Magis (23)

Assalammualaikum..hai.. hehe.. sebelum korang baca cerita ni huhu den nak cakap cerita ni memang macam kartun (fantasy) sikit haha (banyak kot) mungkin akan berlaku kekeliruan pada korang tapi tak apa sebab den pon keliru jugak haha lol >.< btw thnks baca :) *sorry lambat*

Perasaan magis dalam diri seolah-olah memutar alam semesta bak hikayat penuh sang pereka cipta. Dedaunan jatuh berguguran umpama hembusan lembut nafas seorang bijaksana. Hidup yang penuh pancaroba seumpama mimpinya anak-anak tentang cinta yang kadang merosak fikiran yang fana.
Di sini, berdirinya seorang pria yang menganalisa dunia di luar kotak pemikiran manusia biasa. Ke mana harus di bawa misi hatinya yang dahagakan kedamaian alam semesta. Tak mungkin!! Perasaan berkecamuk berlawan dengan kata-kata sendiri. Mana mungkin dunia ini aman tanpa sebarang bencana tercipta dari penduduk alamnya.
Prinsip dia itu cuma satu. Inginkan keamanan! Mengiginkan semua manusia hidup bahagia tanpa bahaya rekayasa manusia. Sinting! Manusia normal pasti mengatakan perkara sebegitu bila berdepan dengannya. Ahhh! Peduli apa dia. Yang penting semua manusia berhak untuk mendapatkannya. Mendapat bahagia! Dan manusia yang memperok perandakan hidup manusia lainnya harus diajar untuk lebih mengetahui apa itu hak manusia.
Rambut beralun lembut di dahi dikuis ke belakang. Cahaya dari bulan terang terbias ke jacket kulitnya yang berwana hitam. Menambahkan karisma diri bagi yang memandang. Kaki melangkah ke sengenap lorong-lorong kecil yang tersembunyi dari sisi pandangan kota raya.
************
“Zassss!!” Libasan kayu yang pantas itu dielak. Matanya merenung tajam dua orang manusia berwajah garang dihadapannya. Bibirnya terjungkit.
“Iyakk!!” Satu tendangan tepat mengenai perut salah seorang manusia itu. Rebah! Manusia seorang lagi melibaskan kayu ke kepalanya namun sempat dielak. Tangan manusia itu ditendang kuat sehingga jatuh kayu yang di pengang.
            Pantas dia mengambil kayu yang jatuh lalu melibas kembali ke perut manusia itu. “Arghh!” Manusia itu menjerit kesakitan lalu lekas-lekas bangkit dan pergi dari situ.
            “Dasar manusia jahanam!” Gigi taring yang terkeluar sedikit sehingga terkena bibirnya mulai tumpul kembali. Peluh di dahi dilap kasar dengan belakang tapak tangannya. Rambutnya yang yang bertukar putih keperang-perangan masih belum kembali keasal dan matanya biru.
            “Wahh.. hebat! Seekor puntianak mengalahkan dua orang manusia yang gagah perkasa.” Arys tersenyum sinis.
             “Jaga sikit mulut kau manusia! Sebelum aku hisap darah kau sampai kering!” Jawab perempuan itu garang.
            “Kau fikir aku takut? Hahahaha.” Arys ketawa sinis.
            Bukk!! Kayu dilibas pantas ke perut Arys, tidak sempat dia mengelak dari serangan yang tidak diduga itu.
            “Argh,” dia mengerang kecil. “Kurang ajar kau perempuan! Di sebabkan kau perempuan aku lepaskan kau.”
            “Owh, yeke? Jadi silalah berambus dari pandangan mata aku!”
            “Ada perkara yang aku nak bagi tahu kau..” Arys berjeda seketika.
            “Dan aku tak ada masa nak mendengar apa-apa daripada kau.” Perempuan itu mula mengorak langkah.
            “Tunggu!” Lengan perempuan itu dipegang. Perempuan itu merentap tangannya, kuat!
            “Jangan mengganggu kehidupan manusia. Kalau tidak.. kau akan berdepan dengan aku.” Arys memberi amaran.
            “Hahahaha..” Perempuan itu ketawa. Sinis! “Baiklah, wahai manusia yang baik hati..”
            “Aku tak main-main dengan apa yang aku cakapkan.. aku tak suka tengok kau menyakiti manusia.” Arys merasa geram diketawakan.
            “Walaupun.. manusia itu yang jahat?” Bulat mata perempuan itu merenung Arys. Mata itu bersinar-sinar kerana terangnnya cahaya bulan. Cantik..
            “Ehem,” Arys berdehem kerana agak terpukau dengan mata bulat itu. “Di mana-mana pun.. yang jahat itu adalah PUNTIANAK.” Sengaja ditekankan perkataan puntianak itu.
            “Terpulang apa yang kau nak fikir.. satu aku nak kau tahu. Aku tak akan ganggu manusia kalau mereka tak ganggu aku, dan kau.. jangan cuba-cuba campur urusan aku!” Garang perempuan itu memberi amaran.
            “Aku terpaksa campur kalau kau menyakiti kaum aku…” Keras suara Arys.
Terjungkit sebelah bibir perempuan itu. “Jadi.. mungkin kita akan berteemu lagi suatu hari nanti.”
***********
Seminggu berlalu..
            “Afiqa!!”
            “Yang kau terjerit-jerit ni kenapa?” Soal Afiqa yang kaget.
            “Dah aku panggil kau pelan-pelan kau tak dengar.. aku jerit banyak kali pon sekarang baru kau dengar. Asal kau ni jalan cepat sangat huh? Penat aku kejar.” Bebel Mira, rakan sekelasnya.
“Err.. maaf. Aku pakai earphone so, kurang jelas pendengaran.” Afiqa tayang gigi.
“Ni.. aku nak bagi tugasan kumpulan kita dekat kau.” Mira hulur kertas.
“Owh.. thanks.” Afiqa membelek-belek kertas itu, susah jugak ni. Omel hatinya.
“Aku pergi dululah eh, ade kelas.” Mira minta diri.
“Ok.. jumpa lagi.”
“Owh.. by the way, kenapa aku rasa cara kau cakap sekejap skema, sekejap tak eh?” Soal Mira dengan dahi berkerut.
“Er.. eh! kau dah lambatkan? Pergilah cepat.” Afiqa menolak perlahan badan Mira, memaksanya pergi dari situ. Rimas dengan soalan yang ditanya.
Afiqa mengorak langkah keluar dari kawasan university. Dia duduk di perhentian bas. “Lambat pulak  bas hari ni..”
“Tolong!! Tolong!!”
Afiqa melihat beg tangan mak cik yang turut berada di perhentian bas itu diragut oleh dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Makcik itu jatuh semasa cuba mempertahankan beg tangannya. Afiqa cepat-cepat membantu makcik itu bangun. “Makcik duduk sini dulu,” Dia memimpin makcik itu duduk di tempat duduk yang disediakan.
“Tolong makcik nak.. makcik baru keluarkan duit tadi. Semua duit makcik ada dalam beg tu.” Sayu suara makcik itu. Membuatkan hati Afiqa sakit.
“Makcik tunggu sini sekejap yer, saya akan dapatkan balik beg makcik.” Ujar Afiqa bersungguh-sungguh sebelum pantas berlari. Dia menggunakan kelebihan deria baunya untuk menjejaki peragut itu.
Dia melihat  peragut itu membelokkan motosikalnya ke dalam sebuah lorong kecil di celah-celah bangunan. Pantas dia mengekori mereka, larian di lajukan. Dia masuk ke lorong satu satu lagi dan bersembunyi.
“Hiyakkk!” Motosikal itu ditendang sebaik sahaja ingin melintas di hadapannya. Zreekkk!! Motosikal itu terserek sebelum tumbang. Dua orang lelaki itu terjatuh lalu segera bangun.
“Kurang ajar kau!” Lelaki itu mengangkat tangannya ingin menampar Afiqa namun sempat ditangkas olehnya. Bukk! Tendangan dilepaskan ke perut lelaki itu. Arghh! Tubuhnya terdorong ke belakang.
Datang lagi seorang lelaki menghayunkan kayu ke kepala Afiqa. Dia memusingkan badannya lalu mengangkat kakinya tinggi ke tangan lelaki tersebut. Kayu itu jatuh, lelaki itu menyerigai kesakitan.
“Lebih baik kamu berdua pergi sebelum aku bunuh kau berdua.” Serentak itu taringnnya mula keluar melewati bibirnya. Matanya menjadi biru.
“Kau, kau… hantu!!” Peragut itu lari ketakutan melihat perubahan wajah Afiqa.
Afiqa mengutip beg tangan makcik itu yang berada di atas jalan dengan senyuman. Wajahnya juga sudah bertukar normal. Segera dia berlari mendapatkan makcik yang berada di stesen bas tadi.
“Terima kasih nak.. tak sangka boleh dapat balik. Terima kasih sangat-sangat.” Ujar makcik itu bersungguh-sungguh dengan suara yang serak.
“Tak apa makcik.. hal kecik je ni, makcik jangan sedih dah ya..” Afiqa mengusap-ngusap bahu makcik tersebut.
“Makcik tak tahu macam mana nak balas budi baik nak..”
“Eh, tak perlulah makcik. Saya tolong ikhlas,” Afiqa tersenyum.
*************
Peragut yang berlari lintang pukang tersebut terlanggar seorang lelaki sehingga terjatuh.
“Eh, kenapa ni?”Soal Arys apabila melihat muka cemas peragut itu.
“Kami nampak han, han, hantu..” Terketar-ketar mulut peragur itu menjawab.
“Huh? Siang-siang mana ada hantu,” Arys seakan-akan boleh mengagak sesuatu.
“Betul bang.. kami ni baru je kena belasah dengan dia.” Bersungguh-sungguh peragut itu berkata.
“Kenapa kamu berdua kena pukul dengan dia.” Soal Arys.
“Er… sebab.. dia tiba-tiba serang kami bang. Dah nama hantu mestila jahat.” Gelisah peragut itu menjawab persoalan itu. Tak pasal-pasal ke longkap nanti. Lekas-lekas mereka berlalu dari  situ.
Ni mesti kerja puntianak. Dasar puntianak, aku dah bagi amaran pun masih berani lagi.
*************
Afiqa berjalan senang hati menyusuri kedai-kedai di jalan itu. Ok, dah jumpa. Dia memasuki sebuah kedai buku.
Bukk!
“Opss, maaf..” Afiqa segera mengutip buku yang jatuh daripada orang yang dilanggarnya. ‘Asal-usul puntianak’ dia sempat membaca tajuk buku tersebut.
“Nah..” Afiqa mendongak, erk! Dia lagi, patutlah.. Afiqa melemparkan senyuman sinis kepada lelaki itu.
Arys mengambil buku yang dihulur. Senyuman tu.. macam pernah nampak. Tapi.. di mana? Dahinya berkerut sambil melihat perempuan itu berlalu.
“Tunggu!” Jerit Arys.
Afiqa berpaling melihatnya.
“Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” Soal Arys.
“Awak rasa?” Afiqa mengangkat kening sebelah.
“Kau.. puntianak tu?!” Jerit Arys terkejut melihat penampilan Afiqa yang persis manusia biasa.
“Puntianak? Saya rasa awak ni gila agaknya..” Ujar Afiqa mempermainkan Arys. Tambah-tambah bila orang ramai mula memberi pandangan pelik pada Arys.
“Kau…” Arys berjeda seketika bila melihat orang ramai memandangnya. “Ehem.. maksud aku, macam muka artis yang berlakon cerita puntianak tu. Maya Karin,” bantai Arys.
“Owh.. awak puji saya la ya? Terima kasih..” Afiqa tayang senyuman lebar. Sakit hati Arys melihatnya.
“Err.. lebih kuranglah.” Geram hati Arys tak terkata. Siap kau Puntianak!
