Akankah bersama.. Bab 1, 2, 3



Bab 1

Zoomm!! Bunyi kereta BMW hitam yang sedang memecut laju. Pemandunya sama sekali tidak menghiraukan kenderaan-kenderaan yang lain. Bak kata orang, dia buat jalan itu macam bapa dia yang punya.

Creett! Ok selamat parking! Fuhh! Tengku Darwiis lega. Cepat-cepat dia berlari ke dewan kuliah, dengan harapan lecturer Aswad yang kuat membebel tu belum masuk ke dewan kuliah tersebut.

Dengan penuh debaran Tengku Darwiis memulas tombol pintu tersebut, ‘Ok dia belum datang,’ monolog Tengku Darwiis. Hampir saja dia dia melompat keriangan di situ. Adoii.. cover Darwiis, cover!

Dengan penuh yakin Tengku Darwiis berjalan masuk ke dewan kuliah itu. Dia memilih tempat duduk yang paling belakang. Tak ramai orang senang la dia nak landing nanti. Haha.




Pelajar perempuan di dalam dewan kuliah tersebut jatuh rahang. Tercampak pen dan yang paling best ada yang hampir meleleh air liur sebab terlalu asyik merenung ketampanan Tengku Darwiis.

Cuma seorang saja yang tidak memperdulikan semua itu. Seorang gadis yang tekun merenung notanya dari tadi. Seorang gadis yang tidak ada langsung masa untuk melihat keindahan dunia.

“Hai Darwiis.” Seorang gadis yang berpakaian seolah-olah ingin membuat konsert menyapa Tengku Darwiis sebaik sahaja kelas tamat.

“Hai baby, u look nice today.” Sahut TD sambil mengenyit matanya. Jatuh rahang gadis itu, Matanya bersinar-sinar melihat Darwiis. Dia..dia.. panggil aku baby! Ohhemmgeee.

“Ok lah baby, I kena pergi dulu.” Ucap Tengku Darwiis dengan senyuman menggoda. 



‘Dasar perempuan! Sehari tak menyemak depan mata aku tak boleh ke? Semua perempuan sama je, harapkan pujian. Stupid!’ Bebel Tengku Darwiis sambil ke keretanya.

Dia tidak suka perempuan-perempuan dekat dengannya, dia juga bukanlah gay. Tapi.. seolah-olah ada satu kepuasan bila dia mempermainkan perasaan perempuan-perempuan yang tergedik-gedik datang kepadanya. Baginya mereka semua bodoh! Percaya apa yang dia cakap, senyum sikit dah cair. Dasar perempuan!

Semasa ingin megeluarkan keretanya dari petak parking, Tengku Darwiis tidak perasan bahawa ada makhluk lain di belakang keretanya. Arghh! kedengaran suara wanita menjerit. Creett!! TD cepat-cepat membrek keretanya.

“Awak tak apa-apa?” Tanya Tengku Darwiis panik bila melihat seorang wanita terjelepuk di belakang keretanya. Dia bertinggung di hadapan wanita itu.

“Ok ke? Ada sakit dekat mana-mana?” Tanya Tengku Darwiis lagi bila melihat perempuan itu hanya mendiamkan diri. Mungkin terkejut.

“Sa, saya tak apa-apa. Maaf.” Kelam kabut wanita itu ingin bangun. Tetapi wajahnya masih sahaja menunduk.

“Saya yang salah, saya tak tengok betul-betul tadi.” Tengku Darwiis ikut bangun. Dia pelik dengan wanita di hadapannya itu. Dia cuba melihat wajah wanita itu namun tidak jelas kerana dari tadi asyik menunduk dan tudung wanita itu agak ke depan.

“Jom saya bawa pergi klinik,” sambungnya lagi bila perasan tapak tangan wanita itu luka.

“Tak, tak payah. Saya tak apa-apa, terima kasih.” Ujar wanita itu sebelum tergesa-gesa berlalu, dan masih tidak mendongak. Pelik, selalunya pelajar perempuan dekat sini sibuk nak tengok muka Tengku Darwiis.

Tengku Darwiis masuk ke dalam keretanya. Dia memulakan pemanduan sambil fikirannya masih memikirkan tentang wanita tersebut.

Erkk! Yang tadi tu manusiakan? bukan hantu. Aduii seram pulak aku. Tapi, tak pernah pulak student lain cerita pernah jumpa hantu ke apa. So Darwiis, dia manusia.. memang manusia! Tengku Darwiis meraup-raup rambutnya yang dah serupa orang baru bangun tidur. Agak-agak kalau peminat dia tengok suka lagi tak? Hehe.


Bab 2

“Nanti lepas Efan serahkan cek tu pada pengetua, Efan pergi melawat pakcik Samad.” Dato Asyraf berkata sambil matanya tidak lari dari surat khabar yang dibaca.

“Pakcik Samad mana pulak ni Ayah? Buat apa?” Soal Irfan Hakim pelik. Aduii.. dah lah kena pergi sekolah tu, kena pergi pula rumah pakcik Samad mana pulak ni. Malas betul lah!

“Kawan lama ayah dulu.. kamu pergi melawat dia tanya khabar.”

“Kalau kawan ayah, ayah la pergi..kenapa Efan pulak yang kena pergi?” Berkerut muka Irfan Hakim tanda protes.

“Dah kamu alang-alang pergi kawasan tu, singgah la. Sampaikan salam ayah.” Kali ini nada Dato Asyraf kedengaran agak serius.

“Hurm, ye lah ayah.” Irfan Hakim berlalu ke kamarnya.

