Hari itu,
pagi-pagi lagi Eryana sudah terpacak di hadapan pejabat Airiel. Eryana yang
memakai baju kemeja dan skirt pendek paras lutut itu sangat lah dapat menarik
sesiapa sahaja yang memandangnya.
“Eh baby,
mimpi apa u datang sini?” Tanya Airiel yang pelik melihat Eryana di mncul di
pejabatnya. “I rindu u sayang..dah dua hari kita tak jumpa kan?” Eryana duduk
diatas meja di hadapan Airiel, kedudukan mereka begitu rapat menghadap satu
sama lain.
“I pun rindu
u sayang..erm tapi lepas ni I ada meeting, so.. I tak boleh nak layan u.”
mereka berpegangan tangan. “Tak apa lah sayang, I faham..lagi pun salah I jugak
datang tak bagi tahu u dulu.”
“Malam ni I
jemput u ok, kita pergi tempat biasa.” Airiel membelai rambut Eryana yang
panjang paras lengan itu. “Malam ni tak boleh lah sayang..i ada kerja..maybe
tomorrow?”
“Hurm bila I
busy u free, bila u free I busy. Susahlah macam ni baby.”
“nak buat
macam mana sayang, kerja I memang macam ni..siang malam tak tentu. U tahu
cita-cita I kan? I nak jadi model paling berjaya, bukan dekat Malaysia je taw..luar
negara pun sama.” Terpancar kegembiraan di muka Eryana ketika itu.
“Ia baby, I
tahu..dan I yakin suatu hari nanti nama u pasti gah di pentas dunia.” Airiel
memegang tangan Eryana. Muka mereka semakin rapat sebelum bibir mereka bertaut.
“Err.. maaf,
saya dah ketuk pintu tadi.” Ujar suraya gagap, dia sudah mengetuk pintu tadi.
Tidak sangka pulak dapat melihat wayang percuma.
“u ni tak
ada otak eh? Main redah je!” marah Eryana.
“Ada apa
suraya sampai u tak boleh nak tunggu sekejap lagi?” setiausahanya itu sudah
diberitahu apabila Eryana datang ke pejabatnya, dia tidak boleh diganggu.
“Maaf
bos..tapi ni penting, mama bos datang dan dia nak jumpa bos sekarang!” terang
Suraya. Dia sendiri tidak tahu mahu jawab apa kepada Datin Sarah Jaqlien yang
ingin bertemu Airiel itu, untung lah akalnya datang dengan memberitahu Airiel sedang
berbincang bersama clien sekarang. Kalaulah Datin Sarah Jaqlien melihat keadaan
Airiel ketika ini, mahu dia kena sekali.
“What?
Kenapa u tak cakap awal-awal?” Airiel panik. Sebenarnya Datin Sarah Jaqlien
tidak suka akan hubungannya dengan Eryana. “Apa kita nak buat ni sayang?” Tanya
Eryana dengan muka gelisah. Kalau mama Airiel bertemu dengannya pasti dia
disindir dan diperli, memang dia tidak suka.
“owh.. ni la
dikatakan meeting dengan clien? Dah pandai menipu Airiel dengan mama sekarang
kan? Mesti Airiel yang Suruh suraya cover line untuk Airiel!” Datin Sarah
Jaqlien masuk dengan muka tengang. Bukan main benci lagi dia melihat wajah
Eryana di sisi anaknya itu, si pisau cukur.
“Mama sabar
dulu mama..jangan lah bising dekat sini, malu pekerja Airiel dengar nanti.”
“Malu
pekerja Airiel dengar, tapi tak malu tipu mama sebab perempuan plastik ni!?”
Suara Datin sarah Jaqlien naik satu oktaf.
“U balik
dulu ok?” Airiel menyuruh Eryana berlalu dari situ sebelum hal yang lebih buruk
terjadi.
“huh! Bela
lagi perempuan murahan ni..entah apa yang dia dah bagi dekat Airiel mama pun
tak tahu!” Marah Datin Sarah Jaqlien lagi.
