Dia
berlari-lari termegah-mengah merentasi akar-akar dan kayu-kayu yang mula
menyegat kakinya. Tapi dia tak perduli kakinya yang semakin perit, apa yang dia
fikir dia mesti lari dari raksasa gila plus
ganas yang mengejar dia, ya dia mesti lari! Raksasa itu memang menakutkan mata
hijau, bergigi taring sambil air liur meleleh-leleh ewww sangat menjijikkan! Badan tegap! Tegap? “ouccghh
oucghh” dia mengerang! Tiba tiba dia
tersungkur apabila kakinya terlanggar sesuatu. Dia pejam mata rapat-rapat bila merasa raksasa itu semakin mendekat.
Busshh!! Dia
rasa ade benda yang landing baik
punya dekat muka dia. “Argghhh” Qaira
menjerit terlolong sambil tangannnya memukul-mukul raksasa itu. Suaranya tak
payah cakap la. Rasanya boleh bergegar satu bangunan KLCC!
“Woi
bangunla.. adui duii bangunla bongok! Sakit taw tak?” Qaira terkebil-kebil
melihat rakannya aka Aireen yang muka dah macam bom nak meletup.
“wei
raksasa! raksasa!” sungguh-sungguh Qaira berkata pada rakannya dengan muka
macam mak lampir baru jatuh parit.
“ Raksasa hotak hang!” Aireen geram! Dah la
kena pukul dengan Qaira tadi habis sememeh muka dia! Penat jer touch up sana sini tadi. Dia terkejut
bila dengar Qaira terjerit-jerit, dia cuba kejut Qaira tapi Qaira ni tak
sedar-sedar, terus dia ambil bantal hempuk muka Qaira. Hehe sorry Qaira aku
ingatkan ko kena rasuk ke apa tadi huuwaa huwaa. Last-last aku yang kena balik,
ceh.
“Betul weii
aku dapat rasa lagi raksasa tu hempap muka aku!” Qaira buat muka serius sambil
mata dia terbeliakkan. Ya Allah kawan aku ni dah tak serupa orang! Muka memang
mintak penampar je aku tengok.
“Errr Qaira
aku la yang pukul muka ko dengan bantal, sebab aku tengok ko macam kena rasuk
jer, nasib baik ko sedar.” Jelas Aireen dengan muka tahan gelak. Dah macam
tahan kentut jer Qaira tengok. Dia tak sampai hati pulak tengok kawan dia yang
macam orang sesat je dalam hutan. So tahan jelarr gelak tu.. gelak dalam hati!
Hehe.
“Ko pukul
akuu? Betul? Maknanya aku mimpi la yer.. Gila kuat ko pukul aku sampai aku
ingat betul-betul la raksasa tu hempap aku. Tak guna punya kawan! Ehh ko ni
serebeh semacam nak pergi mana?” Soal Qaira blur.
“Tak
sedar-sedar lagi ko ni ye Qaira! Aku nak pergi kerja lar, ni semua ko punya
pasal serang aku tiba-tiba!” sambil tercebik-cebik bibir Aireen bercakap.
“ Alarr
siannya kawan aku ni. Ha pergi la touch up balik, nanti lambat pulak dah pukul
berapa ni?”
“Dah pukul
7:15, alamak aku dah lambat ni. Apa sal la aku boleh layan kau pulak, dah la
chau dulu. Eh ko bukan ada temuduga ke hari ni?”
“Temuduga aku
26 haribulan la..” Qaira mengeliat malas atas katil.
“ Cik Qaira
sayang.. for your information hari ni ialah hari khamis bersamaan 26 haribulan
7.”
“Huh!
Alamakkk! wei nape ko tak kejut kan aku awal-awal huh? Macam mana ni, macam
mana ni?” kelam kabut dia capai tuala pergi ke bilik air. Temu duga yang bakal
dia hadiri hari ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Dah la jam pagi-pagi ni. Aduh
malang betul la.
Aireen pula
dah bertolak ke tempat kerja. Dia bekerja sebagai guru di sekolah rendah.