“Aduii.. menyusahkan betullah!” Rungut Irfan Hakim apabila tiba di kamarnya. Tubuhnya dihempas ke katil. Iphone 5 di meja kecil sebelah katilnya itu dicapai. Tangannya sibuk mencari nama seseorang. Emy. Ok, jumpa! Butang call ditekan apabila nama tersebut dijumpai.

“Hello..” Jawab satu suara perempuan yang manja lagi menggoda.

“Hello sayang, sorry esok kita kena cancel date kita.” Ujarnya apabila paggilannya dijawab.

“What?! Bi.. u dah janji dengan I kan, yang kita nak pergi genting esok!” Suara yang manja tadinya bertukar menjadi kasar.

“Emy.. my dad suruh I serahkan cek dekat satu sekolah ni esok ok. U tahulah kan.. I mana boleh bantah cakap dia.” Irfan Hakim memujuk.

“Your dad tu memang! Macam lah I tak tahu yang dia tu tak suka I. sibuk nak jodohkan u dengan orang lain.” Emy menyindir.

“Emy, yang U kutuk ni ayah I tahu tak? Cubalah u sabar sikit.. at least sampai kita menikah. Then, kita akan pergi jauh dari sini.” Lembut suara Irfan memujuk. Dia sudah penat asyik bertengkar dengan Emy.

“U nak pergi jauh dari sini? U ingat I ni bodoh ke? U takkan tinggalkan harta ayah u tu macam tu je kan?” Emy membidas bagaikan peluru berpandu.

“ U boleh stop tak?! U memang tak pernah percayakan I! Dah lah, I dah malas nak cakap pasal benda ni.” Talian dimatikan. Iphone 5 itu dibaling keatas meja. Panas hatinya usah cakap. Setiap kali ada saja perkara yang digaduhkan bersama Emy.

************************

Hampir jam 12 tengah hari barulah dia tiba di sekolah yang terletak di Johor itu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke sekolah itu benar-benar membuat badannya lenguh dan sengal. Kereta Toyata Vios yang berwarna silver itu diparkir di dalam kawasan sekolah.

“Ini bilik pengetua, silakan masuk.” Kata seorang guru perempuan di situ kepadanya setelah dia memberitahu tujuannya datang ke sekolah itu. Irfan Hakim tersenyum lalu masuk kedalam bilik tersebut.

“Assalammualaikum.” Tegur Irfan Hakim kepada seorang lelaki di bilik itu.

Lelaki itu bangun, mereka bersalaman. “Waalaikummussalam, jadi ini Encik Irfan Hakim anak Dato Asyraf yer? Segak orangnya, silakan duduk.”

“Ye saya, saya datang ni nak menyerahkan cek bagi pihak ayah saya.” Irfan Hakim senyum. Wajahnya memang kelihatan comel apabila dia tersenyum.



“Saya mewakili semua pihak di sekolah ini ingin terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Kami memang sangat memerlukan dana bagi membina tempat khusus untuk murid-murid istimewa di sini. Sekarang ini, tak ramai yang prihatin tentang nasib OKU.” Ujar pengetua yang sudah separuh abad itu. Terpancar diwajahnya karisma seorang guru yang berwibawa.

“Sama-sama cikgu. Ada rezeki lebih sedikit, dikongsi apa lah salahnya kan?” ‘Lagipun apalah sangat setakat 30 ribu tu.’ Sambungnya di dalam hati, kerek.

“Kalaulah di dunia ada ramai orang macam Encik Irfan ni pasti nasib orang yang tidak berkemampuan akan lebih terbela.” Puji pengetua yang bernama Hashim itu.

Irfan Hakim hanya tersenyum. ‘Bukan duit aku pon, duit ayah aku.’ Ngomelnya di dalam hati.

“Cikgu saya minta diri dulu lah yer. Masih ada urusan yang harus di selesaikan selepas ini.” Irfan meminta diri. Tak sanggup berlama-lama di situ, kembang dirinya dipuji. Walhal, pujian itu bukan untuknya pun.

“Yalah Encik Irfan. Saya faham anak muda yang berjaya macam Encik Irfan ni memang banyak urusan.” Puji pengetua itu lagi.

‘Alahai manisnya mulut, mesti sebab aku bagi sumbangan, Kalau tak..jagan harap.” Kutuk Irfan Hakim didalam hati. Riak wajahnya masih dikawal. Serupa angel saja. Mereka bersalaman sebelum Irfan Hakim keluar dari bilik pengetua itu.

Dia melalui jalan belakang blok kelas untuk ke tempat parkir keretanya. Jalan belakang blok itu agak sunyi, mungkin kerana berhampiran dengan hutan.

Bukk!! Irfan Hakim tersungkur kehadapan. Sikit lagi wajahnya ingin mencium lantai. ‘Aduii.. binatang apa yang langgar aku ni!’ Rungutnya sambil susah payah untuk bangun.

Apabila kepalanya diangkat, dia melihat seorang budak sekolah perempuan lari bagaikan lipas kudung di hadapannya. Budak sekolah itu masuk ke dalam semak dan ghaib serta merta.

“Wah.. hebat kau ye budak. Aku jumpa siap kau! Sampai koyak seluar aku ni.” Irfan Hakim menggosok-gosok lututnya yang pedih dan sedikit berdarah. Koyak sedikit seluarnya di situ.



Apabila dia ingin melangkah, dia melihat sesuatu yang berwarna pink di atas lantai. Dia mengutip benda tersebut. Ternyata itu adalah purse, mungkin tercicir dari pelajar tadi.

Purse tersebut buka. Ada dua keping not sepuluh ringgit, tiga keping not seringgit dan beberapa duit syiling. Owh, ada IC jugak. Haha.. nasiblah kau budak, orang suruh sekolah kau ponteng.