Afiqa berjalan menghampiri Arys sehingga betul-betul tepat berada di hadapan muka Arys. “Untuk pengetahuan kau.. aku bukan puntianak, tapi vampire.” Ujar Afiqa perlahan cukup didengari mereka berdua sahaja.
“Apa bezanya puntianak dengan vampire?” Suara Arys juga perlahan.
“Aku tak ada masa nak terangkan apa-apa dekat kau.. dan, lebih baik kau jangan panggil aku dengan panggilan tu kalau tak nak dianggap gila.” Afiqa mengorak langkah meninggalkan Arys yang sedang bengang dengannya.
            **********
Bukk! Arys menendang perut lelaki yang bersenjatakan parang itu sehingga lepas gengamannya. Parang itu segera di ambil dan dihayunkan ke lengan lelaki itu.
            “Pergi sebelum aku cincang badan kau!” Arys memberi amaran.
            “Kau jagan masuk campur urusan aku!” Jerkah lelaki itu sambil cuba melepaskan tendangan ke perut Arys. Arys tangkas menghalakan parang tersebut ke kaki lelaki itu. Lelaki itu mengerang sambil lari terjungkit-jungkit pergi dari situ.
            “Akak tak apa-apa?” Tanya Arys kepada wanita yang sedang teresak-esak menagis.
            “Akak tak apa-apa..tapi akak takut suami akak tu datang balik dan cuba jual akak kepada sendiket pelacuran.” Gogoi wanita itu.
            Arys terkejut mendengar kata-kata wanita tersebut. Tak guna! “Akak jangan risau, saya akan hantar akak ke balai polis. Akak akan dapat perlindungan dekat sana.”
            Di sebalik dinding di situ, Afiqa melihat segala perbuatan Arys. Sebenarnya, dia juga ingin menolong wanita tersebut tetapi Arys bertindak lebih cepat.
            *************
            “Malam esok adalah malam penentuan bahawa seluruh vampire akan menguasai dunia ini. Hahahaha.” Seorang lelaki bermata biru, bergigi taring serta rambut berwarna hitam bercampur kuning duduk gah di atas kerusi yang sangat tinggi dan besar. Seolah-olah raja yang duduk di atas singgahsananya.
            “Betul tu ketua, esok kita akan hapuskan kesemua manusia-manusia yang menghalang kita selama ni. Puak-puak kita pun sudah berkumpul dan bersiap sedia menghadapi pertarungan esok. Hahahah.” Ungkap seorang lelaki yang kelihatan normal cuma matanya berwarna kuning.
“Semestinya kita akan menang kerana mereka semua tidak tahu yang kita akan menyerang mereka.” Ketua itu kelihatan bersungguh-sungguh.
            “Jack, siapkan semua senjata dan pastikan puak-puak kita melakukan persiapan dengan selengkapnya. Sudah tiba masanya..bumi di tawan oleh aku dan puak vampire semuanya. Dan manusia hanya layak menjadi hamba.
            “Baik ketua.” Jack menundukkan kepalanya seketika dan segera keluar melaksanakan amanah yang diberi.
            “Afiqa!!” Jerit ketua itu tiba-tiba. Afiqa yang bersembunyi di sebalik dinding terkejut. Dan keluar menunjukkan diri.
            “Berani kau menceroboh ke dalam istana aku ya?!” Jerkah Ketua itu dengan mata garang. Jika dilihat dengan gigi taringnya.. benar-benar menakutkan.
            “Kau tidak boleh berbuat begitu Marcos! Jangan ganggu kehidupan manusia, dunia ini untuk dikongsi bersama.” Afiqa tidak gentar.
            “Dikongsi? Apa kau buta Afiqa! Kau tidak lihat apa keturunan manusia yang dulunya lakukan pada puak kita sehingga hampir pupus?!” Marah Marcos.
            “Apa yang dilakukan manusia pada zaman dulunya itu betul. Mereka cuma mempertahankan diri mereka daripada nenek moyang kita yang jahat. Memang tidak dinafikan memang ada yang jahat diantara mereka. Begitu juga dengan kita..” Afiqa berjeda. “dunia ini untuk dikongsi bersama-sama Marcoss, jangan jadi tamak!
            “Kalau ayah kau mendengar kau berbicara seperti ini pasti dia akan kecewa.”
            Hati Afiqa sentap!
            “Kalau kau cuba menghalang kami, aku tak akan teragak-agak untuk membunuh kau! Disebabkan kau anak adik lelaki aku, aku lepaskan kau. Sudah kukatakan pada ayah kau dulu agar jangan mempunyai hubungan dengan manusia. Lihatlah sekarang! Hasilnya kau yang cuba menghapuskan puak sendiri. Tak sia-sia aku bunuh ibu kau sebaik sahaja ayah kau mati!”
            Air mata Afiqa menitis… tak guna!
***************
            “Ada perkara penting aku nak beritahu kau.” Ujar Afiqa yang tiba-tiba duduk di hadapan Arys.
            “Aku tak ada masa nak dengar..” Ujar Arys tenang.
            “Terpulang.. tapi jangan salahkan aku kalau kaum kau hancur.” Afiqa juga tenang.
            “Apa kau cakap?” Dahi Arys berkerut.
            “Malam ni.. vampire akan menyerang semua pahlawan yang mempertahankan manusia. Akan berlaku pertempuran.. dan sebelum itu terjadi kita mesti menghalang mereka.” Terang Afiqa.
            Arys merenung Afiqa. “Kenapa kau beritahu semua ni kat aku? Bukankah kau dari pihak mereka?” Arys was-was.
            “Aku tidak berpihak kepada sesiapa.. aku cuma mahukan keamanan, terpulang pada kau nak percaya atau tidak. Dan kalau kau tak nak ikut aku tak apa.. aku akan hadapi mereka seorang diri.” Afiqa bangun.
            “Tunggu! Aku ikut…”
            Afiqa duduk kembali. “Aku aku terangkan dekat kau macam mana nak hapuskan vampire.”  Arys mengangguk.
            “Vampire akan mati jika ditikam dengan pedang yang mempunyai darah manusia. Dan mestilah tepat ke dada mereka.” Arys tekun mendengar. “Jadi.. kau harus letakkan dulu darah kau pada pedang kau.” Sambungnya lagi.
            “Kau tak takut ke bagi tahu semua ni pada aku?”
            Afiqa senyum. “Benda ni tak akan berhasil pada aku kerana aku hanya separuh vampire. Bermaksud, kalau kau tikam aku tanpa darah pon aku akan mati. Tapi, aku tak kan benarkan ia terjadi.”
            “Apa maksud kau separuh?” Arys pelik.
            “Ayah aku vampire.. berkahwen dengan manusia biasa. Terhasillah aku.” Jawab Afiqa
            “ Kalau macam tu.. banyaklah manusia macam kau di dunia ini.” Bulat mata Arys.
            “Tak jugak.. mereka hanya boleh menjadi seperti aku kalau ayah mereka dari keturunan atasan vampire. Vampire biasa darahnya akan menjadi biasa apabila bercampur dengan darah manusia. Maksudnya, darah yang ada dalam badan anak mereka sama saja seperti darah manusia.” Terang Afiqa panjang lebar.
            “Jadi ayah kau…”
            “Ayah aku dah tak ada, ketua vampire yang kita akan hadapi nanti atau lebih tepat bunuh adalah pakcik aku sendiri.” Terpancar kesayuan di wajah Afiqa.
            “Kau yakin..” Soal Arys
            “Habis tu kau nak tengok je manusia diserang. Ingat, separuh aku juga adalah manusia. Siapa yang jahat mesti dihalang!”
********************
            Semua perisai siap dipakai, pedang sudah tersedia digalas di belakang. Sebelum mereka menyerang manusia, mereka mesti di hapuskan. Mereka berdua menceroboh kedalam istana Marcoss. Para pengawal sudah mereka hapuskan dengan tangkas dan senyap!
            “Kita berpecah.. kau ke kiri aku ke kanan,” Ujar Arys.
            “Tapi,” Afiqa teragak-agak.
            “Jangan risau.. aku pun tahu berlawan.”
            Mereka berdua berpecah, untuk mencari Marcoss. Ketua harus dihapus agar vampire lainnya tidak jadi bertindak.
            “Argghh” Arys menjerit kerana ditendang.
            Arys bangun dan menedang kembali perut Marcoss. Malangnya Marcoss tidak terkesan apa-apa.
            “Hahaha.” Marcoss mendekati Arys. “Jangan!” Afiqa menjerit.
            “Aku sepatutnya bunuh kau bersama dengan ibu kau dulu Afiqa! Tapi disebabkan kau terlalu mirip ayah kau aku tak sanggup. Sekarang kau betul-betul buat aku marah!” Tengking Marcoss. Afiqa memberi isyarat mata kepada Arys.
            “Betul sepatutnya kau bunuh aku awal-awal lagi Marcoss. Tapi mungkin tuhan nak aku balas kejahatan kau yang bunuh ibu aku dulu!” Afiqa membalas tanpa gentar. Sementara itu Arys mengeluarkan pedangnya dan menghiris tapak tangannya.
            “Jahanam kau!” Zupp! Pedang Marcoss tembus di perut Afiqa.
            Arys yang terkejut melihat kejadian itu cepat-cepat menusuk dada Marcoss dengan pedangnya. Marcoss mengerang dan rebah perlahan-lahan.
            “Afiqa!” Arys memangku kepala Afiqa. Afiqa kelihatan lemah dengan darah yang berlumuran di perutnya. Arys menekapkan tangan pada perut Afiqa menahan darah dari merembes keluar.
            “Terima kasih tolong aku Arys. Jadilah manusia yang sentiasa menolong orang tanpa lelah. Aku tak kan lupakan kau. Semoga kita jumpa lagi.” Afiqa senyum sambil matanya perlahan-lahan terpejam.
            “Afiqa, Afiqa!!” Jerit Arys, air matanya menitis.
            Bukkk!
            “Adoiii sakitnyaa..” Arys mengosok-gosok kepalanya.
            “Happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to Arys happy birthday to you..yeahhh!!”
            Arys menggosok-gosok matanya, dia melihat seluruh ahli keluarganya berada di hadapannya dengan kek berserta lilin. Laaa aku mimpi rupanya. Kenapa rasa macam real je ni. Sampai jatuh-jatuh katil.
            “Woii, Arys cepat tiup lilin.” Jerkah abangnya bila melihat Arys blur.
            “Ok, ok..Arghh!” Dia melihat tapak tangannya. Terdapat kesan hirisan! Dahinya berkerut, apakah?
            ********************
“Afiqa! Afiqa! Wehhh, bangun!” Jerit Ryuna, rakan sebiliknya.
            “Huh?” Afiqa membuka matanya terkebil-kebil.
            “Asal kau nangis huh? Terkejut aku, ingat kan ape la tadi, mengigau rupanya.”
            Afiqa memegang perutnya.. kenapa sakit sangat ni?! Kenapa seolah-olah mimpi tu real?
            “Oh ya! Selamat hari tua Afiqa! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dunia akhirat dan cepat-cepat dapat jodoh. Hehehe, ni untuk kau.” Ryuna menghulurkan kotak sederhana besar bercorak tedy bear warna biru bersama sengihan.
            “Birthday aku ke?” Afiqa blur.
            “Yelaa.. 23 haribulan kan?”


