My NoVeL FaNtAsY

Senyum dalam tangis.
 BAB 1

    "Alamakkk!!Aku dah lambat nie!" Tergopoh gopoh dia menuju ke kamar mandi.Jam sudah  menunjukkan hampir pukul 7 pagi. 'Habislah aku kena tahan dengan alien pencen nanti.' Bentaknya lagi di dalam hati.
     "Ha,baru bangun!Ingatkan tak sekolah tadi." Sergah ibunya dari dapur.
     "Mak ni nape tak kejut Afia?" Tanya Afia dengan nada tidak puas hati. "Aii salahkan orang pulak,dia yang lambat bangun." Ujar Aziah selamba.
     "Ye lar memang la orang lambat bangun,tapi tak boleh ke mak yang bangun awal ni kejutkan orang." Eii mak aku ni saja jer nak bagi aku ada masalah.
Woii Afia,yang kau marah mak kau tu wat pe?Dah memang kau yang salah kan bangun lambat. Ngomel Afia dengan hatinya sendiri.
Ye lar ye lar salah aku.
Aziah dari tadi hanya tersenyum melihat tingkah anaknya yang membebel dari tadi.Entah apa yang dibebel dia pun tak tau.
     "Dah dah dah,tak payah nak banyak bunyi lagi,cepat pergi sekolah dah pukul tujuh dah ni."
Sebenarnya Aziah bukannya sengaja tak mau kejutkan anaknya,tapi dari awal pagi lagi dia dah kejut. Cuma Afia jer yang tidor mati!
    "Hah!!Aku dah lambat ni.Ohh tidakk!!!"

Kelam kabut Aliesha mengambil basikalnya dan mengayuh laju ke sekolah.
Bunyi ketang ketung yang datang dari basikalnya yang dah uzur tidak dihiraukan, nak beli baru mana lar dia mampu kerana dia berasal dari keluarga yang miskin.Sejak bapak dia meninggal tiga tahun lepas,ibunya hanya meniaga nasi lemak dengan kuih jer dekat depan rumah. Dia terus mengayuh laju basikalnya.
'Akhirnya sempat jugak aku sampai.' Ujarnya dengan perasaan lega.

Dia dapat melihat  alien pencen aka cikgu Aziz (jahat betul gelaran yang diberi..hehe) memerhatikannya dari dalam pagar sekolah.
"Ehh.. aku lambat ker?" ujar Aliesha perlahan sambil ke tempat letak basikal yang disediakan.
"Hah Afia awal awak sampai!" Tegur cikgu Aziz semasa dia berjalan ingin ke perhimpunan.
'Hak alar cikgu ni bersyukur la aku ni datang sekolah daripada ada yang membuta kat rumah tu yang dia tak tahu,ni nak perli perli orang pulak.' Omel Aliesha dalam hati..

"Cikgu sebenarnye tadi rantai basikal saya jatuh,tu la yang lambat tu," hentam sajalah labu..janji aku lepas hehe.
"Semalam awak kata tayar pecah, sekarang rantai jatuh, esok agaknyer awak kata basikal awak pulak hilang." Ujar cikgu Aziz yang geram dengan perangai Alisha yang sering datang lambat. Muka memang dah set untuk nampak garang gitu,biar budak ni takut.Kot la nak takut makin menjadi-jadi lagi ada larr si Afia ni.
"Alar cikgu dah bende nak jadi nak wat cam ne kan," sambil buat muka kesian.. 'Ishh alien pencen ni bila lar nak pencen,wat menyemak akal fikiran jer!' Cakapnya dalam hati.
"Saya janji ni kali terhakhir saya datang lambat. Ujar Aliesha dengan muka sengaja disayukan. Menagih simpati.

"Okay ni last warning saya bagi kat awak. Lepas ni kalau awak lambat lagi saya akan hukum awak,faham!?" Tegas nada suara cikgu Aziz.
"Faham cikgu," ujar Aliesha lemah.
Aliesha melangkah longlai menyusuri koridor untuk ke kelasnya. Tiba-tiba
"Opocot mak kau!" Aduh bende ape yang hempap aku ni?
"Oitt buta ker ?" Kedengaran keras suara orang menengkingnya.
Amboi bukan main lagi kau sound aku.Nak kena mamat ni! Aliesha berpaling ke belakang.
Sesaat, dua saat, tiga saat..Dia terkesima dengan apa yang dia lihat.
Gulp!! Hensemnyerr....hehehe...


3 comments:

  1. eyhh..memang novelis ker??da pernah terbitkan novel??agak best..

    ReplyDelete
  2. ehh x adelarr..ingt klo ade respon baru nak post sambungannyer..hehe :) thanks komen..

    ReplyDelete
  3. Haaaa sambunglaaa sambungffg

    ReplyDelete