Dia membawa purse tersebut. Niat dihati ingin membalas dendam. Biar padan dengan muka budak tu mencari nanti. Terhenjut-henjut dia berjalan ke kereta. Dia menampal plaster pada lututnya sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

Irfan Hakim meneruskan perjalanan ke rumah Pak Samad rakan ayahnya itu. Ikutkan hati, mahu saja dia terus pulang ke rumah. Tapi apa boleh buat, arahan ayahnya wajib dituruti. Kalau tidak, memang satu sen pun dia tidak akan dapat.

Bab 3
“Saya suka awak.” Bagaikan angin suara gadis itu melintas di telinganya. Faris Danial pura-pura tidak dengar. Wajahnya tidak lepas dari merenung buku di hadapnnya.



“Awak dengar tak yang saya cakap saya suka awak!!” Perempuan itu menjerit. Faris Danial terkejut. Satu pusat sumber itu terkejut sebenarnya.

“Miss, awak tahu tak awak berada di mana sekarang?” Faris Danial mengawal suaranya yang agak sedikit keras. Malu yang dirasa usah cakap bila menjadi perhatian semua para pelajar di situ.

“Saya cakap baik-baik awak buat bodoh jer. So, saya ingat awak tak dengar. Jadi saya jeritlah.” Elfarisa buat muka tak bersalah.

Faris Danial mengemas barang-barangnya di atas meja itu. Dia bangun ingin berlalu.



“Eh eh, awak nak pergi mana? Saya tak habis cakap lagilah.” Elfarisa bangun menghalang jalan Faris Danial.

“Awak nak cakap awak suka saya kan?” Soal Faris Danial. Elfarisa mengangguk.

“Awak dah cakap tadi kan?” lagi Faris Danial menyoal. Elfarisa angguk lagi bagaikan burung belatuk.

“So?” Faris Danial mengangkat kening. 

Belum sempat Elfarisa ingin membuka mulut, Faris Danial sudah berlalu dari situ.

‘Dasar lelaki sombong! Kau tengoklah berapa lama lagi kau boleh lari. Ni Elfarisa lah! Tak pernah lagi lelaki tolak aku tahu tak!’ Dia memarahi Faris Danial di dalam hati. Yelah, takkan nak jerit di dalam pusat sumber tu. Tak pasal-pasal dia yang kena nanti.

Faris Danial memecut ninja merahnya keluar dari university tersebut. Bengkak hatinya dengan kejadian tadi. Dia memasuki perkarangan banglo tiga tingkat. Ninjanya di parkir di tempat yang disediakan. Kaki laju di atur untuk ke biliknya.

“Nial.. sini sayang.” Panggil mumynya yang berada di ruang tamu dengan beberapa rakannya.

‘Aduh.. ni yang aku malas ni.’ Omel Faris Danial. Dia membuat isyarat mata ‘tak nak’ kepada mumynya itu. Namun, terpaksa juga dia melangkah apabila mumynya sudah menjengilkan mata.

“Datin datin semua, kenalkan.. Ni anak I, Faris Danial.” Faris Daniel senyum paksa. Dia merasa rimas. Kejap lagi, mesti ada yang nak jodohkan dia dengan siapa-siapa.



“Hensem yer anak u ni Ju, bolehlah dipadankan dengan anak I.” Hurm.. tengok! Cliché kan? Macam babak dalam novel dan filem. Tapi ketahuilah, ini kejadian nyata yang dialami oleh Faris Daniel.

“Er.. saya minta diri ke bilik dulu lah yer. Penat sangat baru balik kuliah tadi.” Ujar Faris Danial. Mumynya yang menyinga di sebelah tidak dipedulikan. Cepat-cepat dia berlalu dari situ.

“Fuhh, lega!” Jerit Faris Danial sebaik sahaja pintu biliknya di tutup. Tubuhnya di hempas ke katil. Matanya dipejam, lega rasanya dapat melepaskan lelah.

“Sayang…” satu suara seakan berbisik.


Faris Danial membuka matanya apabila mendengar suara itu. Matanya menerewang di sekeliling bilik untuk mencari punca suara tersebut. Namun, tidak ada apa-apa. Dia meraup wajahnya dan beristigfar panjang. Dia kemudian menuju ke kamar mandi untuk mengangkat wuduk.

*************

“Niel kenapa pergi macam tu je tadi? Mumy tak suka Nial tak hormat kawan-kawan mumy.” Sembur Datin Juliana di meja makan itu.

“My.. Nial dah cakap Nial penat kan.” Jawab Faris Danial acuh tak acuh.

“Banyak mana la sangat penat Nial tu setakat ulang alik pergi kelas je. Ingat mumy tak penat ke? Tapi demi Nial mumy kuatkan jugak tahu tak? Tak boleh ke Nial berkorban sikit demi mumy?” Bebel Datin Juliana.

“Yelah mumy.. Nial tak buat dah.” Faris Danial tidak mahu memanjangkan hal ini. Mumynya harus didiamkan.

Mereka menjamah makanan tanpa ada sepatah pun yang keluar dari mulut masing-masing. Hubungan mereka anak beranak memang tidak rapat.

Datin Juliana terpakasa menguruskan syarikat keluarga mereka selepas suaminya Dato Amar meninggal dunia. Ketika itu Faris Danial baru berusia 15 tahun . Disebabkan itu, mereka jarang menghabiskan masa bersama.

“Sayang..”

Faris Danial tersentak. Dia memandang mumynya yang sedang menjamah makanan.

“Mumy dengar?” Soal Faris Danial pada mumynya.

“Dengar apa Nial?” Dahi Datin Juliana berkerut.

“Er.. Tak ada apa-apa mumy.”

“Nial betul-betul penat ke sayang? Sakit ke?” Datin Juliana risau, menyesal pula kerana memarahi anaknya itu tadi.