Sekali dengan dia-
dia lewat hari ni. Apa punya cikgu la…
***********************************************************
Qaira
meletakkan motor skuter Ego warna pinknya di tempat letak kenderaan di bangunan
S&N Holding. Jam di pergelangan tangan dilihat. Dah pukul 8:20 pagi. Errrkk
alamak mampus aku. Qaira pergi ke kaunter yang berada di lobi bangunan
tersebut. “ yer cik boleh saya bantu?” ramah gadis yang berada di kaunter itu
bertanya.
“ermm..saya
nak menghadiri temu duga sebagai sebagai setiausaha, boleh lagi ke?” Malu-malu
dia bercakap, yelarr diakan datang lambat.
“Oh temu
duga tu patutnya mula pukul lapan tadi. Tapi disebabkan CEO syarikat ada hal ia
ditangguhkan sampai pukul 8:30 ni, sempat lagi ni cik…”
“Qaira”
Alhamdulillah.. lega hati Qaira
“Ok Cik
Qaira boleh naik ke tingkat 4.” Ujar gadis itu tersenyum.
“Baiklah.
Terima kasih.” Qaira menuju ke lif. Apabila lif terbuka dia segera masuk dan
menekan butang 4. Sebelum lif tertutup ada tangan yang menghalang.
Seorang
lelaki memakai kot berwarna hitam tergesa-gesa masuk ke dalam lif. Qaira
melihat lelaki itu atas bawah. Ermm hemsem, sempat lagi nak gatal kau Qaira.
Mata hijau
macam sayur, tegap dan rambut lelaki itu berwarna keperang-perangan sedikit
terjuntai di dahi. Tapi Nampak kena je dengan muka lelaki tersebut yang nak
kata mat salih nampak ada melayu sikit, macam cina pun ya juga. Tiba-tiba dia
teringat mimpinya, macam ada sikit-sikit macam raksasa yang dia mimpi. Ishh
takkan lah.. ada pulak raksasa hodoh tu disamakan dengan lelaki smart tu, gila
kau Qaira.
Aireil menjeling
sekilas perempuan yang berada di sebelahnya itu. Dia perasan perempuan itu dari
tadi dok usha dia baik punya. ‘Apa punya pakaian la perempuan ni pakai, dia
pekerja syarikat ni ke? Tak pernah nampak pun, tapi dia tak pernah nampak pulak
pekerja selekeh macam ni. Dengan baju kurung lusuh dipakai dengan kasut sport
yang dah terkopek sana-sini, dengan tudung berkeredutnya.’
Qaira
terkejut bila lelaki itu menjeling dia. ‘Alamakk mesti dia nampak aku dok usha
dia. Apa lar aku ni bodoh sangat, mesti dia ingat aku gatal!.’ Qaira tunduk ke
bawah dengan muka membahang.
Ting! Pintu
lif terbuka. Qaira mengangkat mukanya, dia terkejut lelaki itu berada di depan
pintu lif melihatnya tersenyum sinis err lebih kepada mengejek sebenarnya dan
terus berlalu. Ohmaii dia rasa nak hempuk jer muka dia dekat dinding, biar dah
tak ada muka, tak payah la susah-susah dah nak sorok muka dia tu. Malu siot!
Qaira duduk
di kerusi yang disediakan di situ sementara menunggu gilirannya. Dia perasan
banyak mata-mata yang memandangnya pelik, bukan dia tak tahu sebab apa. Dia
perasan pakaiannya yang selekeh tahap gaban. Dia main sarung je tadi sebab dah
lambat, dia merenung kasutnya. Aduyai.. kenapa la dia boleh terpakai kasut ni,
malunya. Dia memang nak buang kasut sport yang banyak berjasa dekat dia tu,
tapi dia terlupa. Ape lar nasib dia hari ni.
“Cik Qaira
Hana, silakan masuk.” tersirap darah Qaira bila namanya dipanggil.
Dengan
bismillah, pintu bilik temuduga itu dibuka. Dia duduk di kerusi yang berada
ditengah-tengah. Ada 3 orang berada dihadapannya pada ketika itu. Yang paling
kiri kelihatan seorang perempuan yang bergaya, dengan make-up tebalnya dah
macam nak catwalk pulak. Mukanya serius.
