
dia jeling-jeling pulak. Kalau juling memang padan la muka dia tu dengan
basikal buruk dia’. -Afif-
‘Ish kenapa aku boleh nampak dia
ni menyemak jer.’ Afia cepat-cepat mengayuh basikalnya.
“Hahaha!” gelak Afif melihat Afia
mengayuh basikal buruk itu dengan bersungguh-sungguh.
Semasa berselisih dengan Afia Afif
menyuruh Pak Mad aka pemandunya
mempelahankan kereta. Dia membuka tingkap. “Fuiyoo.. lajunya kayuh!
Harap harap sampai rumah nanti jangan tinggal tayar sudah! Hahaha”.
Jerit Afif kuat. Kuat sampaikan Afia malu bila ada pelajar yang
ketawakannya. ‘ Setan kau! Tahulah nasib kau nanti!’ ujar Afia penuh dendam.
**********************************************************************************
“ Kau tahu tak Afia?” tanya
Sakinah kawan sekelas Afia. “ Manala la aku tau kalau ko tak cakap.” Kata
Sakinah tersengih-sengih. ‘Apahal la kawan aku sorang ni’. Pelik Afiah melihat
rakannya itu.
“Tadi aku ternampak angel dekat
kelas Sains Ultra.. Ya Allah handsome giler.” Ujarnya gedik.
“Tapikan Kinah aku rasa ko yang
gilerr kot and one more thing, balak kesayangan ko tu nak campak mana?” sapa
lagi kalau bukan Irwan budak kelas Perdagangan. Selalu jer berkepit.
“Lorh nak campak buat ape. Fia,
aku usha-usha jelar sekurang-kurangnya dapat la jugak cuci mata. Lagipun susah taw
nak nampak dia.” Kata Sakinah bersungguh-sungguh.
“ Kenapa pulak? Dia anak raja ke?”
Ujar Afia antara mahu dan tak mahu. Dia malas nak layan Sakinah sebenarnya,
terutama kalau pasal lelaki memang tak pernah habis. Pantang tengok lelaki
handsomne!
“Tak der la. Cuma dia tu jarang datang sekolah tapi result mantap beb!
Cuma sejak akhir-akhir ni dia dah selalu datang sekolah mungkin sebab SPM dah
nak dekat.” Ujarnya dengan semangat.
Tiba-tiba terlintas sesuatu di
fikiran Afia, entah-entah… “Err sape nama dia?”
“ Berminat jugak ko erk? Huhu..
nama dia Afif dan dia memang la tersangat handsome lagi kaya. Mungkin sebab tu
kot dia tak dibuang sekolah walaupun selalu ponteng.”
“Tak adil kan Kinah. Orang kaya
boleh buat apa jer.” Afia dah agak itu lah lelaki yang tak puas hati dengannya
itu. Dah la nama nak dekat sama. Huh! Menyemak jer.
“Rasanya bukan sebab tu jer kot..
result dia gempak kot! Selalu dia dapat anugerah. Cuma dia tak pernah datang
jer. Aku rasa dia ni low profile la Fia” Bela Sakinah. Patutla Afia tak pernah
nampak dia masa hari anugerah dah memang tak pernah datang.
Dah nak cair taik telinga Afia
dengar Sakinah memuji-muji lelaki itu. Afif ni la Afif tu la. Tapi dia pelik
macam mana si Sakinah ni tahu banyak hal pasal mamat poyo lagi berlagak dan
kurang ajar tu. Nasib baik Cikgu Kamilah masuk kelas. Kalau tak mahu termuntah
dia dengar Sakinah puji lelaki tu!
Loceng berbunyi menunjukkan sudah
habis waktu rehat. Afia yang masih berada di kantin cepat-cepat melajukan
langkah menuju ke kelas. Dia mengambil jalan singkat yang agak tersorok untuk
cepat sampai kerana kelasnya agak jauh. Tiba tiba bukk.. aduhh sakitnya..Afia
jatuh terduduk. Eh, eh, sekejap, kejadian ni macam.. perlahan-lahan Afia
mengangkat mukanya dan…
nak sambungan kak rose...
ReplyDeletehaha..roses,nak lgii,cpt2 smbung..:))
ReplyDeletecepat sambung2..ta saba da ni..hehe
ReplyDelete#n_n