“Takde mumy.. Nial ok.” Faris Danial ukir senyum. Terselah lesung pipitnya.

Sejak akhir-akhir ini dia selalu mendengar suara tersebut. Suara yang memanggilnya sayang. Tapi entahlah, mungkin dia benar-benar penat sehingga berhalusinasi sendiri. Dia beristgfar di dalam hati.

-Pecah kaca pecah simen, lepas baca harap komen :)

Mr. Mata Sayur bab 13 dan 14

BAB 13
Walaupun pening tapi Airiel gagahkan juga untuk masuk kerja. Kepala yang memberat disebabkan terlalu banyak minum pada malam tadi ditahan sehabis mungkin. Dia merebahkan diri diatas sofa di pejabatnya itu.

Tuk! Tuk! Tuk! “Masuk,” jawabnya lemah.

“Er.. bos tak sihat ke?” Tanya Suraya bila melihat bosnya itu memicit-micit kepalanya.

“I nak u cancel semua meeting hari ni, I tak sihat. U bawak semua dokumen yang perlu I tandangan dan I tak mahu diganggu.”

“Baik bos.” Suraya keluar dan kembali semula dengan beberapa folder di tangan. Dia meletakannya di atas meja Airiel.

“Mana Qaira?! Nak bagi I mati haus dulu ke? Baru dia nak bawa air?!” Suara Airiel bagaikan burung garuda mengamuk itu mengejutkan Suraya. Terangkat kedua-dua bahunya.

“Er.. nanti saya bagi tahu Qaira, bos.. saya mintak diri dulu.” Tergesa-gesa Suraya keluar dari situ. Fuhh! perasaan lega bila pintu ditutup. Dia mengusap perutnya, kesian baby mama..terkejut ye.. huhu.

“Kenapa ni kak su?” soal Qaira dengan mug ditangan.

“Oh mak kau! Ish kamu ni Qaira, terkejut akak.. tu..angin mohsun menyerang di pagi hari.”
Pahamlah Qaira angin si mata sayur tu berangin pagi tu..Adehh..ni mesti ada je tak kena nanti.

Dengan ucapan bismillah pintu dibuka. Eh mana dia? Matanya melilau di bilik itu sebelum terpandang tubuh Airiel yang terbaring di sofa tersebut.

“Bos..” panggilnya perlahan..silap-silap karang melayang dia.

“Baru tahu nak hantar ke? Lembab betullah! Lembu bunting pun lagi cepat tahu tak?!” Tengking Airiel.
Amboi..  sedap jer die samakan aku dengan lembu bunting, rasa nak dilempang mulut mata sayur itu.

“Kalau lembu bunting tu lagi cepat..bos suruh la dia yang buat air.. owh lupa, dia memang dah ada air susu..hehehe” gelak Qaira bila membayangkan bosnya meminum susu lembu tersebut. Hahaha.

“Argh!” dia terjerit sebelum Airiel menutup mulutnya. Airiel merentap tangannya sehingga dia jatuh terduduk di pinggang Airiel yang sedang berbaring itu. Tangan kirinya memegang pinggang Qaira dan sebelah lagi tangannya menekup mulut Qaira.  Qaira mencuba untuk bangun tapi tangan Airiel kuat memegang pinggangnya.

“Dari I minum susu lembu baik i..” Airiel menarik tubuh Qaira dekat ke tubuhnya. Peluh merenik di dahi Qaira, dia meronta tapi Airiel kuat memegangnya. Kini wajah mereka terlalu hampir, Airiel merenung tajam mata Qaira.

“Baik minum air yang pekerja I buat! Buat apa I bayar U kalau I nak minum air susu lembu!” dia melepaskan Qaira. Qaira cepat-cepat bangun.

“Bos dah gila ke huh?!” marah Qaira merah padam mukanya.

“Ya memang I gila! I gila sebab u tahu tak?!” Airiel duduk.

“Bos jangan nak babitkan saya pulak! Entah kena sampuk dengan jin mana malam tadi!” suara Qaira juga naik.

Airiel bangun merapati Qaira, Qaira berganjak sedikit ke belakang. Matanya redup melihat Qaira dan.. 

“Marry me Qaira?” perlahan suaranya.

Huh! Apakah? Qaira terpana seketika sebelum..

Gedebuk! Airiel rebah.

“Eh bos!” Qaira panik.  “Bos ok? bangun bos.” Dia menarik lengan Airiel, cuba membantunya untuk bangun. Nasiblah Airiel tidak pitam terus.

I pening..” lemah suara Airiel.

Airiel bangun dengan bantuan Qaira, Qaira memimpinnya ke sofa. “Ambil painkiller dalam laci meja I,” Arah Airiel.

Qaira cepat-cepat mengambil painkiller itu dan diberi kepada Airiel. Airiel menelan ubat tersebut lalu baring memejamkan mata.

Qaira serba salah meninggalkan Airiel yang kelihatan sakit, wajahnya pucat. Qaira meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Airiel. Panas! Qaira  mengambil sapu tangan lalu dibasahkan. Dia meletakkan di atas dahi Airiel sebelum keluar dari bilik tersebut.
*****
“U serius ke dengan Eans?”  Tangannya membelai rambut Eryana yang lentok dibahunya. Mereka duduk di sofa di sebuah rumah.

“Mestilah I serius.. u ingat selama ni I buang masa dengan dia buat apa? bodohlah kalau I tinggalkan Eans.” Manja suaranya menjawab, lelaki disebelah dipeluk erat.

“U tak takut dia tahu I dengan u? hm?”

“Dia takkan tahu kalau u tak bagi tahu.. lagi pun, dia dah cinta mati dengan  I. Boleh mereng Eans kalau I tinggalkan dia.” Yakin suaranya menuturkan kata-kata tersebut.

