Mr. Mata Sayur bab 17


Assalammualaikum, akhirnya dapat jgk update blog setelah berabad beruban huhu.. kepada yang tunggu so sorry sbb lmbt kerana saya mengalami writer block haha cm poyo je kan. sorry klo bab ni pendek, x best atau bosan. otw siapakn manuskrip ni in syaa Allah :)

BAB 17

“Lepas ni Riel takeover mall baru kita tu ya?” Datin Sarah Jaqline merenung wajah anaknya di meja makan itu. Anaknya itu mempunyai raut wajah suaminya walaupun hidung dan mata anaknya itu diwarisi darinya. Satu yang menakutkannya.. dia tidak mahu anaknya mewarisi peragai suaminya itu.

“Kerja dekat ofis siapa nak handle my..? Mall tu baru nak beroperasi mesti banyak nak kena uruskan.. kerja dekat ofis pon dah banyak my..” Mendatar suaranya tanda malas untuk bekerja di situ.

“That’s why mumy nak Riel yang handle, kerja dekat ofis Firdaus dengan mumy boleh take over. Lagi pun.. dady akan balik tak lama lagi..” Sebab itulah Datin Sarah Jaqline tidak mahu Airiel Eans kekal di situ.

Airiel Eans berjeda seketika. Mall itu baru nak beroperasi pasti banyak yang harus dilakukan. Tapi, takkanlah dia nak suruh mumy dia pulak, mumynya itu sepatutnya sudah duduk berehat di rumah. Keluhan dilepaskan. “Baiklah my..” Airiel Eans mengukir senyum. Datin Sarah Jaqline melepaskan nafas lega.

“Oh ya, mumy dah cari setiausaha yang akan bantu Airiel nanti,”

“Mumy tak bincang pun dengan Airiel my.. siapa?” Berkerut dahi Airiel Eans, kenapalah mumynya meembuat keputusan tanpa berbincang dengannya dulu.

“Qaira, dia ada degree kan? Tak elok rasanya dia kerja sebagai tea lady dekat ofis tu Airiel. Tak kira la apa pun alasannya.” Tegas Datin Sarah Jaqline.

Rahang Airiel Eans jatuh, “boleh ke dia tu my.,?”

“Nak kira boleh ke tak boleh.. Riel boleh ke uruskan mall tu? Bagi dia peluang Riel, letak tepi dulu masalah Riel dengan dia tu. Mumy tengok dia calon yang sesuai sekarang. Lagipun perasmian pembukaan mall baru tu minggu depan, kita dah tak ada masa untuk pikir perkara yang remeh macam ni. Ok?” Ujar Datin Jaqline panjang lebar. Dan Airiel Eans hanya boleh menganguk bersetuju.

Qaira Hana baru saja mendengar tawaran yang diusulkan kepadanya oleh Datin Sarah Jaqlien sendiiri. Dia tidak tahu sama ada harus gembira atau tidak. Setelah sekian lama dia cuba membina kerjayanya, akhirnya.. kenapa mesti dengan lelaki mata sayur tu. Grr .. beruntunglah Qaira. Kena ke? Dia bermonolog sendiri. Kalaulah si mata sayur tu boleh bersikap professional kepadanya, bukan satu masalah untuk dia menerima tawaran itu.

Seperti biasa, Nescafe yang kononnya kurang manis itu ditatang ke bilik Airiel. Pintu dikuak setelah diketuk tiga kali. Dia melihat wajah itu langsung tidak diangkat dari memandang kertas-kertas di atas mejanya. Qaira menghela nafasnya, panjang. Langkah diatur ke meja Airiel, perlahan air mug air itu diletakkan di atas meja Airiel, niat tidak mahu mengangu lebih tepat lagi berlawan kata dengan Airiel. Dia berpaling mengorak langkah.

“Wait,” Seru Airiel.

“Yes bos?” Qaira berpaling, dahinya berkerut. Sumpah dia tidak mahu bercakap tentang tawaran itu sekarang, dia perlukan masa untuk berfikir.

“I’m in difficult situation too..” Ujar Airiel sebelum menghela nafas.

“Kalau bos tak selesa, saya akan tolak tawaran ini. Saya sendiri akan bercakap dengan Datin.” Geram pula Qaira melihat gaya Airiel itu, seolah-olah dia yang beriya-iya.

“Nope, it’s not that. Kalau awak terima tawaran tu, semuanya mesti double. Usaha, kerja, masa dan paling penting kesabaran. Awak tahu kan mall tu baru mula beroperasi, jadi banyak yang harus dilakukan. Jadi, kita kena betulkan hubungan kita. I mean, we need to be a professional.” Airiel tidak mahu suasana janggal wujud diantara dia dan Qaira nanti.

Entah kenapa Qaira lega. “Saya tak ada masalah untuk bersika professional bos. Pasal hutang tu saya akan bayar. Jangan risau.” Padahal Airiel yang tak professional selama ni. Grrr.

“Jadi awak terima?” Soal Airiel sambil anak matanya memanah tepat ke arah mata Qaira. Pandangannya sangat redup, entah kenapa..

Qaira spontan mengangguk. Pandangan itu, menusuk tangkai hatinya. Oh hati, jangan ajar aku menjadi jahat.

