Senyum dalam tangis -Bab 2


   Bulat mata Afiya memandang lelaki di hadapannya itu. Kepalanya terpaksa didongakkan sedikit kerana lelaki itu agak tinggi.
  “Hoii, aku tahu la aku handsome, tapi tak payah la tengok aku sampai nak terkeluar biji mata!” Terkejut bercampur malu Afiya apabila ditegur begitu. Cepat-cepat dia alihkan pandangan matanya.
  “Hei kau yang langgar aku sesedap rasa je ko nak marah aku kan!” Muka Afiya semakin memerah kerana marah.
  “Kau tu yang jalan macam nak terkencing, sampai langgar aku tak sedar ke huh, dah la malas aku nak layan budak bodoh macam kau ni!” Ujar Afif berlagak.
   Afif sendiri tak tahu kenapa dia marah sangat dengan budak perempuan ini. Mungkin sebab dia baru ditegur oleh guru disiplin sebab selalu ponteng sekolah. Nasib budak perempuan ni la jumpa aku time bad mood, ujarnya dalam hati.
Afia yang mendegar apa yang dikata Afif menjadi semakin marah. Baru sahaja dia ingin membuka mulut Afif sudah berlalu dari situ. Dia memandang Afif dengan muka yang berkerut-kerut.
  “Ya Allah sakitnya hati aku!” Cakapnya dengan geram. Dia berharap tidak akan berjumpa lagi dengan budak lelaki perasan bagus itu, tapi kalau jumpa siaplah kau! ‘Tapi kenapa aku tak pernah nampak dia kat sekolah ni ha?’
  ***********************************************************************************



   Nadhira Afia adalah salah seorang murid yang cemerlang di sekolahnya, Cuma kadang-kadang dia sering lambat ke sekolah. Itu pun sebab basikalnya sering buat hal.
   Manakala, Mohd Eshan Afif pula seorang pelajar yang sering ponteng sekolah tetapi yang peliknya sewaktu peperiksaan Afif sentiasa dapat menghadapi peperiksaan dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Cuma perangainya yang suka ponteng sekolah menjadi masalah. Afif juga berasal dari keluarga yang berada dan terkenal kerana terlibat dalam perniagaan barang kemas.

   Tepat pada pukul 2:30 petang Afiya habis waktu persekolahannya. Semasa dalam perjalanan pulang dia melihat sebuah kereta mewah menjemput Afif.
   “Patut la berlagak semacam jerr, rupanya anak orang kaya, manja!” Terkumat-kamit mulut Afiya mengata Afif.
   Tiba-tiba mata mereka bertembung, Afif tersenyum sinis melihat Afiya manakala Afiya memberikannya jelingan tajam.
   ‘Kurang ajar punya lelaki, boleh pulak dia senyum mengejek kat aku tahu lah dia tu naik kereta mewah!’ -Afia-
    ‘Kurang ajar punya perempuan berani dia jeling aku yang handsome ni. Perempuan lain sibuk nak usha-usha aku dia jeling-jeling pulak. Kalau juling memang padan la muka dia tu dengan basikal buruk dia’. -Afif-
    ‘Ish kenapa aku boleh nampak dia ni menyemak jer.’ Afia cepat-cepat mengayuh basikalnya.
    “Hahaha!” gelak Afif melihat Afia mengayuh basikal buruk itu dengan bersungguh-sungguh.
  Semasa berselisih dengan Afia Afif menyuruh Pak Mad aka pemandunya  mempelahankan kereta. Dia membuka tingkap. “Fuiyoo.. lajunya kayuh! Harap harap sampai rumah nanti jangan tinggal tayar sudah! Hahaha”.
Jerit Afif kuat. Kuat sampaikan Afia malu bila ada pelajar yang ketawakannya. ‘ Setan kau! Tahulah nasib kau nanti!’ ujar Afia penuh dendam.
**********************************************************************************
    “ Kau tahu tak Afia?” tanya Sakinah kawan sekelas Afia. “ Manala la aku tau kalau ko tak cakap.” Kata Sakinah tersengih-sengih. ‘Apahal la kawan aku sorang ni’. Pelik Afiah melihat rakannya itu.
     “Tadi aku ternampak angel dekat kelas Sains Ultra.. Ya Allah handsome giler.” Ujarnya gedik.
     “Tapikan Kinah aku rasa ko yang gilerr kot and one more thing, balak kesayangan ko tu nak campak mana?” sapa lagi kalau bukan Irwan budak kelas Perdagangan. Selalu jer berkepit.
   “Lorh nak campak buat ape. Fia, aku usha-usha jelar sekurang-kurangnya dapat la jugak cuci mata. Lagipun susah taw nak nampak dia.” Kata Sakinah bersungguh-sungguh.
    “ Kenapa pulak? Dia anak raja ke?” Ujar Afia antara mahu dan tak mahu. Dia malas nak layan Sakinah sebenarnya, terutama kalau pasal lelaki memang tak pernah habis. Pantang tengok lelaki handsomne!
    “Tak der la. Cuma dia tu jarang datang sekolah tapi result mantap beb! Cuma sejak akhir-akhir ni dia dah selalu datang sekolah mungkin sebab SPM dah nak dekat.” Ujarnya dengan semangat.
    Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikiran Afia, entah-entah… “Err sape nama dia?”
   “ Berminat jugak ko erk? Huhu.. nama dia Afif dan dia memang la tersangat handsome lagi kaya. Mungkin sebab tu kot dia tak dibuang sekolah walaupun selalu ponteng.”
   “Tak adil kan Kinah. Orang kaya boleh buat apa jer.” Afia dah agak itu lah lelaki yang tak puas hati dengannya itu. Dah la nama nak dekat sama. Huh! Menyemak jer.
   “Rasanya bukan sebab tu jer kot.. result dia gempak kot! Selalu dia dapat anugerah. Cuma dia tak pernah datang jer. Aku rasa dia ni low profile la Fia” Bela Sakinah. Patutla Afia tak pernah nampak dia masa hari anugerah dah memang tak pernah datang.
    Dah nak cair taik telinga Afia dengar Sakinah memuji-muji lelaki itu. Afif ni la Afif tu la. Tapi dia pelik macam mana si Sakinah ni tahu banyak hal pasal mamat poyo lagi berlagak dan kurang ajar tu. Nasib baik Cikgu Kamilah masuk kelas. Kalau tak mahu termuntah dia dengar Sakinah puji lelaki tu!
    Loceng berbunyi menunjukkan sudah habis waktu rehat. Afia yang masih berada di kantin cepat-cepat melajukan langkah menuju ke kelas. Dia mengambil jalan singkat yang agak tersorok untuk cepat sampai kerana kelasnya agak jauh. Tiba tiba bukk.. aduhh sakitnya..Afia jatuh terduduk. Eh, eh, sekejap, kejadian ni macam.. perlahan-lahan Afia mengangkat mukanya dan…