“Dan.. u tahu I sayangkan u kan? Hanya u yang boleh bahagiakan i..” sambung Eryana lagi.

“Dengan dia u tak bahagia?” terjungkit sedikit kening lelaki itu.

“Bahagia juga.. Cuma, bahagianya berbeza bila I bersama u.” Senyuman dibibirnya menggoda.


“U memang perempuan ular, ular berbisa yang I paling sayang.” Mereka berpelukan, tenggelam dalam arus dosa.
*************************************
Bab 14
Airiel terjaga dari lenanya, kepalanya terasa lebih ringan. Tangannya memegang dahi bila dia merasakan ada sesuatu bertepek. Dia mengengam sapu tangan berwarna pink. Tanpa sedar bibirnya mengukirkan senyuman. “Qaira..” seakan berbisik nadanya.

Qaira mengelengkan kepalanya beberapa kali, aku salah dengar.. ye! Aku salah dengar. Tak kan la mamat mata sayur tu ajak aku kahwin pulak? Kalau yer pon, mesti otak dia dah mereng sebab panas sangat, sampai aku pon nampak macam Yana.

“Qaira bos suruh buat air,” Ujar Su yang tiba-tiba muncul dibelakangnya.

“Oh mak kau meletup!” Opss.. cepat-cepat Qaira menutup mulutnya. Dia memandang kiri kanan, mujur tak ada orang.

“Akak ni terkejut Qaira,” die menepuk perlahan bahu Suraya.

“Qaira la, berangan tak habis-habis akak datang pun tak perasan. Dah  cepat buat, nanti ribut susah…akak dah la tak bawak payung hehehe..” Mereka berdua ketawa, sekali-sekala kutuk apa salahnya kan? Ngee..

Qaira meletakkan mug di atas meja Airiel. Yang dia ni dah kenapa duk renung aku? monolog hati Qaira bila melihat bosnya asyik memandangnya.

“Err.. bos dah ok?” soal Qaira memecah suasana sunyi.

“Ehem..” Airiel berdehem, “Ok sikit.”

“U yang letak tuala atas dahi I?

“Aah bos, sebab dahi bos panas sangat,” kang mati pulak. Sambungnya cuma dalam hati.

“Terima kasih.” Perlahan ayat itu keluar dari mulut Airiel.

Huh! Mulut Qaira ternganga sedikit, dia ucap terima kasih? Aku mimpi ke apa? Belum sihat lagi kot dia ni. Dia membuat muka pelik.

“Yang u buat muka macam tu kenapa?” Tahulah aku tak pernah cakap baik-baik. Sedar diri juga rupanya, si Airiel ni.

“Err.. tak ada apa-apa, saya keluar dulu la yer.” Tergopoh-gopoh Qaira keluar.
********

“Macam mana kerja dekat situ? Ok?” Aireen duduk di sebelah Qaira di sofa ruang tamu rumah itu.

“Ok jugak lah..dia dah tak kacau aku sangat.” Jawab Qaira sambil matanya memandang kaca tv.

“Kau tak terpikat ke? Hensem kot..hahaha.” Qaira menjeling Aireen sebelum melempar kusyen kecil ke muka Aireen.

“Uishh, apa baling-baling ni?” Soal Aireen.

“Kau jangan dok sebut perkataan keramat tu..gedik aku dengar.” Qaira mencebir.

“Hek eleh poyo je kau..jadi betul-betul padan muka.”

“Minta simpang lah kalau benda tu jadi.. rela  mati aku, hahaha.”

“Kau jangan cakap besar Qaira..siap mati-mati lagi ni, jadi betul-betul mahu sewel kau.”

“Eh kau ni nak menyewelkan aku pulak.. he not my taste ok.” Qaira bersungguh-sungguh.

“Ahad ni teman aku shopping nak?”

“Shopping apa? Bukan semua dah beli ke?” Apa lagi yang belum di beli Aireen ni ntah? Rasanya semua dah disiapkan untuk perkahwinannya nanti.

“Alaa Qaira.. kita tengok-tengok jela apa lagi yang patut, lagi pon aku nak spent time dengan kau sebelum aku menikah. Lepas ni bila lah kita nak jalan sama-sama lagi kan..”

“Kau jangan la buat ayat touching malam-malam ni.. nanti kau nangis, aku nangis banjir rumah kita macam mana?” Suara Qaira sedikit bergetar.

“Kalau banjir, kau suruhlah Mr. Mata Sayur kau tu tolong cedokkan air, hahaha.” Ketawa Aireen dah macam langsuir, Qaira ketap bibir. Sabar jelah.

“Amboi bijaknya kawan aku sorang ni, yelah..mentang-mentang la cikgu.” Perli Qaira.

“Ok ok, aku tak gelak dah. Tapi, betul ke kau tak ada apa-apa perasaan dekat dia? Sikit pon tak?”  Aireen menghentikan ketawanya bila melihat muka cemburut Qaira.

“Kau ni..berapa kali aku nak cakap? AKU TAK ADA APA-APA PERASAAN DEKAT DIA. PAHAM?!.” Tengok, sampai tercapslock dah, kalau tak paham lagi si Aireen ni memanglah kan.

“Eh kau ni pun satu..dia tu orang punya taw,  model lagi tu.” Sambung Qaira lagi.

“Eleh kau pun boleh tahan apa shoommeel, hehe” Bidas Aireen kembali, sengaja dileretkan perkataan ‘comel’ tersebut.

“Banyaklah kau punya shoommeel! Eh, dah la! Dari layan kau baik aku tidur..esok keje.”

“Malu la tu? Merah dah muka, hahaha” Sekali lagi Aireen ketawa bagai langsuir hilang anak.