***TAMAT***
**Dalam hidup ni memang banyak perkara misteri kan? kadang2 lagi kita fikir lagi pening sampai boleh jadi gila. Tapi janganlah percaya cerita atas ni.. rekaan semata-mata k..hehe :)


Akankah bersama bab 7



Semua watak akan disatukan di dalam satu cerita.

“Itu salah, ini salah! Apa lagi yang ayah nak Efan buat?!” pecah kedamaian rumah agam itu dengan suara nyaring Efan. Matanya mencerlung ke arah lelaki yang dia sudah lupa usulnya.

“Jaga mulut kamu efan! Sedar sikit kamu tu siapa.” Dato’ Asyraf yang tadinya duduk sudah bangun dari sofa ruang tamu itu. Merah matanya menahan kemarahan.

“Apa lagi yang ayah nak efan buat? Selama ni Efan ikutkan je kehendak ayah. Pernah tak ayah fikir apa yang Efan nak?” Suaranya mulai mengendur. Perlahan-lahan kakinya berundur dan berlalu dari situ.

“Efan! Efan! Ayah belum habis cakap lagi!” Dato’ Asyraf terduduk sambil mengusap-ngusap dadanya.

**********************

Faris membuka matanya perlahan-lahan. Silau akibat cahaya yang terang dari pintu balkoni itu memeritkan matanya. Tanpa disedari dia terlena di hadapan pintu itu. Dia meraup wajahnya. Jam di dinding dilihat, pukul 10:20 pagi. Otaknya mencerna apa yang berlaku malam tadi. Dia betul-betul keliru dan tertekan.

Badannya terasa sengal akibat tidur di atas lantai. Tuala dicapai, pintu bilik air dibuka. “Arghhhh!!!” badannya tercampak ke belakang. Susuk seorang perempuan merenungnya tajam dari kamar mandi itu benar-benar memeranjatkannya. Kalut dia mengambil kunci motornya.

Faris berlari lintang pukang keluar dari biliknya. “Sayang.. hehehehe.”suara itu mengilai-ngilai. Entah kenapa, ketawa perempuan itu kedengaran sedih seoalah-olah bukan ketawa tetapi menangis. Arghh! Dia tak mahu fikirkan tentang semua itu. Yang pasti dia mahu lekas-lekas keluar. Kerana dia tahu, dia cuma bersendirian di rumah itu.

Pintu rumah segera dibuka, laju dia berlari ke arah tempat pakir. Motonya di pulas laju, berdesup keluar dari kawasan rumah tersebut. Tanpa arah tuju dia memandu. Faris merasakan perempuan itu mengejarnya. Semakin laju motor dipulas. Pemanduannya seperti orang gila yang mabuk!

*****************************



Darwiis memandu keretanya sambil menyanyi-nyanyi kecil. Entah apa yang mencuit hatinya pon dia tidak tahu. Yang pasti sejak akhir-akhir ini dia betul-betul merasa senang hati. Sebab?? Entahlah..

Sebuah motorsikal tiba-tiba keluar dari simpang di hadapannya dan.. zrekkkk!!!!! Bergesel kuat tayar kereta itu dengan jalan tar. Mujur sempat.. kalau tidak, mahu arwah kat situ jugak! Darwiis mengurut-ngurut dadanya. Dengan perasaan bengang dia turun dari kereta.

Dia melihat seorang lelaki termangu di atas motor. Seolah-olah orang bodoh yang hilang ingatan. “Woii!” jerkah Darwiis sambil mencekak pinggang. “Kau buta ke apa? Kalau nak mati, mati sorang-sorang. Jangan babitkan orang lain!” Panas hatinya bertambah pabila lelaki itu tidak memberikan apa-apa reaksi.

“Woi kau dengar ke tak ni? Ni yang aku malas ni.. aku dah la nak cepat..” suara Darwiis sedikit mengendur bila dia melihat lelaki itu yang seolah-olah seperti patung bernyawa. “Wehh.. kau ok ke tak ni?” Bahu lelaki itu di cucuk-cucuk dengan jari telunjuknya. Mungkin dia ni terkejut kot.. fikirnya.

“Buukkk!!” lelaki itu jatuh sekali dengan motor-motornya. Ternganga mulut Darwiis tiga saat sebelum akal warasnya kembali. “Ya Allah..” terkejut dia melihat Faris yang terbaring sambil terhempap motornya dengan mata terbuka. Dah mati ke apa ni? Dia panik. Dia takut mahu menyentuh lelaki itu.

Tiba-tiba ada sebuah kereta vios lalu di jalan itu. Cepat-cepat dia berlari ke tengah jalan dan mendepakan tangannya. Gaya dah macam polis trafik.

Zreekk!! Kereta vios itu brek mengejut. Pemandunya yang seorang lelaki keluar dari kereta itu dengan muka berkerut. Dari gayanya, memang Darwiis sudah mengagak akan di sembur. Sebelum sempat lelaki itu membuka mulut, cepat-cepat dia menarik tangan lelaki itu. “Woii! Apa ni??!” Lalaki itu terkejut di tarik begitu. Takut jugak kalau-kalau dia di rompak.

Terbeliak matanya melihat seorang lelaki dihempap motor denagn mata terbuka tanpa berkelip. “A ap apa yang kau buat hah?” soalnya kepada Darwiis.jari telunjuk di hala ke batang hidung Darwiis. Tunggu.. tunggu.. “Entah-entah korang ni nak aniaya aku kot?!” Garang suaranya.

“Eh mana ada, mana ada, sumpah.. tolong aku, aku tak tahu nak buat apa.. mamat ni tiba-tiba muncul depan aku dan tiba-tiba jadi macam ni.” Darwiis mengesat peluh di dahi, mujur ada orang lalu di kawasan itu. Lega sedikit dia rasa.

“Jap, yang kau pegi tahan aku ni kenapa? Call la polis atau ambulans pandai!” Jerkah lelaki itu, padahal hatinya turut panik juga melihat mamat yang di hempap motor itu.

“Sebab kau je yang ada sekarang ni, lagi pun aku panik tak tahu nak buat apa. Kau pandai sangat kau buat la.” Balas Darwiis bela diri. Geram betullah!

“Erm.. kau pegi check tengok dia hidup lagi ke tak, aku call ambulans.” Arah lelaki itu.

“Eh, kau la check, aku call ambulans..” Tolak Darwiis padanya kembali.

“Kau ni kan.. penakut ke apa?” Perlahan-lahan lelaki itu melangkah mendekati mamat yang terhempap motor itu. Dari jauh dia panjangkan tangan dan meletakkan jari di hidung mamat itu. Masih terasa hembusan nafas.