“Enough
mama..jum kita discuss benda ni dekat rumah ok?” Airiel menarik mamanya keluar
dari pejabatnya. Dia tahu kalau mamanya masih di situ mahu satu pejabat kecoh
dengan hal ini, dan mamanya tak kan berhenti selagi belum puas.
*******
“mama boleh
tak jangan cakap bukan-bukan pasal Eryana? Dia tu girlfriend Airiel mama!”
Airiel meraup mukanya.
“mama tak
suka dia! Dari dulu lagi mama dah cakap dengan Airiel mama tak suka dia..Airiel
tak Nampak ke cara hidup dia? Social Airiel! berpeluk dengan lelaki sana sini!”
marah Datin Saraah Jaqlien kepada anaknya. Entah kenapa Airiel susah betul
ingin menurut kemahuannya.
“dan apa beza kehidupan dia dengan hidup kita
mama? Hidup Airiel, hidup mama, hidup dady? Jangan cakap seolah-olah kita ni
tak social mama! Kalau tak, tak adalah mama dekat sini dady dekat Australia!”
Suara Airiel lantang membalas.
“Jangan nak
kurang ajar dengan mama Airiel! ingat sikit dengan siapa Airiel bercakap,
memang salah mama tak bagi didikan agama yang betul dekat Airiel. Tapi Airiel
dah dewasa sayang, dah boleh fikir mana baik dan yang mana buruk.” Sayu suara
Datin Jaqlien.
“Eryana itu
lah yang terbaik untuk Airiel mama.” Airiel berlalu meniggalkan mamanya di ruang
tamu rumah yang tersergam indah itu.
Datin Sarah
Jaqlien terduduk di atas karpet di ruang tamu itu..dia berasa sudah tidak
berdaya lagi. Teringat kata-kata Airiel tentang suaminya, Datuk Saifuddin.
Airiel
kembali semula ke pejabatnya. “Suraya, suruh Qaira buat air untuk i.” tanpa
senyuman Airiel berkata. “bos hari ni Qaira cuti..bos tak ingat?”
“oh I lupa,
u je lah yang buatkan.” Airiel berlalu sebelum sempat Suraya menjawab.
“Angin ribut
mana yang dah melanda bos aku ni? Seram nihh.” Katanya Suraya sambil mul;a
melangkah ke pantry. “Cepatlah kau sembuh Qaira, kalau tak asik aku je yang
kena buat air..dah lah cerewet.”
“Ni bos,”
Suraya meletakkan air di atas meja Airiel. Airiel mengangguk sedikit dan Suraya
mengorak langkah keluar dari bilik Airiel. ‘harap-harap dia tak complain’ bisik
hati Suraya.
Airiel
menyisip sedikit air Nescafe tersebut, hurm.. tak sedap! Dia rindu air buatan
Qaira. Tapi tak apa, esok Qaira akan masuk kerja dan dapatlah dia minum air
buatan tangan Qaira itu.
Entah kenapa
dia boleh ketagih dengan air buatan Qaira itu, sedangkan dulu dial ah yang
paling membenci Qaira.
“kenapa lah
aku teringat dekat minah serabut tu? Haishh!” Airiel meraup-raup mukanya.
Pening kepalanya tentang apa yang terjadi sebentar tadi, rasa bersalah terhadap
mamanya juga mula terbit di hati.
Tapi
baginya, apa yang ditutur kepada mamanya sebentar tadi benar belaka. Memang
begitu cara hidup mereka, dan kenapa mamanya tiba-tiba berubah sejak dia
bertemu Eryana.
Dia sedar
mamanya yang dulu tidak pernah mencium sejadah mula ke surau dan ke masjid,
mempelajari ilmu agama mungkin. Mamanya ada juga mengajaknya pergi, tetapi dia
tolak..untuk apa ke masjid? Soal hatinya. Pergi atau tidak, tidak akan megubah
apa-apa.