Gedebukk! “Hadoiii..sakitlah Qaira!” Aireen mengosok-gosok kepalanya yang pijar akibat dibaling kusyen oleh Qaira.

“Haha padan muka kau! Aku takut kalau-kalau jiran kita ingat ada langsuir nak beranak dalam rumah ni..hehehe.” Cepat-cepat Qaira menutup pintu biliknya apabila Aireen ingin membaling semula kusyen ke arahnya.

Kembar tak serupa (cerpen)

Amran memimpin isterinya merentasi kepekatan malam di dalam ladang kelapa sawit tersebut. Isterinya yang sarat mengandung itu menyukarkan perjalanan mereka. Kedengaran sayup-sayup suara semakin mendekat.

“Mah dah tak larat abang, abang pergilah tinggalkan Mah.” Termengah-mengah dirinya mengungkap kata-kata tersebut. Kesakitan yang perit di tubuhnya tidak dapat  ditahan lagi.

“Takkan lah abang nak tinggalkan Mah dengan anak kita? Kita lalui semua ni sama-sama Mah.”
Bukk!! Tubuh Amran tersembam ke tanah. Ditendang oleh manusia tidak berhati perut berwajah bengis.

“Owh kau nak lari yer? Apa kau ingat kau boleh lepas dari aku  huh?!” Jerkah si durjana itu.

“Bunuh perempuan tu cepat Man!”  Arahnya kepada lelaki yang lagi satu. Mungkin kuncunya.

“Bos, di dia mengandung.” Bergetar suara itu.

“Mengandung ke apa ke..yang penting kerja kita bunuh dia paham?!”

“Tolong jangan bunuh isteri aku..tolong jangan kasihanilah kami..dia sedang sarat mengandung..tolonglah..” Rayu si suami teresak-resak.

“Arghh! Peduli apa aku! Kau jangan risau sebab kau pon akan mampus jugak tahu tak!” Serentak dengan itu tubuh itu diterajang bertubi-tubi tanpa belas kasihan. Si isteri  hanya mampu melihat dan redha dengan apa yang akan berlaku nanti.

Sebilah pisau Rambo dikeluarkan. Pisau itu dihunus ke perut si suami..

“Allah..” lemah suara yang keluar dari mulut si suami. Lemah tidak berdaya tubuh itu lalu ia terkulai diam.
Si isteri menjerit merayu agar berhenti.

Pisau yang tadinya ditusuk pada si suami ditarik keluar.. lelaki durjana itu pergi ke si isteri yang sedang duduk merintih tidak jauh dari situ diawasi kuncunya.

“Bos..apa kata kita lepaskan perempuan ni..lagi pon dia tak bahaya.” Kata kuncunya. Sifat belas kasihan terbit pada lelaki itu melihatkan perempuan itu yang sedang sarat mengandung.

“Kau gila ke Man? Duit kau dah sapu kerja kau nak ngelat? kau rasa apa yang jadi dekat kita kalau kita biar perempuan ni hidup? Tak pasal-pasal kita yang kena bunuh tahu tak?!”

Belum sempat kuncunya menjawab pisau sudah dihunus ke perut si isteri itu. Darah likat pekat mengalir keluar.

“Argh.. Allah..” Rintih si isteri.

“Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas perbuatan kamu berdua..aku sumpah kamu berdua takkan bahagia.” Ujar sang isteri sambil menahan kesakitan yang amat.

“Argh!! Diam kau perempuan!” Pisau ditarik keluar dan dihunus ke perut si isteri  sekali lagi, sehingga si isteri tersebut pejam rapat matanya dan terkulai di situ.
************************************
“Lisa! Air aku mana huh? Lembab betul la kau ni!” Kepala gadis itu ditunjal-tunjal.

“Maaf Risa aku memang nak buat tapi kain baju ni banyak sangat, kena habiskan basuh dulu.” Kain yang bertimbun itu perlu dicuci.. kalau dibiarkan lagi mahu putus urat sarafnya. Dia perlu mencuci dengan tangan kerana kedaifan keluarga tersebut. Lagi pun takut nanti tidak ada baju bersih lagi yang boleh dipakai.

“Pandai kau menjawab kan.. alasan je ni semua.. kau tak boleh ke buatkan dulu? Geram betullah!”
Tengking gadis itu lagi, sayang..rupa cantik tetapi tidak seindah kelakuannya.

“Entah kenpa ayah sayang sangat dekat kau pun aku tak tahu!” Gadis itu berlalu sambil kakinya dihentak-hentak ke lantai papan itu. Untung-untung boleh roboh rumah papan tersebut.

“Risa oiii..kau nak bagi roboh ke rumah kita ni? Cubalah kau menolong Lisa tu mencuci kain baju tu..adalah jugak faedahnya.” Bebel ibunya yang baru balik menoreh.

“Ibu..kalau Risa cuci baju-baju tu, kasar la tangan Risa ni..macam mana Risa nak kahwen dengan orang kaya ibu? Ibu tak nak hidup senang ke?”

“Nak hidup senang tak semestinya kena kahwen dengan orang kaya, apa gunanya ayah hantar kamu berdua mengaji?” Ayahnya yang baru tiba itu menjawab pertanyaan anak gadisnya itu.

“Kalau Lisa tu bolehlah ayah, dia kan bijak. Risa ni tak berapa pandai harap muka Risa je cantik.hehe.” Ketawanya gedik perasan dengan kecantikan diri sendiri.
Geleng kepala si ayah mendengar jawapan anak gadisnya itu.

“Ibu..” Panggil Lisa lembut.

“Lisa ni ibu ada kutip pucuk paku, tunggu ibu masak yer sayang, nanti kita makan sama-sama.”