“Dia hidup lagi.. aku rasa lebih baik kita jangan usik dia.. takut ada patah dekat mana-mana nanti lagi teruk. Nama kau apa?” Dari tadi bercakap tapi tak tahu nama.

“Aku Darwiis.” Tangan Darwiis dihulur untuk bersalam.

“Aku Efan..” Efan menyambut tangan Darwiis. Darwiis menceritakan kejadian bagaimana dia boleh berjumpa dengan mamat tersebut kepada Efan sambil menunggu ambulans datang.

“Tapi aku pelik la.. kenapa mata dia tak berkedip?” Soal Efan.

“Itulah yang aku pelik.. seram pon ada.” Perlahan suara Darwiis.

“Wehh.. mulut jangan celupar, menyesal pulak aku lalu jalan ni. Boleh pulak tak ada orang lain yang guna jalan ni hari ni.” Bebelnya sambil memerhati jalan itu yang lengang. Mungkin kerana itu jalan yang agak jauh dari penempatan orang.

“Kau jangan mempertikaikan takdir yang menemukan kita hari ni tau.. tak baik.” Ceh, padahal aku pun menyesal jugak. Tapi, disebabkan aku yang babitkan lelaki ni. So, terpaksa cakap macam ni. Ni semua sebab mamat ni. Darwiis menjeling mamat itu, masih dengan mata terbuka. Pelik.. “Lambat pulak ambulans ni datang..” Dia menghela nafas.

“Memang aku kena teman kau ke sampai ambulans datang?” Soal Irfan rimas bila banyak nyamuk yang mula curi-curi menghisap kulitnya itu.

“Of course lah, sebab kau pun kena bertanggungjawab ok..” Arghh! gasakla asalkan aku tak sorang-sorang kat sini. Seram..

“Kau yang punya pasal aku pulak babit pehal, tinggal jela dia ni.. jum blah!” Irfan sudah mula mahu melangkah.

“Woii! Kalau jadi apa-apa dekat dia macam mana? Mati ke? Kau nak bertanggungjawab?” Halang Darwiis.


Irfan jadi serba salah, betul jugak tu. Akhirnya mereka berdua tunggu di situ dalam 20 minit barulah ambulans sampai.

***sorry lambat.. >..< 
pecah kaca pecah cermen,
lepas baca harap komen.

Akankah bersama bab 6



“Awak, awak!” Jerit Elfarisa. Dia menghadang jalan Faris. Faris memandang dengan mata naga. Huh! Perempuan ni lagi.

“Ni untuk awak.” Elfarisa sengih sambil menghulurkan kotak yang berwana pink besar dua tapak tangan.

Faris buat tak tahu lalu mencuba untuk melepasi Elfarisa yang menghalang laluannya. Mukanya yang memang dingin itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

“Ehh, awak ni.. saya bagi ni tak nak ambik ke? Penat taw saya buat kek ni.” Elfarisa menghalang laluannya lagi sekali.

“Ada saya suruh awak buat ke? Huh?” Mencerlung mata Faris melihat Elfarisa. Elfarisa telan air liur.

“Tapi saya..” belum sempat Elarisa mengahabiskan ayatnya Faris melangkah pergi.

Tak paham bahasa ke perempuan tu? Orang dah tak nak terhegeh-hegeh lagi.

Elfarisa memandang kotak kek ditangannya dengan mata yang berair. Dia betul-betul terkesan dengan kelakuan Faris. Apa salahnya kalau dia ambilkan? Walaupun dia tak suka aku.

Faris memandu motosikalnya tanpa arah tuju. Hampir satu Kuala Lumpur ditawafnya. Fikirannya berserabut, tetapi dia tidak tahu mengapa. Tiba-tiba ada sebuah kereta Toyota vios berwarna silver meluncur laju keluar dari satu selekoh.

Zrekkkk!!!! Faris membrek mengejut motosikalnya, sampai terangkat tayar belakang. Fuhhh.. nasib baik tak terlanggar! Bodoh punya manusia, keluar jalan tak tengok kiri kanan! Faris menyumpah, nasib baik dia tak ada sakit jantung kalau tak dah lama jalan.

Dia cuba menghidupkan enjin motosikalnya tetapi gagal. Kenapa pulak ni? Berkali-kali dia mencuba. Hari sudah hampir gelap, dia memandang kiri kanan. Tiada satu kenderaan pun yang lalu.

Sekali lagi dia mencuba. Ishhh! Kenapa tak boleh ni.. kiri kanannya dipenuhi dengan hutan. Kenapa laa aku lalu jalan ni, badannya terasa seram sejuk.

“Sayang…”

Pergerakannya terhenti seketika apabila mendengar suara itu. Dia melihat kiri kanan, belakang hadapan. Jangankan ada orang satu kenderaan pun tiada yang lalu di situ. Air liurnya tersekat di kerongkong.

Tangannya masih cuba mengerakkan kunci untuk menghidupkan enjin motosikal. Tetapi malangnya masih tidak berjaya.

“Sayang… hehehehe…”

“Astarfirrullahhalazim… ya Allah, walau sapa pon kau tolong jangan ganggu aku.” Perasaanya bercampur baur pada ketika itu. Tetapi dia tetap cuba untuk menguatkan semagat. Ayat kursi dibaca.

“Bismillahhirrahmannirrahim..” Sekali lagi dia cuba untuk menghidupkan motosikalnya dan kali ini berjaya. “Alhamdullillah..” dia memulas laju motosikalnya. Dia berasa seperti diperhatikan.

Cermin disisi kanannya dilihat.. “Astafirullahhalazim..” dia melihat seorang yang berambut panjang hingga paras pinggang berpakaian berwarna putih lusuh sedang merenungnya dengan mata yang berair. Berair dengan darah!!

Faris melajukan pemanduannya. Tanpa henti-henti bibirnya membaca ayat kursi dan surah-surah lain. Semakin tiba dia dengan rumahnya semakin Faris merasakan sesuatu yang tidak enak. Seolah-olah ada yang memerhati. Seluruh tubuh disebelah kirinya terasa panas manakala disebelah kanan terasa sejuk.

Faris berlari masuk ke dalam rumahnya sebaik sahaja motor dipakir. Kelam kabut dia masuk ke biliknya dan mengunci pintu. Faris duduk di birai katil, memikirkan sama ada apa yang dilihatnya itu realiti atau fantasi.

“Sayang..” Sekali lagi suara itu kedengaran.

“Kau sape huh?! Jangan ganggu aku lah! Aku tak ganggu kau jadi jangan ganggu aku!”

“Hehehehe..” suara perempuan itu mengketawakannya. Faris meremang. Cepat-cepat dia mengambil wuduk dan solat.

****

“Kenapa muka Nial pucat ni?” Soal Datin Juliana.

“Tak ada apa-apa mummy.. penat.” Faris merasakan tak perlulah dia menceritakan apa yang terjadi kepada ibunya itu.

“Kalau macam tu tidur lah awal.. nak pukul 12 dah ni nial,” bebel mummynya.

“Err.. mummy dah nak tidur ke?” Soal Faris, dia takut mahu bersendirian sebenarnya.

“Yelaa.. aik, pelik soalan kamu ni Nial.” Berkerut dahi Datin Juliana.

“Err.. tak ada apa lah mummy.. Nial nak tengok tv ni kejap.” Tipu Faris.

“Yelah.. kalau macam tu mummy tidur dulu, kamu jangan lambat sangat tidur.”

“Baik myy..” Jawab Faris perlahan.

Televisyen ditutup, Faris melangkah longlai ke kamarnya. Di dalam hati dia berdoa agar tidak mendengar suara itu lagi.

Sampai di biliknya dia melihat pintu balkoni terbuka. Kenapa terbuka ni? Rasanya tadi dah tutup.. dia dapat melihat kepulan asap diluar. Faris melangkah perlahan-lahan menuju ke balkoni. Pintu balkoni ditarik.. ketat!

Dia sedaya upaya menarik menarik pintu tersebut tetapi tidak berjaya. Entah kenapa ada sesuatu perasaan yang menyuruhnya melangkah ke luar beranda. Apabila sampai ke penghadang beranda, dia melihat ke bawah.

Perempuan tadi! Sedang melihatnya dengan mata berdarah! “Ya Allah…”

“Kau pembunuh!!!” jerit perempuan itu suaranya nyaring sehingga membuatkan Faris jatuh terduduk.

“Hehehehe…” Mengilai-ngilai suara perempuan itu ketawa.

“Tak! Takk.. aku bukan pembunuh.” Faris menggeleng-geleng kepalanya. dia kelam kabut bangun dan menutup pintu balkoni itu, kali ini berjaya. Dia bersandar di pintu itu.

“Kau pembunuh.. hahahaha,” suara perempuan itu ketawa benar-benar menakutkannya.

“Diam! Diam!” Faris menutup kedua belah telinganya, dia melorot kebawah.

“He, ee.. he ee.. ee...” Kedengaran pula suara perempuan itu menangis.

“Diamlah! Diam! Aku tak salah! Aku tak kenal kau!” Fris menutup telinga dan memejam matanya rapat. Badannya menggigil, peluh merenik di dahinya.

“Sayang…” mendayu suara perempuan itu.

“Arghhhh!!!”

**komen sikit.. hehe :) **

Akankah bersama bab 5



Kereta di parkir di hadapan sebuah rumah. Rasanya betul dah rumah ni, omel hati Irfan.

“Assalamualaikum…” dia memberi salam. Setelah beberapa saat, salamnya disahut oleh seorang perempuan separuh umur.

“Anak ni siapa?” Soal perempuan itu.

“Saya Irfan makcik, anak Asyraf. Saya datang ni nak melawat Pak Samad.” Jelas Irfan.

“Owh.. anak Asyraf, dah besar rupanya kamu ni.. mari la masuk dulu.” Pelawa perempuan itu.

