“Awak, awak!” Jerit Elfarisa. Dia menghadang jalan Faris. Faris memandang dengan mata naga. Huh! Perempuan ni lagi.
“Ni untuk awak.” Elfarisa sengih sambil menghulurkan kotak yang berwana pink besar dua tapak tangan.
Faris buat tak tahu lalu mencuba untuk melepasi Elfarisa yang menghalang laluannya. Mukanya yang memang dingin itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
“Ehh, awak ni.. saya bagi ni tak nak ambik ke? Penat taw saya buat kek ni.” Elfarisa menghalang laluannya lagi sekali.
“Ada saya suruh awak buat ke? Huh?” Mencerlung mata Faris melihat Elfarisa. Elfarisa telan air liur.
“Tapi saya..” belum sempat Elarisa mengahabiskan ayatnya Faris melangkah pergi.
Tak paham bahasa ke perempuan tu? Orang dah tak nak terhegeh-hegeh lagi.
Elfarisa memandang kotak kek ditangannya dengan mata yang berair. Dia betul-betul terkesan dengan kelakuan Faris. Apa salahnya kalau dia ambilkan? Walaupun dia tak suka aku.
Faris memandu motosikalnya tanpa arah tuju. Hampir satu Kuala Lumpur ditawafnya. Fikirannya berserabut, tetapi dia tidak tahu mengapa. Tiba-tiba ada sebuah kereta Toyota vios berwarna silver meluncur laju keluar dari satu selekoh.
Zrekkkk!!!! Faris membrek mengejut motosikalnya, sampai terangkat tayar belakang. Fuhhh.. nasib baik tak terlanggar! Bodoh punya manusia, keluar jalan tak tengok kiri kanan! Faris menyumpah, nasib baik dia tak ada sakit jantung kalau tak dah lama jalan.
Dia cuba menghidupkan enjin motosikalnya tetapi gagal. Kenapa pulak ni? Berkali-kali dia mencuba. Hari sudah hampir gelap, dia memandang kiri kanan. Tiada satu kenderaan pun yang lalu.
Sekali lagi dia mencuba. Ishhh! Kenapa tak boleh ni.. kiri kanannya dipenuhi dengan hutan. Kenapa laa aku lalu jalan ni, badannya terasa seram sejuk.
“Sayang…”
Pergerakannya terhenti seketika apabila mendengar suara itu. Dia melihat kiri kanan, belakang hadapan. Jangankan ada orang satu kenderaan pun tiada yang lalu di situ. Air liurnya tersekat di kerongkong.
Tangannya masih cuba mengerakkan kunci untuk menghidupkan enjin motosikal. Tetapi malangnya masih tidak berjaya.
“Sayang… hehehehe…”
“Astarfirrullahhalazim… ya Allah, walau sapa pon kau tolong jangan ganggu aku.” Perasaanya bercampur baur pada ketika itu. Tetapi dia tetap cuba untuk menguatkan semagat. Ayat kursi dibaca.
“Bismillahhirrahmannirrahim..” Sekali lagi dia cuba untuk menghidupkan motosikalnya dan kali ini berjaya. “Alhamdullillah..” dia memulas laju motosikalnya. Dia berasa seperti diperhatikan.
Cermin disisi kanannya dilihat.. “Astafirullahhalazim..” dia melihat seorang yang berambut panjang hingga paras pinggang berpakaian berwarna putih lusuh sedang merenungnya dengan mata yang berair. Berair dengan darah!!
Faris melajukan pemanduannya. Tanpa henti-henti bibirnya membaca ayat kursi dan surah-surah lain. Semakin tiba dia dengan rumahnya semakin Faris merasakan sesuatu yang tidak enak. Seolah-olah ada yang memerhati. Seluruh tubuh disebelah kirinya terasa panas manakala disebelah kanan terasa sejuk.
Faris berlari masuk ke dalam rumahnya sebaik sahaja motor dipakir. Kelam kabut dia masuk ke biliknya dan mengunci pintu. Faris duduk di birai katil, memikirkan sama ada apa yang dilihatnya itu realiti atau fantasi.
“Sayang..” Sekali lagi suara itu kedengaran.
“Kau sape huh?! Jangan ganggu aku lah! Aku tak ganggu kau jadi jangan ganggu aku!”
“Hehehehe..” suara perempuan itu mengketawakannya. Faris meremang. Cepat-cepat dia mengambil wuduk dan solat.
****
“Kenapa muka Nial pucat ni?” Soal Datin Juliana.
“Tak ada apa-apa mummy.. penat.” Faris merasakan tak perlulah dia menceritakan apa yang terjadi kepada ibunya itu.
“Kalau macam tu tidur lah awal.. nak pukul 12 dah ni nial,” bebel mummynya.
“Err.. mummy dah nak tidur ke?” Soal Faris, dia takut mahu bersendirian sebenarnya.
“Yelaa.. aik, pelik soalan kamu ni Nial.” Berkerut dahi Datin Juliana.
“Err.. tak ada apa lah mummy.. Nial nak tengok tv ni kejap.” Tipu Faris.
“Yelah.. kalau macam tu mummy tidur dulu, kamu jangan lambat sangat tidur.”
“Baik myy..” Jawab Faris perlahan.
Televisyen ditutup, Faris melangkah longlai ke kamarnya. Di dalam hati dia berdoa agar tidak mendengar suara itu lagi.
Sampai di biliknya dia melihat pintu balkoni terbuka. Kenapa terbuka ni? Rasanya tadi dah tutup.. dia dapat melihat kepulan asap diluar. Faris melangkah perlahan-lahan menuju ke balkoni. Pintu balkoni ditarik.. ketat!
Dia sedaya upaya menarik menarik pintu tersebut tetapi tidak berjaya. Entah kenapa ada sesuatu perasaan yang menyuruhnya melangkah ke luar beranda. Apabila sampai ke penghadang beranda, dia melihat ke bawah.
Perempuan tadi! Sedang melihatnya dengan mata berdarah! “Ya Allah…”
“Kau pembunuh!!!” jerit perempuan itu suaranya nyaring sehingga membuatkan Faris jatuh terduduk.
“Hehehehe…” Mengilai-ngilai suara perempuan itu ketawa.
“Tak! Takk.. aku bukan pembunuh.” Faris menggeleng-geleng kepalanya. dia kelam kabut bangun dan menutup pintu balkoni itu, kali ini berjaya. Dia bersandar di pintu itu.
“Kau pembunuh.. hahahaha,” suara perempuan itu ketawa benar-benar menakutkannya.
“Diam! Diam!” Faris menutup kedua belah telinganya, dia melorot kebawah.
“He, ee.. he ee.. ee...” Kedengaran pula suara perempuan itu menangis.
“Diamlah! Diam! Aku tak salah! Aku tak kenal kau!” Fris menutup telinga dan memejam matanya rapat. Badannya menggigil, peluh merenik di dahinya.
“Sayang…” mendayu suara perempuan itu.
“Arghhhh!!!”
**komen sikit.. hehe :) **