“Baik ibu..Lisa masak nasi dulu.” Lisa menuju ke dapur kayu dibelakang rumah tersebut. Dalam dunia serba moden masih ada yang menggunakan dapur tersebut menunjukkan betapa daifnya mereka. Dapur gasnya ada..Cuma, gasnya telah habis dan mereka tidak mampu membelinya. Makan saja saja umpama ayam, terkais-kais di  tanah. Kalau ada cacing di situ, adalah..kalau tidak ada, tempat lain pula di cari.

Risa cuma memerhati ibu dan adik kembarnya itu membuat kerja di dapur. Mahu tolong? Jauh  sekali. Usia mereka yang baru tujuh belas tahun itu memberi dua perwatakan yang  berbeza pada kedua kembar tak seiras tersebut.
*************************************
“Woii budak miskin, kau bangun sekarang!” Tengking seorang pelajar perempuan kepada Alisa ketika dia sedang makan di kantin sekolah.

“Kenapa pulak? Saya duduk sini dululah.” Alisa menjawab.

“Hei! Ni tempat aku tahu tak? Kau tak layak nak duduk sini, dah lah busuk! Tengok baju kau yang dah nak jadi warna kelabu tahi anjing tu..eiii.” Ejek pelajar itu pada Alisa, baju Alisa itu memang sudah lusuh. Alisa menangis kerana malu diejek dan diketawakan pelajar disitu.

Sorrpp!!! Terbeliak mata Alisa melihat pelajar perempuan yang mengejeknya bermandikan mee kari. Suasana menjadi senyap tiba-tiba, ada yang cuba menahan ketawa.

“Kau jangan pernah sesekali nak  buli  adik kembar aku ni eh! Kalau aku nampak sekali lagi mampus kau aku kerjakan, paham? Aku Tanya paham ke tak?!!” Jerit Arisa bila pelajar itu hanya diam.

“Paham..” perlahan pelajar perempuan itu menjawab hampir mengalir air matanya.

“Dah jum Lisa, berapa kali aku nak cakap dekat kau ni?  Jangan lemah sangat, nanti kena buli. Aku je yang boleh buli kau tahu tak?” Bebelnya sambil menarik tangan Alisa.
*************
Kedua kembar itu berjalan kaki untuk pulang ke rumah, tiba-tiba ada sebuah kereta mewah berhenti di hadapan mereka. Ada dua orang lelaki di dalam kereta tersebut.

“Kamu  berdua  ni anak Pak Man ke?” Soal seorang lelaki dengan wajah serius.
Arisa menggeleng manakala Alisa mengangguk. Arisa mencubit Alisa, lalu  berbisik ‘kalau dia orang jahat macam mana?’ Pucat terus muka Alisa.

“Kamu  berdua jangan takut, kami bukan orang jahat. Mari kami hantarkan kamu berdua pulang. Dah alang-alang nak berjumpa ayah kamu.” Pelawa lelaki itu.

Mereka teragak-agak untuk naik, tetapi apabila lelaki itu bersungguh-sungguh mengajak barulah mereka naik.

“Kamu berdua kembar?” Soal lelaki yang memandu kereta tersebut.

“Aah.”  Jawab Alisa. Arisa menjeling Alisa, kembarnya itu kalau boleh semua nak diberitahu.

“Abang berdua ni siapa? Ada apa nak berjumpa dengan ayah kami?” Tanya Arisa.

“Nanti kamu akan tahu jugak.” Jawab lelaki di sebelah tempat duduk pemandu dengan senyuman terjungkit di bibir.
*************************************************

“Alisa kena ikut diorang balik.” Pak Man sehabis mungkin cuba mengawal getar suaranya.

“Apa ayah? Kenapa Alisa kena ikut diorang? Diorang nak bawak Alisa pergi mana?” Soal Alisa bertubi-tubi.

“Mereka akan bawak Alisa tinggal dengan keluarga kandung Alisa.” Tersirap darah Alisa mendengarnya. Arisa dari  tadi cuma diam membisu.

“Ibu.. ayah cakap apa ni? Bukan Alisa anak ibu dengan ayah ke? Adik kembar Arisa? Ibu jawablah, jangan diam jer, ibu..” Tangisan Alisa mula berlagu.

“Risa..tolonglah cakap dekat ayah yang Lisa ni anak ayah ibu..adik Risa.” Rayu Alisa kepada Arisa. Namun kembarnya  itu tidak memberikan apa-apa reaksi.

“Kau memang bukan anak ayah dan ibu, kau bukan adik aku.” Ujar Arisa sebelum masuk ke dalam kamarnya. Dalam diam dia menahan sebak.

“Dah  lah Lisa.. suka atau tidak, Alisa kena ikut diorang. Alisa akan dapat kehidupan yang lebih baik di sana. Disamping keluarga kandung Lisa.” Ujar  ayahnya.

“Ibu.. apa ni ibu? Ibu yang lahirkan Alisa kan?” Alisa pergi ke ibunya pula.

“Alisa bukan anak ibu sayang.. ayah yang bawa balik Alisa dulu, pergilah sayang.. Alisa akan dapat  kehidupan yang lebih baik lagi.”

“Nah upah untuk kau jaga dia sampai sekarang,” lelaki itu menghuurkan sekeping cek kepada Pak Man.

“Baguslah, tak sia-sia aku kutip budak ni.” Ujar Pak Man tanpa memandang Alisa.

“Ayah, sampai hati  ayah cakap macam tu.. ayah tipu kan? ibu tipu, Arisa tipu!” Tanggisannya semakin kuat.
Alisa ditarik masuk ke dalam kereta oleh dua lelaki tersebut. Dia meronta-ronta sebelum tubuhnya dihumban ke dalam kereta itu. Kereta itu berlalu meninggalkan mereka. Tanggisan Alisa sayup-sayup mulai hilang.