*****************************

“Aduh.. macam mana ni?! Kenapa la dia ambil purse aku!” Bentak Syafriana. Dia melihat lelaki yang dilanggarnya mengamil purse miliknya yang terjatuh itu.

Batu-batu kecil di jalan raya disepak-sepak. Kalau ayahnya tanya macam mana boleh hilang, matila dia nak jawab.

“Yang lelaki tu pergi ambik purse aku tu apasal? Bukan ada banyak duit pon. Bawak jer kereta mahal tapi sengkek ke? Ishh!” Terjuih-juih mulutnya membebel. Sesekali dia membetulkan beg galasnya apabila terasa lenguh dibahu.

Ternganga mulutnya bila melihat kereta itu terpakir elok di kawasan rumahnya. Dia memerhatikan keadaan sekeling..tak ada orang. Dia melangkah perlahan-lahan ke kereta itu lagak seperti seorang pencuri.

Syariana menekup kedua belah tangannya di cermin sebelah tempat duduk hadapan kereta itu. Kelihatan pursenya di atas tempat duduk penumpang hadapan.

“Adoiii..macam mana nak ambik niii..” tangannya spontan cuba membuka pintu kereta itu dan..

Weeweeweeweeeyy… alam kereta itu berbunyi nyaring.

Syafriana panik! Dia berlari kebelakang rumahnya lalu masuk melalui pintu dapur.

“Kamu dari mana ni ni Syaf? Terhendap-hendap macam pencuri!” Sergah ibunya.

“Err.. dari sekolah lah ibu, hari ni kelas tambahan batal sebab tu balik awal. Hehe..”

Cepat-cepat Syafriana masuk ke kamarnya sambil mengurut dada. Selamat..

*********

Irfan lekas-lekas keluar apabila mendengar alam keretanya berbunyi diikuti dengan Pak Samad.

“Macam mana boleh bunyi ni?” Soal Pak Samad.

Dahi Irfan berkerut. “Kawasan ni ada pencuri ke?” Tak berlapik soalan Irfan.

“Ehh, mana ada.. jarang ada kecurian. Mungkin ada yang terlanggar kereta kamu ni. Kucing kot..” Pak Samad jugga pelik.

Erkk kucing?? Irfan hampir tergelak, cepat-cepat dia berpaling ke tempat lain.

“Erm.. dah lah mari kita masuk, insyaAllah tak ada apa-apa ni..”

“Saya rasa nak mintak diri dulu lah pakcik, takut nanti lewat sampai rumah..”

“Laa.. makanlah dulu, dah jauh-jauh kamu datang, makcik kamu pun dah masakkan makanan tengah hari tu..” Pelawa Pak Samad bersungguh-sungguh.

Irfan tidak dapat dapat menolak pelawaan itu. Semasa masuk ke rumah itu dia melihat seorang gadis sedang menghidangkan makanan di meja makan. Erm.. macam pernah nampak.

Tiba-tiba mata Irfan bertembung dengan mata Syafriana, Syafriana cepat-cepat mengelak dan berlalu ke dapur. Irfan mengukir senyuman. Okey.. faham!

Irfan mencuri pandang Syafriana yang berada di hadapannya. Syariana resah, tak tertelan nasi yang dia kunyah. Irfan menyembunyikan senyuman, tadi macam lipas kudung, ini dah macam cacing budak ni aku tengok. Haha..

“Irfan, ni anak pakcik Syafriana.. sekarang tengah form six dekat sekolah hujung kampung tu.” Pak Samad mempekenalkan Syafriana kepada Irfan.

Hampir tersedak syariana. Aduhh, ayah ni buat sesi kenal mengenal pulak! Malunya.. dah la aku langgar dia tadi. Dia tahu aku ponteng.. huwaaaa.

“Owh.. ambik jurusan apa?” Soal Irfan.

“Dia ambil jurusan kemanusiaan, itulah sekarang ni dia sibuk dengan kelas sebab dah nak exam. Tapi hari ni awal pulak dia balik.”

“Owh, syafriana ni mesti rajinkan..” Irfan memerli.

“Nampaknya begitulah.. nanti kalau dia masuk university di Kuala Lumpur tu bolehlah kamu tengok-tengokkan dia.”

“Tak ada masalah pakcik, dia pun dah macam adik saya.” Irfan ukir senyum.

Ceh! menyampah aku tengok. Syariana mencebir, dia memandang Irfan. Irfan juga memandangnya. Mereka berlawan mata.

Syariana: Bagi balik purse aku!

Irfan: Kenapa pulak aku kena bagi balik?

Syafriana: sebab tu aku punya!

Irfan: Ada aku kesah?

Syariana: kau ni kan…grrr

Irfan: Apa-apa?! Report kat ayah kau baru tahu!

“Ehem-ehem..” Pak Samad berdehem. “Rasanya dah nak kematu nasi tu..” Sambungnya lagi memerli. Merah muka Irfan dan Syafriana.. adehh, malunya.

Pak Samad memandang isterinya. Mereka sama-sama tersenyum.

Setelah bersalam dengan Pak Samad Irfan berlalu ke keretanya. Tiba-tiba terasa tangannya ditarik. Dia yang tidak bersedia hanya mengikut si penarik tersebut ke belakang sebuah pohon besar.

“Woii! apa tarik-tarik ni?” Soal Irfan geram.

“Eh, kau jangan buat-buat tak tahu eh.. kasi balik purse aku!” bentak Syafriana, namun suaranya masih cuba dikawal agar tidak terlalu kuat.

“Ehh, budak..” Kepala Syafriana ditunjal dengan jari telunjuknya. “Kau ni dah la langgar aku sampai lutut aku berdarah, lepas tu tak minta maaf pulak tu! Depan mak bapak kau bukan main baik lagi kan..”

“Apa tunjal-tunjal kepala orang ni.. ingat bola ke? Berdarah sikit pun kecoh.. lembik!” Syafriana mengejek.

“Heii.. budak ni aku humban jugak karang!” sakit hatinya bila dikata lembik.

“Ehh lantak lah! Yang penting sekarang ni purse aku.. bagi cepat!” Syariana tidak sabar, takut kalau ada yang melihat.

“Jangan haraplah budak! Pandai-pandai lah kau..” Irfan melangkah ke kereta tanpa memperdulikan Syariana yang memanggilnya. Dia tahu Syafriana takut untuk mengejarnya kerana ibunya baru saja keluar untuk menyiram bunga.

“Eiii.. tak guna punya laki!” Syafriana menghentak-hentak kakinya. Batu-batu kecil di tanah itu disepak-sepak untuk melepaskan geram.

***********

Irfan tiba di rumahnya setelah hampir magrib. Tubuhnya dihempas ke tilam, badannya lenguh kerana memandu terlalu lama. Iphone 5nya dicapai.. sebelas miscall dari Amylea. Hurmm.. nanti-nanti lah dia menelefon semula.

Baru sahaja matanya terpejam satu sms masuk..

Kalau u tak datang jumpa I malam ni, kita putus!


Mr. Mata Sayur bab 15



Hari pernikahan Aireen semakin tiba, semua persiapan telah disiapkan. Aireen pulang ke rumah keluarganya di Kampung Gajah, Perak seminggu lebih awal. Maka tinggallah Qaira sendirian di rumah.

Bunyi ketukan kuat di pintu rumah memaksa Qaira bangkit dari tidur. Jam loceng di sebelah dilihat, jam 12.15 pagi. Huh! Siapa yang datang pagi-pagi buta ni? Bebelnya. Tudung sarung yang berwarna hitam diambil lalu disarung ke kepala. Sweater hitam dicapai, agak mamai dirinya waktu itu. Mana tidaknya apabila sudah hanyut dibuai mimpi-mimpi indah.

Bunyi ketukan semakin kuat, bagai hendak roboh pintu rumah itu. “Yer, yer, datang ni.. sabarlah!” Tangannya laju memulas tombol pintu yang diketuk itu.

Bukk! Pintu kuat ditolak dari luar. Qaira terlentang. Terbeliak matanya melihat sekujur tubuh lelaki di hadapannya. Wajahnya kelihatan bengis, sama seperti lima tahun lalu. Qaira menggigil, peluh merenik di dahinya. Pintu rumah segera dikunci oleh lelaki itu.

“Owhh.. dekat sini kau sembunyi yer? Bersenang-lenang, huh!?” Herdik lelaki itu. Tudung Qaira ditarik lalu rambutnya dicengkam kuat.

“Sa, sakit.. lepaskan aku. Lepaslah bodoh!” Jerit Qaira dalam ketakutan. Dia cuba melepaskan diri, namun apalah nak dibandingkan dengan kudratnya dengan lelaki itu.

“Hey, Hana! Dah pandai melawan kau ni kan, dasar tak kenang budi! Lepas mak bapak aku bela kau, senang-senang je kau nak blah?!” Tangannya menampar wajah Qaira. Qaira tersembam ke lantai.

“Apa yang kau nak huh?” Qaira berusaha untuk bangun. Air mata yang mengalir di pipi di kesat dengan belakang tapak tangannya. Dia tidak mahu tunjuk lemah.

Sekali lagi rambutnya ditarik dan mukanya dicekam kuat. Sakit ditulang pipi dan kepalanya usah cakap, seperti hendak tercabut kulit kepalanya.

“Aku nak kau bayar balik duit yang mak bapak aku bagi dekat kau.” Mencerlung mata lelaki itu, sedikit pun tiada belas kasihannya untuk Qaira.

“Kau gila ke? Aku mana ada duit lah.” Sedaya upaya dia bercakap. Bergetar suaranya.

“Heh, pompuan! Kau ingat aku tak tahu ke kau kerja dekat company sikit punya besar sekarang ni?” Dia menarik Qaira rapat ke dinding, kepala Qaira dihentak ke dinding. Terjerit Qaira dilakukan seperti itu. Tangannya cepat-cepat menekup mulut Qaira.

Dia mengheret Qaira masuk ke dalam bilik. “Sekarang kau bagi aku semua duit yang kau ada, cepat!”