Ditengah-tengah pula seorang lelaki yang agak
tenang mukanya.Dia senyum dan lelaki itu membalas senyumannya. Manis je muka
lelaki ni. Mungkin umurnya dalam 20-an
sebab nampak muda lagi. Qaira membuat pengiraan sendiri.
Dan yang
paling kanan, Ohmaiii! Lelaki tadi, ya Allah apa yang aku nak buat ni. Sinis
lelaki itu melihatnya. Malu Qaira tadi pun tak habis- habis lagi. Dah la lelaki
tu tayang muka kerek.
“ We all dekat sini bukan nak suruh u telek
muka we all sorang-sorang, now introduce yourselves!” Terkejut dan malu gila
bila dia ditegur oleh perempuan yang serius itu. Muka macam harimau jer, kerek
gila.
Qaira
melihat lelaki itu senyum mengejek kepadanya. Qaira menarik nafas panjang. “My
name is Qaira Hana…….
********************************************************
“Ishhh
geramnya aku! Tak guna punya jantan siap kau kalau aku jumpa kau kat luar! Dia
menghempas badannya di atas katil. Bekeriut bunyi katil tu nasib baik tak
patah. Hati dia makin sakit bila teringat apa yang terjadi tadi. Boleh pulak
lelaki mata sayur tu cakap
“Ada ke
mana-mana syarikat nak ambil pekerja yang tak serupa orang jadi setiausaha.”
Dengan kereknya lelaki mata sayur tu cakap.
Dia pun tak
tahu nama mereka yang menemuduga dia tadi sebab belum apa-apa lagi lelaki mata
sayur tu menyampuk sakitkan hati dia.
Dia bengang bila lelaki mata sayur tu menghina
dia. Dia bukannya tak pakai baju pun. Lepas tu boleh pulak perempuan kerek tu
terkekeh-tekeh gelakkan dia. Tak professional langsung!
Qaira
bengang lalu dia ambil resume dia yang ada di tangan perempuan itu dan ketuk
kepala lelaki mata sayur tu. Tukk!! bunyi yang terhasil agak kuat. “Aucch” Airiel
terjerit sedikit. Tak sangka perempuan itu berani bertindak macam ni, dia
tercengang.
Dah la fail resume Qaira jenis keras. Terkejut
semua orang yang ada di situ. Terngaga mulut perempuan harimau tu.. hehe baru
kau tau siapa aku kan! Lelaki yang ditengah itu menahan ketawa.
“Harap-harap lepas ni mata kau tu boleh
bertukar jadi mata orang bukan mata sayur!” Lepas je cakap macam tu Qaira terus
blah cepat-cepat. Takkan nak tunggu lagi kut. Dia pun takut-takut berani jer.. ahh
pedulikan janji dia puas!
“Ape?”
terjerit Aireen bila Qaira menceritakan hal itu kepadanya. “Ko ni dah gila ke?
Kalau dia saman ko macam mana ha?”
“ Aku pun
tak sangka la aku boleh buat macam tu, tangan dengan kaki aku bergerak sendiri.
Lagipun sayur tu hina aku taw tak!” Qaira pun takut jugak kalau apa yang Aireen
cakap tu betul. Buatnya kena saman mampus! Mana dia nak cekau duit.
“Hishh ko ni
cubalah control sikit marah tu, salah ko jugak pakai selekeh pergi temuduga,
tapi sayur tu pun tak patut hina ko macam tu sekali.” Dengan dia-dia sekali
panggil Aireil tu sayur.
“errmm betul
tu...dan ko patut sokong aku bukan sayur tu, kalau aku jumpa dia siap dia.”
“Dah-dah tak
payah nak siap sangat, aku rasa ko yang patut siap sedia kalau terjumpa dia
nanti.” Aireen
geleng kepala. Kawan dia ni memang lain macam sikit perangai.
“Errkk betul
jugak kan.” Takpe-takpe mesti takkan jumpa punya.. dia pun takut jugak
sebenarnya. ‘Mimpi aku pun dah warning awal-awal lagi.’
komen sikit :)
haha..best ! lucu tmudugs dea..hha
ReplyDeletehaaa...betul tu...best n kelakar... terhibur org bce..hehe..
ReplyDelete#n_n