Tujuh belas tahun lalu Pak Man kesempitan wang, tanpa pilihan dia bekerja untuk Azli. Dia memang tidak tahu pekerjaan apa yang Azli ingin berikan padanya, tapi setelah dijanjikan wang yang lumayan dia  terima. 

Dia perlukan wang untuk menampung kos bersalin isterinya, sehinggalah suatu hari, dia diberitahu yang mereka harus menculik satu pasangan suami isteri. Hatinya berbelah-bagi tetapi dia tetap menerimanya kerana berfikir semuanya akan berakhir dengan wang tebusan.

Tapi ternyata dia silap, tujuan mereka diculik adalah untuk dibunuh atas arahan dari orang yang tidak puas hati dengan kemajuan perniagaan pasangan tersebut. Apabila dia sedar, semua itu telah terlambat. Dia kembali semula ke ladang kelapa sawit tersebut setelah pasangan itu dibunuh oleh Azli.

Waktu itu, ternyata wanita itu masih hidup. Pak Man yang menyambut kelahiran bayi wanita itu di situ. Wanita itu juga tidak mahu Alisa dikembalikan ke keluarganya kerana bimbang di apa-apakan musuhnya. Dia menyuruh Pak Man menjaga Alisa dengan baik diatas bayaran sebuah kemaafan.
***********************
Alisa masuk ke dalam sebuah rumah mewah, matanya meliar memerhati. Perasaanya berkecamuk ketika itu. Dia tidak tahu  kenapa semua ini  terjadi. Dia rindu ayah, ibu dan Arisa. Air matanya mengalir lagi.

“Cucu nenek,” terdengar suara dari  belakangnya. Cepat dia berpaling.
Kelihatan seorang wanita separuh abad dan seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dia. Perempuan itu meluru kearahnya lalu memeluknya erat.

“Ya Allah cucu aku..” Wanita  itu menangis.

“Saya bukan cucu makcik, saya nak balik, tolong hantar saya balik!” Alisa membentak lalu menolak tubuh wanita itu menjahuinya.


“Alisa nama cucu nenek ni ya? Alisa memang cucu nenek, Zik tolong ambil album yang  dekat bilik nenek tu.” Arahnya kepada anak muda yang tadinya cuma memerhati.

“Baik nek.” Pemuda itu menaiki anak tangga untuk ke tingkat dua yang menempatkan kamar neneknya.
Sebuah  album berwarna hijau dihulur kepada wanita itu.

“Tengok ni Alisa, ni gambar mama dan papa Alisa.. muka Alisa saling tak tumpah dengan wajah mama Alisa.”

Alisa  terkedu melihat gambar-gambar tersebut, memang wajahnya saling tak tumpah dengan wajah wanita di dalam album tersebut. Tak mungkin..otaknya bercelaru, patutkah dia gembira?
***********
7 tahun berlalu…

“Betul ke rumah ni dik?” soal Zikri, badannya yang melekit amat mengganggunya.

“Rasa macam betul ni abang..” Alisa memerhati kawasan rumah tersebut.

“Kalu iya pun dik, rasa dah tak da sapa yang tinggal dekat sini dah. Dah hampir roboh rumah ni dik.” Ujar Zikri sebelum terkesan perubahan pada wajah adiknya. Rumah usang itu memang menanti masa untuk roboh.

Alisa duduk di pangkin di bawah pokok rambutan di depan rumah tersebut. Pangkin itu masih agak kuat juga, cuma daun-daun sudah mula meliar di atasnya dan agak kotor. Namun dia tidak pedulikan semua itu.

Zikri hanya mampu mengeluh melihat Alisa. Dia juga sudah tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Kalaulah dia tahu, dari dulu lagi dia mencari keluarga angkat Alisa itu supaya Alisa tidak bersedih. Pak Man dan isterinya Aisyah telah meninggal dunia. Itu yang diberitahu oleh penduduk kampung tersebut. Setelah menziarahi kubur mereka Alisa ingin kembali ke rumah ini untuk mencari kembarnya dahulu, Arisa.

“Adik, mungkin kembar adik tu ada di suatu tempat meneruskan kehidupannya seperti kita juga dik.”  Zikri memujuk, dia duduk di sebelah Alisa.

“Abang macam mana Arisa hidup ya? Macam mana dia bertahan? Peduduk kampung cakap ayah dan ibu dah meninggal hampir lima tahun.” Air mata Alisa menitis.

“Arisa tu tak reti buat kerja bang, semua dia harap Lisa yang buat.. macam mana dia hidup bang?  Sebatang kara.” Alisa sudah mngogoi menangis.

“Lisa abang yakin, kembar Lisa tu masih dapat teruskan hidup dia dengan baik sekarang. Lisa ingat tadikan..waktu di sekolah lama Lisa. Cikgu cakap result spm kembar Lisa bagus.”

“Tapi abang..dia sendiri, dalam dunia ni. Dia sendiri, dia tak ada sapa-sapa.” Air mata Alisa jatuh lagi.

Tiba-tiba dia melihat seperti ada kesan torehan yang  diseliputi daun-daun di batang pokok rambutan di sebelah pangkin itu. Dia menyapu-nyapu daun tersebut. Ternyata ada perkataan yang diukir di situ. Tangannya semakin cepat menyapu daun-daun kecil itu.

Tangisannya semakin kuat bila membaca perkataan yang di tulis. Zikri yang menyedarinya turut melihat.

‘Kita mungkin pernah menjadi kembar, kembar tak serupa.’

Kadang-kadang perjalanan hidup kita tidak seperti apa yang kita fikir dan angankan. Ia juga boleh berubah dengan sekelip mata.

*Tamat*