    
  

Senyum dalam tangis

   BAB 1

    "Alamakkk!!Aku dah lambat nie!" Tergopoh gopoh dia menuju ke kamar mandi.Jam sudah  menunjukkan hampir pukul 7 pagi. 'Habislah aku kena tahan dengan alien pencen nanti.' Bentaknya lagi di dalam hati.
     "Ha,baru bangun!Ingatkan tak sekolah tadi." Sergah ibunya dari dapur.
     "Mak ni nape tak kejut Afia?" Tanya Afia dengan nada tidak puas hati. "Aii salahkan orang pulak,dia yang lambat bangun." Ujar Azimah selamba.
     "Ye lar memang la orang lambat bangun,tapi tak boleh ke mak yang bangun awal ni kejutkan orang." Eii mak aku ni saja jer nak bagi aku ada masalah.
Woii Afia,yang kau marah mak kau tu wat pe?Dah memang kau yang salah kan bangun lambat. Ngomel Afia dengan hatinya sendiri.
Ye lar ye lar salah aku.
Azimah dari tadi hanya tersenyum melihat tingkah anaknya yang membebel dari tadi.Entah apa yang dibebel dia pun tak tau.
     "Dah dah dah,tak payah nak banyak bunyi lagi,cepat pergi sekolah dah pukul tujuh dah ni."
Sebenarnya Azimah bukannya sengaja tak mau kejutkan anaknya,tapi dari awal pagi lagi dia dah kejut. Cuma Afia jer yang tidor mati!
    "Hah!!Aku dah lambat ni.Ohh tidakk!!!"

Kelam kabut Afia mengambil basikalnya dan mengayuh laju ke sekolah.
Bunyi ketang ketung yang datang dari basikalnya yang dah uzur tidak dihiraukan, nak beli baru mana lar dia mampu kerana dia berasal dari keluarga yang miskin.Sejak bapak dia meninggal tiga tahun lepas,ibunya hanya meniaga nasi lemak dengan kuih jer dekat depan rumah. Dia terus mengayuh laju basikalnya.
'Akhirnya sempat jugak aku sampai.' Ujarnya dengan perasaan lega.

Dia dapat melihat  alien pencen aka cikgu Aziz (jahat betul gelaran yang diberi..hehe) memerhatikannya dari dalam pagar sekolah.
"Ehh.. aku lambat ker?" ujar Aliesha perlahan sambil ke tempat letak basikal yang disediakan.
"Hah Afia awal awak sampai!" Tegur cikgu Aziz semasa dia berjalan ingin ke perhimpunan.
'Hak alar cikgu ni bersyukur la aku ni datang sekolah daripada ada yang membuta kat rumah tu yang dia tak tahu,ni nak perli perli orang pulak.' Omel Afiaa dalam hati..

"Cikgu sebenarnye tadi rantai basikal saya jatuh,tu la yang lambat tu," hentam sajalah labu..janji aku lepas hehe.
"Semalam awak kata tayar pecah, sekarang rantai jatuh, esok agaknyer awak kata basikal awak pulak hilang." Ujar cikgu Aziz yang geram dengan perangai Afia yang sering datang lambat. Muka memang dah set untuk nampak garang gitu,biar budak ni takut.Kot la nak takut makin menjadi-jadi lagi ada larr si Afia ni.
"Alar cikgu dah bende nak jadi nak wat cam ne kan," sambil buat muka kesian.. 'Ishh alien pencen ni bila lar nak pencen,wat menyemak akal fikiran jer!' Cakapnya dalam hati.
"Saya janji ni kali terhakhir saya datang lambat. Ujar Afia dengan muka sengaja disayukan. Menagih simpati.

"Okay ni last warning saya bagi kat awak. Lepas ni kalau awak lambat lagi saya akan hukum awak,faham!?" Tegas nada suara cikgu Aziz.
"Faham cikgu," ujar Afia lemah.
Afia melangkah longlai menyusuri koridor untuk ke kelasnya. Tiba-tiba
"Opocot mak kau!" Aduh bende ape yang hempap aku ni?
"Oitt buta ker ?" Kedengaran keras suara orang menengkingnya.
Amboi bukan main lagi kau sound aku.Nak kena mamat ni! Afia berpaling ke belakang.
Sesaat, dua saat, tiga saat..Dia terkesima dengan apa yang dia lihat.
Gulp!! Hensemnyerr....hehehe...

Please komen.. :)