Bab 6
Qaira
melihat makanan yang dihidang, dia tahu itu adalah stik daging. Tapi entah apa
namanya pon dia tak tahu. Dia melihat pisau dan garfu di kiri kanan pinggannya,
ada beberapa yang lain bentuknya.
‘Erkk, yang
mana satu nak guna ni?’ monolog Qaira resah.
Airiel
mengambil garfu dan pisau yang sederhana besar, dia mula memotong daging stik
tersebut. Qaira yang melihat mula mengambil pisau dan garfu yang sama, Airiel
perasan keadaan itu. Dia menyembunyikan senyuman, otak jahatnya dah mula
datang.
Airiel
meletakkan kembali sudu garfu tersebut dan mengambil garfu yang paling kecil.
Qaira ikut! Airiel meletakkan kembali garfu tersebut dan mengambil yang lain.
Dia berbuat begitu beberapa kali dan…
“Bhahahaha..
u ikut I kenapa?” katanya sambil tertahan-tahan ketawa, malu orang tengok.
Qaira dah merah muka, matanya merah dan berair. ‘Tahan Qaira, tahan.’
Qaira
mengambil pisau lalu mencincang-cincang stik tersebut, dia langsung tak
memandang Airiel. Malu, marah, geram semua ada! Airiel yang perasan Qaira
seperti itu mula serba salah.
“Meh sini I
tolong potongkan, lain kali.. kalau tak tahu, cakap tak tahu.” Airiel menarik
pinggan Qaira dan memotong stik itu, Qaira hanya mendiamkan diri.
“Ok done,
nah makan elok-elok,” Airiel tolak pinggan kepada Qaira.
‘Baik pulak
mata sayur ni, argh dia dah buat aku malu jangan harap nak baik-baik dengan dia
dah.’ Monolong Qaira dengan muka cemberut.
‘Aku gurau lebih-lebih
ke tadi? Arghh kenapa aku nak rasa bersalah pulak ni? Bukan ni yang aku nak ke?
Tapi.. dia nampak kesian.’ Hati Airiel berkata-kata.
Mereka
menjamu selera tanpa ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka,
Qaira menelan daging-daging stik itu seolah-oleh menelan pasir. Perit tekaknya,
hanya beberapa potong saja yang mampu
dia jamah.
****************************
Eryana
memerhatikan Qaira dan Airiel selang beberapa meja dari mereka. Eryana memang
sudah berada di situ terlebih dahulu dari mereka, dia seorang diri. Dia keluar
dari restoran itu sebaik saja Airiel dan Qaira berlalu.
‘Airiel
kenal Hana? Setahu aku Airiel tak suka Hana sebab dah langgar kereta dia, dan
Hana tu miskin, memang bukan taste Airiel. Tak mungkin Airiel curang, tak
mungkin! Lebih-lebih lagi dengan Hana!’ Stereng kereta digenggam kuat.
Eryana resah
melihat kemesraan Airiel dan Qaira, nafasnya terasa sesak. Memori dulu mula
menerjah ke dalam fikirannya. Tak mungkin Qaira ingin membalas dendam
kepadanya, tak mungkin!
‘Kau rasa
apa yang kau buat dulu, tak cukup untuk Hana membenci kau ke Ery?’ satu suara
singgah ke dalam otaknya.
‘Tak, tak,
aku tak salah! Aku tak pernah salah, Hakim yang datang kepada aku!’ Ery
menggeleng-geleng kepalanya, dahinya berpeluh.
‘Macam mana
dia tak datang, kalau kau dah goda dia Ery! Kau goda dia, kau burukkan Hana
dekat dia Ery! Kau dah lupa? Hahaha’
‘Tak! Tak!
Tak!’ dia mengeleng-geleng kepalanya. Badan Eryana menggigil-gigil, kereta yang
dipandunya terhuyung-hayang, dan akhirnya bummk! Keretanya melanggar penghadang
jalan.
Eryana
melihat hakim tersenyum padanya, sebelum wajah itu bertukar menjadi sayu. Hakim
seolah-olah ingin berkata sesuatu kepadanya, dan akhirnya pandangan Eryana
terus gelap.
*****************
Airiel
berlari masuk ke dalam hospital, dia terus ke hospital sebaik sahaja mendapat
panggilan yang teman wanitanya kemalangan. Mukanya tergambar riak risau, Airiel menuju ke wad
yang menempatkan Eryana setelah bertanya kepada jururawat disitu.
Eryana
tersenyum melihat Airiel tiba.
“U macam
mana boleh kemalangan ni? Berapa kali I dah pesan suruh u hati-hati kan..tengok
dahi ni dah luka.” Ujar Airiel penuh prihatin kepada Eryana, dia mengusap kain
yang membalut dahi Eryana.
“baby, u
jangan risau k.. sikit je ni,” Eryana tersenyum. Dia bahagia kerana Airiel
begitu mengambil berat terhadapnya, dia tak mahu kehilangan Airiel.
“Er… hal
kereta u dah setlle?” Tanya Eryana teragak-agak bimbang Airiel curiga.
“Sayang..
pasal tu u jangan risau ok..sekarang yang penting u kena banyak rest, dan
jangan kerja buat sementara waktu ni.” Airiel merasa dia tidak perlu menceritakan
tentang Qaira kepada Eryana. Dengan keadaan Eryana seperi itu, dia tak mahu
Eryana pening dengan halnya.
Eryana
tersenyum, walhal hatinya sudah gundah gulana. Dia tidak mahu Airiel rapat
dengan Hana, dia takut kehilangan Airiel. Dia merasa seolah-olah Hana cuba
merampas Airiel daripadanya, membalas dendam.
‘Tak apa,
aku akan siasat apa kaitan Hana dengan Airiel,’ monolognya sambil trsenyum
melihat Airiel.
‘Takkan ada
sesiapa yang dapat merampas u baby.. kalau I tak dapat, orang lain pon tak
dapat.’ Airiel tersenyum membalas senyuman Eryana sambil mengusap tangan Eryana
penuh kasih. Ya, dia terlalu sayangkan Eryana. Tapi... cintakah dia?
Good job dlya.. interesting sgt.. xsabar nak tunggu sambungan die.. good luck.. semoga dapat menghasilkan cite2x yg menarik tok akan datang..
ReplyDeletetima kasih nursuraini :)
Deletesama.. :) mesti xknlkan akak nie sape.. hehehe ;) suke baca cite dlya.. best..
Deleteserius x kenal..err akk ni sapa?kenal dlya?
Deletehehe.. nie akak faihanah la.. akak da add dlya kt fb.. cube check.. nursuraini is my real name..hehehe :)
Deletelaa akk ke..haha..ok2..hehe :)
Deleteaah akak..kn akak dh ckp nama btl akak jouh beza ngn nama akak gune..hehehe :)
Deletemmg jauh sangat akk..hehe :)
Deletehehehe..akak suke ngn mksud nama faihanah tu walaupun xda kaitan ngn nama sendiri..hahaha
Deleteapa mksudnye akk?
Deletemaksud die harum wangi..
Deleteakk roses >.< citer akk best ^_^ nk agi smbungn heheheee....
ReplyDelete<------ jujur ckp citer akk mmg bestt ^_^
tq ain,,hehe..
Delete