Mr. Mata Sayur bab 15



Hari pernikahan Aireen semakin tiba, semua persiapan telah disiapkan. Aireen pulang ke rumah keluarganya di Kampung Gajah, Perak seminggu lebih awal. Maka tinggallah Qaira sendirian di rumah.

Bunyi ketukan kuat di pintu rumah memaksa Qaira bangkit dari tidur. Jam loceng di sebelah dilihat, jam 12.15 pagi. Huh! Siapa yang datang pagi-pagi buta ni? Bebelnya. Tudung sarung yang berwarna hitam diambil lalu disarung ke kepala. Sweater hitam dicapai, agak mamai dirinya waktu itu. Mana tidaknya apabila sudah hanyut dibuai mimpi-mimpi indah.

Bunyi ketukan semakin kuat, bagai hendak roboh pintu rumah itu. “Yer, yer, datang ni.. sabarlah!” Tangannya laju memulas tombol pintu yang diketuk itu.

Bukk! Pintu kuat ditolak dari luar. Qaira terlentang. Terbeliak matanya melihat sekujur tubuh lelaki di hadapannya. Wajahnya kelihatan bengis, sama seperti lima tahun lalu. Qaira menggigil, peluh merenik di dahinya. Pintu rumah segera dikunci oleh lelaki itu.

“Owhh.. dekat sini kau sembunyi yer? Bersenang-lenang, huh!?” Herdik lelaki itu. Tudung Qaira ditarik lalu rambutnya dicengkam kuat.

“Sa, sakit.. lepaskan aku. Lepaslah bodoh!” Jerit Qaira dalam ketakutan. Dia cuba melepaskan diri, namun apalah nak dibandingkan dengan kudratnya dengan lelaki itu.

“Hey, Hana! Dah pandai melawan kau ni kan, dasar tak kenang budi! Lepas mak bapak aku bela kau, senang-senang je kau nak blah?!” Tangannya menampar wajah Qaira. Qaira tersembam ke lantai.

“Apa yang kau nak huh?” Qaira berusaha untuk bangun. Air mata yang mengalir di pipi di kesat dengan belakang tapak tangannya. Dia tidak mahu tunjuk lemah.

Sekali lagi rambutnya ditarik dan mukanya dicekam kuat. Sakit ditulang pipi dan kepalanya usah cakap, seperti hendak tercabut kulit kepalanya.

“Aku nak kau bayar balik duit yang mak bapak aku bagi dekat kau.” Mencerlung mata lelaki itu, sedikit pun tiada belas kasihannya untuk Qaira.

“Kau gila ke? Aku mana ada duit lah.” Sedaya upaya dia bercakap. Bergetar suaranya.

“Heh, pompuan! Kau ingat aku tak tahu ke kau kerja dekat company sikit punya besar sekarang ni?” Dia menarik Qaira rapat ke dinding, kepala Qaira dihentak ke dinding. Terjerit Qaira dilakukan seperti itu. Tangannya cepat-cepat menekup mulut Qaira.

Dia mengheret Qaira masuk ke dalam bilik. “Sekarang kau bagi aku semua duit yang kau ada, cepat!”

“Abang Ewan, tolonglah jangan buat Hana macam ni. Hana betul-betul tak ada duit.” Rayu Qaira dengan kudrat yang masih tersisa.

“Kau tak bagi tak pe, biar aku yang cari sendiri.” Dia menggeledah almari Qaira. laci di buka, seutas rantai emas dijumpai. Bibirnya mengukir senyuman.

“Abang Ewan, tolong jangan ambik rantai tu. Tu rantai arwah ibu, abang.. tolonglah.” Qaira melutut, dipegang kaki lelaki itu. “Qaira kasi abang Ewan duit, tapi tolong jangan ambil rantai tu.”

Qaira bangun menuju ke almari solek. Laci dibuka, diambil wang simpanannya yang digulung dengan getah. Belum sempat dia berpaling wang itu sudah dirampas dari tangan.

“Abang Ewan, rantai tu..” Qaira tersedu-sedan. Tangannya cuba mengambil rantai tersebut. Lelaki itu pantas menyimpan rantai itu di dalam poket seluarnya.

“Rantai ni aku simpan sebagai cagaran, lagi seminggu aku akan datang lagi. Pastikan kau ada duit nak bagi aku Hana. Kalau tak.. aku jual rantai ni, paham?!” Kepala Qaira ditunjal kuat.

“Kalau kau bagi dari tadi kan senang, tak adalah kau sakit.” Dia segera keluar dari bilik itu dengan senyuman kepuasan.

Qaira terjelepuk di lantai. Perlahan-lahan matanya mulai kabur.. dan akhirnya semuanya gelap.

******************************

Pedih matanya menerima sinaran cahaya apabila cuba dibuka. Tekaknya terasa perit, badannya terasa sengal-sengal. Sakit tak terkira di kepalannya. Dalam kepayahan, dia mencuba untuk bangun. Dia duduk di birai katil, jam loceng dilihat.

Sudah jam sembilan, dia tertinggal solat subuh dan..ya Allah, aku tak masuk kerja. Dia jadi panik seketika, satu-satu masalah menimpa. Kaki di arah ke kamar mandi untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk mengqada’ solat subuh.

Selesai sahaja solat, tubuh direbahkan ke katil. Mata dipejamkan, kesakitan ditahan sehabis mungkin. Biru pipi dan luka tepi bibirnya. Kepalanya pula benjol dan bengkak. Telefon berbunyi berkali-kali memaksanya bangun. Telefon dicapai, butang berwarna hijau ditekan.

“Hello..” serak suara Qaira.

“Qaira! U kenapa tak masuk kerja? Tahu tak dah pukul berapa ni? Kenapa lambat angkat phone?” Bertubi-tubi soalan dari Airiel, agak kalut nadanya.

“Maaf bos, saya tak sihat..” Antara dengar dan tak suara Qaira. Perit di bibir dan tekaknya menyukarkan dia untuk bersuara.

“Err.. u sakit apa ni? Dah pergi klinik?” Soal Airiel risau..erk! Risau?

“Saya pening sikit jer bos..” Qaira bohong.

“Tak kanlah pening sikit tak masuk kerja? U ni macam sakit teruk jer.”

“Betul bos, esok saya masuk kerja k..” Talian dimatikan Qaira, tak larat dia hentak bertekak dengan si mata sayur tu.

Airiel berasa gelisah. Dia risaukan Qaira, runtun hatinya mendengar suara Qaira yang lemah. Iphone5 di atas meja dicapai. Dia ingin ke rumah Qaira.

“By..” Eryana berada betul-betul di hadapan pintu pejabatnya. Airiel kaget.

“Er.. sayang, u buat apa dekat sini?” Aduh.. time ni jugak dia datang, omel hati Airiel.

“Sejak bila I tak boleh datang ni by?” Berkerut dahi Eryana.

“Bukan macam tu, u tahu mumy I kan. Lagipun, I ada kerja ni. Sorry sayang, got to go.” Airiel segera berlalu. Panggilan Eryana tidak dihiraukan, dalam fikirannya cuma satu. Qaira!

Eryana pelik dengan peragai Airiel, belum pernah kekasihnya itu mengabaikannya. Terasa sakit dihati, namun dia cuba berfikiran positif. Mugkin Airiel betul-betul sibuk, salah dia juga datang tanpa memberitahu terlebih dahulu.

*maaf lambat update