Mr. Mata Sayur Bab 6

Bab 6

Qaira melihat makanan yang dihidang, dia tahu itu adalah stik daging. Tapi entah apa namanya pon dia tak tahu. Dia melihat pisau dan garfu di kiri kanan pinggannya, ada beberapa yang lain bentuknya.

‘Erkk, yang mana satu nak guna ni?’ monolog Qaira resah.
Airiel mengambil garfu dan pisau yang sederhana besar, dia mula memotong daging stik tersebut. Qaira yang melihat mula mengambil pisau dan garfu yang sama, Airiel perasan keadaan itu. Dia menyembunyikan senyuman, otak jahatnya dah mula datang.

Airiel meletakkan kembali sudu garfu tersebut dan mengambil garfu yang paling kecil. Qaira ikut! Airiel meletakkan kembali garfu tersebut dan mengambil yang lain. Dia berbuat begitu beberapa kali dan…

“Bhahahaha.. u ikut I kenapa?” katanya sambil tertahan-tahan ketawa, malu orang tengok. Qaira dah merah muka, matanya merah dan berair. ‘Tahan Qaira, tahan.’

Qaira mengambil pisau lalu mencincang-cincang stik tersebut, dia langsung tak memandang Airiel. Malu, marah, geram semua ada! Airiel yang perasan Qaira seperti itu mula serba salah.

“Meh sini I tolong potongkan, lain kali.. kalau tak tahu, cakap tak tahu.” Airiel menarik pinggan Qaira dan memotong stik itu, Qaira hanya mendiamkan diri.

“Ok done, nah makan elok-elok,” Airiel tolak pinggan kepada Qaira.

‘Baik pulak mata sayur ni, argh dia dah buat aku malu jangan harap nak baik-baik dengan dia dah.’ Monolong Qaira dengan muka cemberut.

‘Aku gurau lebih-lebih ke tadi? Arghh kenapa aku nak rasa bersalah pulak ni? Bukan ni yang aku nak ke? Tapi.. dia nampak kesian.’ Hati Airiel berkata-kata.

Mereka menjamu selera tanpa ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka, Qaira menelan daging-daging stik itu seolah-oleh menelan pasir. Perit tekaknya, hanya beberapa potong saja yang mampu 
dia jamah.

****************************

Eryana memerhatikan Qaira dan Airiel selang beberapa meja dari mereka. Eryana memang sudah berada di situ terlebih dahulu dari mereka, dia seorang diri. Dia keluar dari restoran itu sebaik saja Airiel dan Qaira berlalu.  

‘Airiel kenal Hana? Setahu aku Airiel tak suka Hana sebab dah langgar kereta dia, dan Hana tu miskin, memang bukan taste Airiel. Tak mungkin Airiel curang, tak mungkin! Lebih-lebih lagi dengan Hana!’ Stereng kereta digenggam kuat.

Eryana resah melihat kemesraan Airiel dan Qaira, nafasnya terasa sesak. Memori dulu mula menerjah ke dalam fikirannya. Tak mungkin Qaira ingin membalas dendam kepadanya, tak mungkin!

‘Kau rasa apa yang kau buat dulu, tak cukup untuk Hana membenci kau ke Ery?’ satu suara singgah ke dalam otaknya.

‘Tak, tak, aku tak salah! Aku tak pernah salah, Hakim yang datang kepada aku!’ Ery menggeleng-geleng kepalanya, dahinya berpeluh.

‘Macam mana dia tak datang, kalau kau dah goda dia Ery! Kau goda dia, kau burukkan Hana dekat dia Ery! Kau dah lupa? Hahaha’

‘Tak! Tak! Tak!’ dia mengeleng-geleng kepalanya. Badan Eryana menggigil-gigil, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang, dan akhirnya bummk! Keretanya melanggar penghadang jalan.

Eryana melihat hakim tersenyum padanya, sebelum wajah itu bertukar menjadi sayu. Hakim seolah-olah ingin berkata sesuatu kepadanya, dan akhirnya pandangan Eryana terus gelap.

*****************
Airiel berlari masuk ke dalam hospital, dia terus ke hospital sebaik sahaja mendapat panggilan yang teman wanitanya kemalangan. Mukanya tergambar riak risau, Airiel menuju ke wad yang menempatkan Eryana setelah bertanya kepada jururawat disitu.

Eryana tersenyum melihat Airiel tiba.

“U macam mana boleh kemalangan ni? Berapa kali I dah pesan suruh u hati-hati kan..tengok dahi ni dah luka.” Ujar Airiel penuh prihatin kepada Eryana, dia mengusap kain yang membalut dahi Eryana.

“baby, u jangan risau k.. sikit je ni,” Eryana tersenyum. Dia bahagia kerana Airiel begitu mengambil berat terhadapnya, dia tak mahu kehilangan Airiel.

“Er… hal kereta u dah setlle?” Tanya Eryana teragak-agak bimbang Airiel curiga.

“Sayang.. pasal tu u jangan risau ok..sekarang yang penting u kena banyak rest, dan jangan kerja buat sementara waktu ni.” Airiel merasa dia tidak perlu menceritakan tentang Qaira kepada Eryana. Dengan keadaan Eryana seperi itu, dia tak mahu Eryana pening dengan halnya.

Eryana tersenyum, walhal hatinya sudah gundah gulana. Dia tidak mahu Airiel rapat dengan Hana, dia takut kehilangan Airiel. Dia merasa seolah-olah Hana cuba merampas Airiel daripadanya, membalas dendam.

‘Tak apa, aku akan siasat apa kaitan Hana dengan Airiel,’ monolognya sambil trsenyum melihat Airiel.


‘Takkan ada sesiapa yang dapat merampas u baby.. kalau I tak dapat, orang lain pon tak dapat.’ Airiel tersenyum membalas senyuman Eryana sambil mengusap tangan Eryana penuh kasih. Ya, dia terlalu sayangkan Eryana. Tapi... cintakah dia?

13 comments:

  1. Good job dlya.. interesting sgt.. xsabar nak tunggu sambungan die.. good luck.. semoga dapat menghasilkan cite2x yg menarik tok akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama.. :) mesti xknlkan akak nie sape.. hehehe ;) suke baca cite dlya.. best..

      Delete
    2. serius x kenal..err akk ni sapa?kenal dlya?

      Delete
    3. hehe.. nie akak faihanah la.. akak da add dlya kt fb.. cube check.. nursuraini is my real name..hehehe :)

      Delete
    4. aah akak..kn akak dh ckp nama btl akak jouh beza ngn nama akak gune..hehehe :)

      Delete
    5. hehehe..akak suke ngn mksud nama faihanah tu walaupun xda kaitan ngn nama sendiri..hahaha

      Delete
  2. akk roses >.< citer akk best ^_^ nk agi smbungn heheheee....
    <------ jujur ckp citer akk mmg bestt ^_^

    ReplyDelete