“Lepas lunch nanti kita melawat mall tu, okey?” Airiel mengangkat sebelah keningnya, pandangan yang bisa meluluhkan hati para gadis.

“Okey bos,” siapalah dia untuk bercakap tidak. Tapi janganlah.. pandang aku macam tu! Dia ketap bibir sambil keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja pintu itu ditutup, dia memegang hatinya. Kenapa.. ia berdegup laju tidak seperti biasa. Janganlah wahai hati, dia.. Yana yang punya. Entah kenapa seolah dihiris sembilu hatinya ketika itu, dia menarik nafas panjang dan menghelanya perlahan.

Airiel tersenyum sendiri, kalau dulu wajah itu yang paling meluat baginya. Tapi sekarang menatap wajah itu seperti pelengkap harinya. Dia tidak tahu kenapa dia boleh berubah seperti itu. Cara dia bercakap dengan Qaira pun sudah berbeza, semua itu spontan. Aku mesti dah gila, ketika itu juga nama Eryana melintas di hatinya. Aku bukan seseorang yang akan curang, aku sayangkan Eryana. She’s my everything! Aku mesti dah gila sekejap. Menolognya sambil mengeleng-gelengkan kepala.

Selepas makan tengah hari tadi Airiel dan Qaira bergerak ke tempat mall yang baru beroperasi itu. Pusat beli-belah itu terletak tidak jauh dari syarikat mereka. Hanya mengambil masa 20 minit jika tidak terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Pekerja masih giat menyusun barang-barang di dalam mall itu. Semuanya sibuk membuat kerja masing-masing. Semuanya harus diperiksa dan harus sempurna sebelum perasmian pembukaannya isnin hadapan. Enam hari lagi.

Qaira hampir ternganga melihat mall itu, sangat besar dan nampak mewah. Di tingkat bawah kedai-kedai barang perhiasan tersusun indah. Emas, berlian, jam dan banyak lagi dari jenama yang terkenal. Dan juga dari jenama S&N sudah pastinya juga ada. Baru lah dia tahu bahawa syarikat mata sayur itu benar-benar hebat, selama ini dia tidak pernah ambil tahu pun yang dia tahu syarikat itu sebuah syarikat yang menawarkan hiasan dalaman dan juga mengahasilkan sendiri rekaan-rekaan perkerja mereka.

“Jum pergi tingkat atas!” Jerit Airiel betul-betul di telinganya.

“Huh!” Tersentak Qaira dari lamunannya, cerlung matanya melihat Airiel.

“What? Lain kali jangan berangan.” Airiel segera mengorak langkah ke escalator.

Dengan hati yang bengkak Qaira mengikut langkah Airiel. Di tingkat 2 pula penuh dengan pakaian-pakaian, beg, handphone, laptop dan banyak lagi. Sekali lagi Qaira terpegun, semua ni milik keluarga mata sayur ni. Alangkah beruntungnya dan dia terasa tersangat kerdil. Dia yang berjalan di sebelah Airiel tiba-tiba perlahankan langkahnya, dia berjalan agak jauh di belakang Airiel.

Airiel bercakap dengan salah seorang pekerja di situ, bertanya itu ini. Apa yang masih belum berfungsi dan macam-macam lagi. Qaira hanya memandang dari jauh.

Kini mereka naik ke tingkat 3. Tingkat terakhir, tingkat ini mempunyai panggung wayang, pusat karaoke dan games. Lebih tepat ianya untuk para remaja, hurm makin social la remaja sekarang. Getus hati Qaira, tiba-tiba dia melihat bilik solat yang disediakan. Haishh, cubalah bersangka baik sikit Qaira.

Airiel mengorak langkah ke satu lorong yang agak tersorok. Pelik, buat apa mata sayur ni masuk lorongg ni. Qaira seperti biasa mengikut dari belakang. Rupa-rupanya di hujung lorong itu ada sebuah ruang yang agak besar, meja-meja disusun seperti di dalam ofis dan ada beberapa buah bilik, sekali lagi Qaira terpengun. Sampai di hadapan sebuah bilik, Airiel membuka pintu bilik tersebut. Besar dan nampak mewah tetapi simple. Dengan warna putih hitam sebagai tema, lihat sahaja dia sudah tahu itu bilik Airiel aka pengurus pusat beli belah itu.

“Kalau kita naik lif dekat depan lorong tadi tu, kita akan terus sampai kesini. Lif yang agak tersorok hanya untuk pekerja, tak perlu bersusah payah jalan dari escalator tadi atau dari lif yang ada dekat bawah tadi, faham?” Soal Airiel, Qaira mengangguk. Dia tidak perasan pula ada lif di hadapan lorong itu tadi. Mungkin ofis ini agak tersorok kerana ingin mengelak dari diganggu dan bunyi bising.

“Jadi tak ada alasan untuk lambat.” Tambah Airiel lagi

Qaira kerut dahi, dia cakap dengan cermin ke apa.

Airiel terssenyum, dia tahu apa yang bermain di fikiran Qaira. “Mummy cakap macam tu dekat I, haha.”

Qaira terpana. Erk dia ketawa dengan aku ke? Walaupun ketawa itu hanya perlahan dia tetap tak percaya. Buang tabiat ke mata sayur ni? Lepas ni dia kena check jantung dia sebab dari pagi tadi asik terkejut je.


Lepas baca komenla yer hehe  ^_^