“Abang Ewan, tolonglah jangan buat Hana macam ni. Hana betul-betul tak ada duit.” Rayu Qaira dengan kudrat yang masih tersisa.

“Kau tak bagi tak pe, biar aku yang cari sendiri.” Dia menggeledah almari Qaira. laci di buka, seutas rantai emas dijumpai. Bibirnya mengukir senyuman.

“Abang Ewan, tolong jangan ambik rantai tu. Tu rantai arwah ibu, abang.. tolonglah.” Qaira melutut, dipegang kaki lelaki itu. “Qaira kasi abang Ewan duit, tapi tolong jangan ambil rantai tu.”

Qaira bangun menuju ke almari solek. Laci dibuka, diambil wang simpanannya yang digulung dengan getah. Belum sempat dia berpaling wang itu sudah dirampas dari tangan.

“Abang Ewan, rantai tu..” Qaira tersedu-sedan. Tangannya cuba mengambil rantai tersebut. Lelaki itu pantas menyimpan rantai itu di dalam poket seluarnya.

“Rantai ni aku simpan sebagai cagaran, lagi seminggu aku akan datang lagi. Pastikan kau ada duit nak bagi aku Hana. Kalau tak.. aku jual rantai ni, paham?!” Kepala Qaira ditunjal kuat.

“Kalau kau bagi dari tadi kan senang, tak adalah kau sakit.” Dia segera keluar dari bilik itu dengan senyuman kepuasan.

Qaira terjelepuk di lantai. Perlahan-lahan matanya mulai kabur.. dan akhirnya semuanya gelap.

******************************

Pedih matanya menerima sinaran cahaya apabila cuba dibuka. Tekaknya terasa perit, badannya terasa sengal-sengal. Sakit tak terkira di kepalannya. Dalam kepayahan, dia mencuba untuk bangun. Dia duduk di birai katil, jam loceng dilihat.

Sudah jam sembilan, dia tertinggal solat subuh dan..ya Allah, aku tak masuk kerja. Dia jadi panik seketika, satu-satu masalah menimpa. Kaki di arah ke kamar mandi untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk mengqada’ solat subuh.

Selesai sahaja solat, tubuh direbahkan ke katil. Mata dipejamkan, kesakitan ditahan sehabis mungkin. Biru pipi dan luka tepi bibirnya. Kepalanya pula benjol dan bengkak. Telefon berbunyi berkali-kali memaksanya bangun. Telefon dicapai, butang berwarna hijau ditekan.

“Hello..” serak suara Qaira.

“Qaira! U kenapa tak masuk kerja? Tahu tak dah pukul berapa ni? Kenapa lambat angkat phone?” Bertubi-tubi soalan dari Airiel, agak kalut nadanya.

“Maaf bos, saya tak sihat..” Antara dengar dan tak suara Qaira. Perit di bibir dan tekaknya menyukarkan dia untuk bersuara.

“Err.. u sakit apa ni? Dah pergi klinik?” Soal Airiel risau..erk! Risau?

“Saya pening sikit jer bos..” Qaira bohong.

“Tak kanlah pening sikit tak masuk kerja? U ni macam sakit teruk jer.”

“Betul bos, esok saya masuk kerja k..” Talian dimatikan Qaira, tak larat dia hentak bertekak dengan si mata sayur tu.

Airiel berasa gelisah. Dia risaukan Qaira, runtun hatinya mendengar suara Qaira yang lemah. Iphone5 di atas meja dicapai. Dia ingin ke rumah Qaira.

“By..” Eryana berada betul-betul di hadapan pintu pejabatnya. Airiel kaget.

“Er.. sayang, u buat apa dekat sini?” Aduh.. time ni jugak dia datang, omel hati Airiel.

“Sejak bila I tak boleh datang ni by?” Berkerut dahi Eryana.

“Bukan macam tu, u tahu mumy I kan. Lagipun, I ada kerja ni. Sorry sayang, got to go.” Airiel segera berlalu. Panggilan Eryana tidak dihiraukan, dalam fikirannya cuma satu. Qaira!

Eryana pelik dengan peragai Airiel, belum pernah kekasihnya itu mengabaikannya. Terasa sakit dihati, namun dia cuba berfikiran positif. Mugkin Airiel betul-betul sibuk, salah dia juga datang tanpa memberitahu terlebih dahulu.

*maaf lambat update

Akankah bersama bab 4

Bab 4

Darwiis membelek surat khabar ditangannya. Tiada apa-apa yang menarik, surat khabar itu dicampak kembali ke atas meja di ruang tamu itu. “Bosan!!” Jeritnya kuat. Lantaklah bukannya ada orang pun. Rumah besar itu seolah-olah cuma dihuni oleh perhiasan yang tidak bernyawa.

Kunci kereta dicapai. BMW hitam itu laju menyusur ke jalan raya sebelum berhenti di sebuah taman. Dari dalam kereta dia melihat kanak-kanak bermain dengan riang. Andai mampu dia memutarkan masa, ingin dia kembali ke zaman kanak-kanaknya.

Bukan kerana itu zaman bahagianya, cuma.. dia ingin menjalani zaman tersebut dengan sebaik mungkin. Seperti kanak-kanak lain dan bukanlah terkurung dengan protokol di rumah agam itu. Keluhan berat dilepaskan. Andai saja dia mempunyai kenangan itu, itu sudah cukup memadai.

Kaki dihayun ke kerusi batu yang disediakan di situ. Tersenyum dia melihat gelagat kanak-kanak bermain.

“Arif..” Telinga menangkap suara seorang perempuan.

“Dah lewat ni Arif, jum kita balik.”

“Alaa.. kejap lagi la akak,” ujar seorang budak di hadapan Darwiis.

Dia berpaling kebelakang untuk melihat dengan siapa budak itu bercakap. Kelihatan seorang gadis berjalan ke arahnya. Gadis tu.. macam pernah tengok.

“Dah nak magrib ni Arif..” Suara gadis itu ditekan sedikit, mungkin kerana kedegilan budak itu.

Owh ya.. gadis yang hampir dilanggarnya tengah hari tadi. Tapi kali ini wajah itu agak jelas kelihatan. Lembut rona wajah itu, cantik.. ish apa aku ni? Sempat lagi kau Darwiis!

“Awak!” Jerit Darwiis kepada gadis itu yang sudah lima langkah meninggalkannya. Itulah mengelamun lagi.

“Awak!!” Jeritnya lagi bila gadis dan budak itu tidak menghiraukannya. Dia berlari ke arah mereka.

Darwiis berhenti betul-betul di hadapan gadis itu. “Hai, awak.” Dia ukir senyum.

“Er.. awak cakap dengan saya ke?” Berkerut dahi gadis itu. Terkejut apabila ada lelaki main redah menegurnya.

“Awak tak ingat saya? Tadi..yang hampir langgar awak.” Terang Darwiis.

“Owh..” Gadis itu menunduk, seolah-olah menyembunyikan wajahnya.

Lohh, ni dah kenapa? Ada apa-apa yang menarik ke kat jalan tu sampai dia tak nak pandang aku? Darwiis garu kening melihat gelagat gadis itu.

“Awak nak pergi mana? Mari saya hantarkan..” Pelawa Darwiis.

“Eh, tak payah. Kami nak balik rumah, dekat jer. Boleh jalan..” Ujar gadis itu, masih menunduk.

“Abang nak hantar naik kereta ke?” Soal budak itu, comel. Mungkin berusia dalam enam tahun.

“A ah, tu.” Darwiis menunjuk ke arah keretanya.

“Wah..cantiknya kereta abang, jum lah akak.” Arif menarik tangan kakaknya.

“Arif..” Gadis itu menjegilkan mata.

“Alaa jum la akak.. Arif tak larat jalan, tadi Arif jatuh luka lutut ni.” Omel Arif kepada kakaknya.

“Awak..jumlah, kesian adik awak ni.” Belum sempat gadis itu menjawab dia menarik Arif ke keretanya. Gadis itu ketap bibir, terpaksa mengikut. Tak kanlah nak dibiarkan adiknya sendiri dengan orang yang tak dikenali.

Arif duduk di sebelah Darwiis. Gadis itu? Sudah awal-awal lagi mengambil tempat di belakang. Gadis itu diam tak berkutik di belakang tempat duduk kereta BMW itu. Darwiis mengintai dari cermin depan kereta. Dia tersenyum melihat kegelisahan gadis itu. Comel.

“Nama awak apa yer?” Soal Darwiis.

Diam..

“Er.. awak yang dekat belakang tu, saya cakap dengan awak. Bukan dengan kusyen dekat belakang tu.” Geram juga Darwiis bila gadis itu cuma mendiamkan diri.

“Nama akak Erdina abang,” jawab si comel di sebelahnya.

“Owh.. akak Arif bisu ke?” Perli Darwiis.

Zappp!! Sentap betul hati Erdina. Bibir diketap, bila la nak sampai ni..

Arif menjadi pemandu arah buat Darwiis. Nak diharapkan Erdina, mahu durian runtuh pun belum tentu bersuara.

Setelah tiga minit, akhirnya mereka sampai di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah itu terletak hanya 3 blok dari taman permainan itu sahaja.

Erdina lekas-lekas turun. Darwiis hanya memerhati entah apa yang dikejarkan entah. Makin diperhati makin gadis itu menarik perhatiannya. Bibirnya terjungkit.

“Awak tak nak jemput saya masuk ke?” Soal Darwiis.

“Er.. tak payah lah..” Erdina serba salah.

“Abang jum masuk!” Arif menarik tangan Darwiis. Erdina ketap bibir, budak ni kan..

Belum sempat Darwiis menjawab tangannya telah ditarik oleh Arif.

Aduii! Aku nak mengusik kakak dia jer.. budak ni ajak betul-betul pulak dah, aku nak cakap apa dekat mak bapa dia orang ni. Bebel hati Darwiis.

“Ayah! Mak!” Jerit Arif sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Erdina pula sudah lama lesap ke mana entah.

Ishh, budak ni..dia panggil-panggil pulak. Dah la aku suka suki jer angkut anak orang. Kang bapak dia ditangannya aku mampus!

Kelihatan seorang lelaki separuh abad turun dari tangga. Dengan wajahnya yang serius..misai yang lentik, badan tegap serta tinggi. Darwiis telan air liur, seolah-olah ada aura hitam menyelubungi lelaki itu.

“Er.. assalamualaikum,” sapa Darwiis. Tangan dihulur untuk bersalam. Disambut..fuhh, nasib baik.

“Kamu kawan Erdina?” Soal lelaki itu, serius nadanya.

“Er..yer..eh, tak!” Darwiis garu kepala, peluh merenik didahi.

“Mana satu ni? Kejap yer, kejap tak..duduk.” Mereka duduk di sofa di ruangtamu itu. Kesian juga lelaki itu melihat tingkah Darwiis, bukan dia sengaja.. dah memang dia orangnya begitu. Nampak serius tetapi peramah sebenarnya. Biasalah, dia seorang pesara tentera.

“Saya cuma tolong hantarkan derang balik pakcik dan Erdina tu satu university dengan saya.” Terang Darwiis. Agak mula menyesuaikan diri.

“Owh.. terima kasih la yer, tapi tak eloklah lelaki dan perempuan berdua-duaan. Tapi, nasib baik Arif ada..”

“Er.. yer pakcik, saya tahu..” Darwiis senyum kelat, kena setepek. Padan muka kau Darwiis.

“Baguslah kalau macam tu.. anak pakcik tu sebenarnya tak pernah bawak balik kawan, baik perempuan atau lelaki. Pakcik terkejut jugaklah tadi bila tahu dia balik dengan kamu. Selama ni, dia tak pernah ada kawan” Pakcik itu tersenyum. “Lupa pula, nama kamu siapa? Nama pakcik Hassan”

“Saya Darwiis pakcik, er.. kenapa Erdina tak ada kawan?” Soal Darwiis ingin tahu.

Serta merta raut wajah Hassan berubah. “Ada sebab kenapa dia macam tu, tak bergaul dengan orang. Ada masa kamu tanyalah dia.” Wahh, green light ni Darwiis!

“Baiklah pakcik, er.. saya minta diri dulu la yer. Dah lewat petang ni..”

“Baiklah..” Darwiis bersalaman dengan Hassan.. wahh, dah boleh buat menantu ni.


Akankah bersama.. Bab 1, 2, 3



Bab 1

Zoomm!! Bunyi kereta BMW hitam yang sedang memecut laju. Pemandunya sama sekali tidak menghiraukan kenderaan-kenderaan yang lain. Bak kata orang, dia buat jalan itu macam bapa dia yang punya.

Creett! Ok selamat parking! Fuhh! Tengku Darwiis lega. Cepat-cepat dia berlari ke dewan kuliah, dengan harapan lecturer Aswad yang kuat membebel tu belum masuk ke dewan kuliah tersebut.

Dengan penuh debaran Tengku Darwiis memulas tombol pintu tersebut, ‘Ok dia belum datang,’ monolog Tengku Darwiis. Hampir saja dia dia melompat keriangan di situ. Adoii.. cover Darwiis, cover!

Dengan penuh yakin Tengku Darwiis berjalan masuk ke dewan kuliah itu. Dia memilih tempat duduk yang paling belakang. Tak ramai orang senang la dia nak landing nanti. Haha.




Pelajar perempuan di dalam dewan kuliah tersebut jatuh rahang. Tercampak pen dan yang paling best ada yang hampir meleleh air liur sebab terlalu asyik merenung ketampanan Tengku Darwiis.

Cuma seorang saja yang tidak memperdulikan semua itu. Seorang gadis yang tekun merenung notanya dari tadi. Seorang gadis yang tidak ada langsung masa untuk melihat keindahan dunia.

“Hai Darwiis.” Seorang gadis yang berpakaian seolah-olah ingin membuat konsert menyapa Tengku Darwiis sebaik sahaja kelas tamat.

“Hai baby, u look nice today.” Sahut TD sambil mengenyit matanya. Jatuh rahang gadis itu, Matanya bersinar-sinar melihat Darwiis. Dia..dia.. panggil aku baby! Ohhemmgeee.

“Ok lah baby, I kena pergi dulu.” Ucap Tengku Darwiis dengan senyuman menggoda. 



‘Dasar perempuan! Sehari tak menyemak depan mata aku tak boleh ke? Semua perempuan sama je, harapkan pujian. Stupid!’ Bebel Tengku Darwiis sambil ke keretanya.

Dia tidak suka perempuan-perempuan dekat dengannya, dia juga bukanlah gay. Tapi.. seolah-olah ada satu kepuasan bila dia mempermainkan perasaan perempuan-perempuan yang tergedik-gedik datang kepadanya. Baginya mereka semua bodoh! Percaya apa yang dia cakap, senyum sikit dah cair. Dasar perempuan!

Semasa ingin megeluarkan keretanya dari petak parking, Tengku Darwiis tidak perasan bahawa ada makhluk lain di belakang keretanya. Arghh! kedengaran suara wanita menjerit. Creett!! TD cepat-cepat membrek keretanya.

“Awak tak apa-apa?” Tanya Tengku Darwiis panik bila melihat seorang wanita terjelepuk di belakang keretanya. Dia bertinggung di hadapan wanita itu.

“Ok ke? Ada sakit dekat mana-mana?” Tanya Tengku Darwiis lagi bila melihat perempuan itu hanya mendiamkan diri. Mungkin terkejut.

“Sa, saya tak apa-apa. Maaf.” Kelam kabut wanita itu ingin bangun. Tetapi wajahnya masih sahaja menunduk.

“Saya yang salah, saya tak tengok betul-betul tadi.” Tengku Darwiis ikut bangun. Dia pelik dengan wanita di hadapannya itu. Dia cuba melihat wajah wanita itu namun tidak jelas kerana dari tadi asyik menunduk dan tudung wanita itu agak ke depan.

“Jom saya bawa pergi klinik,” sambungnya lagi bila perasan tapak tangan wanita itu luka.

“Tak, tak payah. Saya tak apa-apa, terima kasih.” Ujar wanita itu sebelum tergesa-gesa berlalu, dan masih tidak mendongak. Pelik, selalunya pelajar perempuan dekat sini sibuk nak tengok muka Tengku Darwiis.

Tengku Darwiis masuk ke dalam keretanya. Dia memulakan pemanduan sambil fikirannya masih memikirkan tentang wanita tersebut.

Erkk! Yang tadi tu manusiakan? bukan hantu. Aduii seram pulak aku. Tapi, tak pernah pulak student lain cerita pernah jumpa hantu ke apa. So Darwiis, dia manusia.. memang manusia! Tengku Darwiis meraup-raup rambutnya yang dah serupa orang baru bangun tidur. Agak-agak kalau peminat dia tengok suka lagi tak? Hehe.


Bab 2

“Nanti lepas Efan serahkan cek tu pada pengetua, Efan pergi melawat pakcik Samad.” Dato Asyraf berkata sambil matanya tidak lari dari surat khabar yang dibaca.

“Pakcik Samad mana pulak ni Ayah? Buat apa?” Soal Irfan Hakim pelik. Aduii.. dah lah kena pergi sekolah tu, kena pergi pula rumah pakcik Samad mana pulak ni. Malas betul lah!

“Kawan lama ayah dulu.. kamu pergi melawat dia tanya khabar.”

“Kalau kawan ayah, ayah la pergi..kenapa Efan pulak yang kena pergi?” Berkerut muka Irfan Hakim tanda protes.

“Dah kamu alang-alang pergi kawasan tu, singgah la. Sampaikan salam ayah.” Kali ini nada Dato Asyraf kedengaran agak serius.

“Hurm, ye lah ayah.” Irfan Hakim berlalu ke kamarnya.

“Aduii.. menyusahkan betullah!” Rungut Irfan Hakim apabila tiba di kamarnya. Tubuhnya dihempas ke katil. Iphone 5 di meja kecil sebelah katilnya itu dicapai. Tangannya sibuk mencari nama seseorang. Emy. Ok, jumpa! Butang call ditekan apabila nama tersebut dijumpai.

“Hello..” Jawab satu suara perempuan yang manja lagi menggoda.

“Hello sayang, sorry esok kita kena cancel date kita.” Ujarnya apabila paggilannya dijawab.

“What?! Bi.. u dah janji dengan I kan, yang kita nak pergi genting esok!” Suara yang manja tadinya bertukar menjadi kasar.

“Emy.. my dad suruh I serahkan cek dekat satu sekolah ni esok ok. U tahulah kan.. I mana boleh bantah cakap dia.” Irfan Hakim memujuk.

“Your dad tu memang! Macam lah I tak tahu yang dia tu tak suka I. sibuk nak jodohkan u dengan orang lain.” Emy menyindir.

“Emy, yang U kutuk ni ayah I tahu tak? Cubalah u sabar sikit.. at least sampai kita menikah. Then, kita akan pergi jauh dari sini.” Lembut suara Irfan memujuk. Dia sudah penat asyik bertengkar dengan Emy.

“U nak pergi jauh dari sini? U ingat I ni bodoh ke? U takkan tinggalkan harta ayah u tu macam tu je kan?” Emy membidas bagaikan peluru berpandu.

“ U boleh stop tak?! U memang tak pernah percayakan I! Dah lah, I dah malas nak cakap pasal benda ni.” Talian dimatikan. Iphone 5 itu dibaling keatas meja. Panas hatinya usah cakap. Setiap kali ada saja perkara yang digaduhkan bersama Emy.

************************

Hampir jam 12 tengah hari barulah dia tiba di sekolah yang terletak di Johor itu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke sekolah itu benar-benar membuat badannya lenguh dan sengal. Kereta Toyata Vios yang berwarna silver itu diparkir di dalam kawasan sekolah.

“Ini bilik pengetua, silakan masuk.” Kata seorang guru perempuan di situ kepadanya setelah dia memberitahu tujuannya datang ke sekolah itu. Irfan Hakim tersenyum lalu masuk kedalam bilik tersebut.

“Assalammualaikum.” Tegur Irfan Hakim kepada seorang lelaki di bilik itu.

Lelaki itu bangun, mereka bersalaman. “Waalaikummussalam, jadi ini Encik Irfan Hakim anak Dato Asyraf yer? Segak orangnya, silakan duduk.”

“Ye saya, saya datang ni nak menyerahkan cek bagi pihak ayah saya.” Irfan Hakim senyum. Wajahnya memang kelihatan comel apabila dia tersenyum.



“Saya mewakili semua pihak di sekolah ini ingin terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Kami memang sangat memerlukan dana bagi membina tempat khusus untuk murid-murid istimewa di sini. Sekarang ini, tak ramai yang prihatin tentang nasib OKU.” Ujar pengetua yang sudah separuh abad itu. Terpancar diwajahnya karisma seorang guru yang berwibawa.

“Sama-sama cikgu. Ada rezeki lebih sedikit, dikongsi apa lah salahnya kan?” ‘Lagipun apalah sangat setakat 30 ribu tu.’ Sambungnya di dalam hati, kerek.

“Kalaulah di dunia ada ramai orang macam Encik Irfan ni pasti nasib orang yang tidak berkemampuan akan lebih terbela.” Puji pengetua yang bernama Hashim itu.

Irfan Hakim hanya tersenyum. ‘Bukan duit aku pon, duit ayah aku.’ Ngomelnya di dalam hati.

“Cikgu saya minta diri dulu lah yer. Masih ada urusan yang harus di selesaikan selepas ini.” Irfan meminta diri. Tak sanggup berlama-lama di situ, kembang dirinya dipuji. Walhal, pujian itu bukan untuknya pun.

“Yalah Encik Irfan. Saya faham anak muda yang berjaya macam Encik Irfan ni memang banyak urusan.” Puji pengetua itu lagi.

‘Alahai manisnya mulut, mesti sebab aku bagi sumbangan, Kalau tak..jagan harap.” Kutuk Irfan Hakim didalam hati. Riak wajahnya masih dikawal. Serupa angel saja. Mereka bersalaman sebelum Irfan Hakim keluar dari bilik pengetua itu.

Dia melalui jalan belakang blok kelas untuk ke tempat parkir keretanya. Jalan belakang blok itu agak sunyi, mungkin kerana berhampiran dengan hutan.

Bukk!! Irfan Hakim tersungkur kehadapan. Sikit lagi wajahnya ingin mencium lantai. ‘Aduii.. binatang apa yang langgar aku ni!’ Rungutnya sambil susah payah untuk bangun.

Apabila kepalanya diangkat, dia melihat seorang budak sekolah perempuan lari bagaikan lipas kudung di hadapannya. Budak sekolah itu masuk ke dalam semak dan ghaib serta merta.

“Wah.. hebat kau ye budak. Aku jumpa siap kau! Sampai koyak seluar aku ni.” Irfan Hakim menggosok-gosok lututnya yang pedih dan sedikit berdarah. Koyak sedikit seluarnya di situ.



Apabila dia ingin melangkah, dia melihat sesuatu yang berwarna pink di atas lantai. Dia mengutip benda tersebut. Ternyata itu adalah purse, mungkin tercicir dari pelajar tadi.

Purse tersebut buka. Ada dua keping not sepuluh ringgit, tiga keping not seringgit dan beberapa duit syiling. Owh, ada IC jugak. Haha.. nasiblah kau budak, orang suruh sekolah kau ponteng.

Dia membawa purse tersebut. Niat dihati ingin membalas dendam. Biar padan dengan muka budak tu mencari nanti. Terhenjut-henjut dia berjalan ke kereta. Dia menampal plaster pada lututnya sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

Irfan Hakim meneruskan perjalanan ke rumah Pak Samad rakan ayahnya itu. Ikutkan hati, mahu saja dia terus pulang ke rumah. Tapi apa boleh buat, arahan ayahnya wajib dituruti. Kalau tidak, memang satu sen pun dia tidak akan dapat.

Bab 3
“Saya suka awak.” Bagaikan angin suara gadis itu melintas di telinganya. Faris Danial pura-pura tidak dengar. Wajahnya tidak lepas dari merenung buku di hadapnnya.



“Awak dengar tak yang saya cakap saya suka awak!!” Perempuan itu menjerit. Faris Danial terkejut. Satu pusat sumber itu terkejut sebenarnya.

“Miss, awak tahu tak awak berada di mana sekarang?” Faris Danial mengawal suaranya yang agak sedikit keras. Malu yang dirasa usah cakap bila menjadi perhatian semua para pelajar di situ.

“Saya cakap baik-baik awak buat bodoh jer. So, saya ingat awak tak dengar. Jadi saya jeritlah.” Elfarisa buat muka tak bersalah.

Faris Danial mengemas barang-barangnya di atas meja itu. Dia bangun ingin berlalu.



“Eh eh, awak nak pergi mana? Saya tak habis cakap lagilah.” Elfarisa bangun menghalang jalan Faris Danial.

“Awak nak cakap awak suka saya kan?” Soal Faris Danial. Elfarisa mengangguk.

“Awak dah cakap tadi kan?” lagi Faris Danial menyoal. Elfarisa angguk lagi bagaikan burung belatuk.

“So?” Faris Danial mengangkat kening. 

Belum sempat Elfarisa ingin membuka mulut, Faris Danial sudah berlalu dari situ.

‘Dasar lelaki sombong! Kau tengoklah berapa lama lagi kau boleh lari. Ni Elfarisa lah! Tak pernah lagi lelaki tolak aku tahu tak!’ Dia memarahi Faris Danial di dalam hati. Yelah, takkan nak jerit di dalam pusat sumber tu. Tak pasal-pasal dia yang kena nanti.

Faris Danial memecut ninja merahnya keluar dari university tersebut. Bengkak hatinya dengan kejadian tadi. Dia memasuki perkarangan banglo tiga tingkat. Ninjanya di parkir di tempat yang disediakan. Kaki laju di atur untuk ke biliknya.

“Nial.. sini sayang.” Panggil mumynya yang berada di ruang tamu dengan beberapa rakannya.

‘Aduh.. ni yang aku malas ni.’ Omel Faris Danial. Dia membuat isyarat mata ‘tak nak’ kepada mumynya itu. Namun, terpaksa juga dia melangkah apabila mumynya sudah menjengilkan mata.

“Datin datin semua, kenalkan.. Ni anak I, Faris Danial.” Faris Daniel senyum paksa. Dia merasa rimas. Kejap lagi, mesti ada yang nak jodohkan dia dengan siapa-siapa.



“Hensem yer anak u ni Ju, bolehlah dipadankan dengan anak I.” Hurm.. tengok! Cliché kan? Macam babak dalam novel dan filem. Tapi ketahuilah, ini kejadian nyata yang dialami oleh Faris Daniel.

“Er.. saya minta diri ke bilik dulu lah yer. Penat sangat baru balik kuliah tadi.” Ujar Faris Danial. Mumynya yang menyinga di sebelah tidak dipedulikan. Cepat-cepat dia berlalu dari situ.

“Fuhh, lega!” Jerit Faris Danial sebaik sahaja pintu biliknya di tutup. Tubuhnya di hempas ke katil. Matanya dipejam, lega rasanya dapat melepaskan lelah.

“Sayang…” satu suara seakan berbisik.


Faris Danial membuka matanya apabila mendengar suara itu. Matanya menerewang di sekeliling bilik untuk mencari punca suara tersebut. Namun, tidak ada apa-apa. Dia meraup wajahnya dan beristigfar panjang. Dia kemudian menuju ke kamar mandi untuk mengangkat wuduk.

*************

“Niel kenapa pergi macam tu je tadi? Mumy tak suka Nial tak hormat kawan-kawan mumy.” Sembur Datin Juliana di meja makan itu.

“My.. Nial dah cakap Nial penat kan.” Jawab Faris Danial acuh tak acuh.

“Banyak mana la sangat penat Nial tu setakat ulang alik pergi kelas je. Ingat mumy tak penat ke? Tapi demi Nial mumy kuatkan jugak tahu tak? Tak boleh ke Nial berkorban sikit demi mumy?” Bebel Datin Juliana.

“Yelah mumy.. Nial tak buat dah.” Faris Danial tidak mahu memanjangkan hal ini. Mumynya harus didiamkan.

Mereka menjamah makanan tanpa ada sepatah pun yang keluar dari mulut masing-masing. Hubungan mereka anak beranak memang tidak rapat.

Datin Juliana terpakasa menguruskan syarikat keluarga mereka selepas suaminya Dato Amar meninggal dunia. Ketika itu Faris Danial baru berusia 15 tahun . Disebabkan itu, mereka jarang menghabiskan masa bersama.

“Sayang..”

Faris Danial tersentak. Dia memandang mumynya yang sedang menjamah makanan.

“Mumy dengar?” Soal Faris Danial pada mumynya.

“Dengar apa Nial?” Dahi Datin Juliana berkerut.

“Er.. Tak ada apa-apa mumy.”

“Nial betul-betul penat ke sayang? Sakit ke?” Datin Juliana risau, menyesal pula kerana memarahi anaknya itu tadi.

“Takde mumy.. Nial ok.” Faris Danial ukir senyum. Terselah lesung pipitnya.

Sejak akhir-akhir ini dia selalu mendengar suara tersebut. Suara yang memanggilnya sayang. Tapi entahlah, mungkin dia benar-benar penat sehingga berhalusinasi sendiri. Dia beristgfar di dalam hati.

-Pecah kaca pecah simen, lepas baca harap komen :)