Akankah bersama bab 5



Kereta di parkir di hadapan sebuah rumah. Rasanya betul dah rumah ni, omel hati Irfan.

“Assalamualaikum…” dia memberi salam. Setelah beberapa saat, salamnya disahut oleh seorang perempuan separuh umur.

“Anak ni siapa?” Soal perempuan itu.

“Saya Irfan makcik, anak Asyraf. Saya datang ni nak melawat Pak Samad.” Jelas Irfan.

“Owh.. anak Asyraf, dah besar rupanya kamu ni.. mari la masuk dulu.” Pelawa perempuan itu.

*****************************

“Aduh.. macam mana ni?! Kenapa la dia ambil purse aku!” Bentak Syafriana. Dia melihat lelaki yang dilanggarnya mengamil purse miliknya yang terjatuh itu.

Batu-batu kecil di jalan raya disepak-sepak. Kalau ayahnya tanya macam mana boleh hilang, matila dia nak jawab.

“Yang lelaki tu pergi ambik purse aku tu apasal? Bukan ada banyak duit pon. Bawak jer kereta mahal tapi sengkek ke? Ishh!” Terjuih-juih mulutnya membebel. Sesekali dia membetulkan beg galasnya apabila terasa lenguh dibahu.

Ternganga mulutnya bila melihat kereta itu terpakir elok di kawasan rumahnya. Dia memerhatikan keadaan sekeling..tak ada orang. Dia melangkah perlahan-lahan ke kereta itu lagak seperti seorang pencuri.

Syariana menekup kedua belah tangannya di cermin sebelah tempat duduk hadapan kereta itu. Kelihatan pursenya di atas tempat duduk penumpang hadapan.

“Adoiii..macam mana nak ambik niii..” tangannya spontan cuba membuka pintu kereta itu dan..

Weeweeweeweeeyy… alam kereta itu berbunyi nyaring.

Syafriana panik! Dia berlari kebelakang rumahnya lalu masuk melalui pintu dapur.

“Kamu dari mana ni ni Syaf? Terhendap-hendap macam pencuri!” Sergah ibunya.

“Err.. dari sekolah lah ibu, hari ni kelas tambahan batal sebab tu balik awal. Hehe..”

Cepat-cepat Syafriana masuk ke kamarnya sambil mengurut dada. Selamat..

*********

Irfan lekas-lekas keluar apabila mendengar alam keretanya berbunyi diikuti dengan Pak Samad.

“Macam mana boleh bunyi ni?” Soal Pak Samad.

Dahi Irfan berkerut. “Kawasan ni ada pencuri ke?” Tak berlapik soalan Irfan.

“Ehh, mana ada.. jarang ada kecurian. Mungkin ada yang terlanggar kereta kamu ni. Kucing kot..” Pak Samad jugga pelik.

Erkk kucing?? Irfan hampir tergelak, cepat-cepat dia berpaling ke tempat lain.

“Erm.. dah lah mari kita masuk, insyaAllah tak ada apa-apa ni..”

“Saya rasa nak mintak diri dulu lah pakcik, takut nanti lewat sampai rumah..”

“Laa.. makanlah dulu, dah jauh-jauh kamu datang, makcik kamu pun dah masakkan makanan tengah hari tu..” Pelawa Pak Samad bersungguh-sungguh.

Irfan tidak dapat dapat menolak pelawaan itu. Semasa masuk ke rumah itu dia melihat seorang gadis sedang menghidangkan makanan di meja makan. Erm.. macam pernah nampak.

Tiba-tiba mata Irfan bertembung dengan mata Syafriana, Syafriana cepat-cepat mengelak dan berlalu ke dapur. Irfan mengukir senyuman. Okey.. faham!

Irfan mencuri pandang Syafriana yang berada di hadapannya. Syariana resah, tak tertelan nasi yang dia kunyah. Irfan menyembunyikan senyuman, tadi macam lipas kudung, ini dah macam cacing budak ni aku tengok. Haha..

“Irfan, ni anak pakcik Syafriana.. sekarang tengah form six dekat sekolah hujung kampung tu.” Pak Samad mempekenalkan Syafriana kepada Irfan.

Hampir tersedak syariana. Aduhh, ayah ni buat sesi kenal mengenal pulak! Malunya.. dah la aku langgar dia tadi. Dia tahu aku ponteng.. huwaaaa.

“Owh.. ambik jurusan apa?” Soal Irfan.

“Dia ambil jurusan kemanusiaan, itulah sekarang ni dia sibuk dengan kelas sebab dah nak exam. Tapi hari ni awal pulak dia balik.”

“Owh, syafriana ni mesti rajinkan..” Irfan memerli.

“Nampaknya begitulah.. nanti kalau dia masuk university di Kuala Lumpur tu bolehlah kamu tengok-tengokkan dia.”

“Tak ada masalah pakcik, dia pun dah macam adik saya.” Irfan ukir senyum.

Ceh! menyampah aku tengok. Syariana mencebir, dia memandang Irfan. Irfan juga memandangnya. Mereka berlawan mata.

Syariana: Bagi balik purse aku!

Irfan: Kenapa pulak aku kena bagi balik?

Syafriana: sebab tu aku punya!

Irfan: Ada aku kesah?

Syariana: kau ni kan…grrr

Irfan: Apa-apa?! Report kat ayah kau baru tahu!

“Ehem-ehem..” Pak Samad berdehem. “Rasanya dah nak kematu nasi tu..” Sambungnya lagi memerli. Merah muka Irfan dan Syafriana.. adehh, malunya.

Pak Samad memandang isterinya. Mereka sama-sama tersenyum.

Setelah bersalam dengan Pak Samad Irfan berlalu ke keretanya. Tiba-tiba terasa tangannya ditarik. Dia yang tidak bersedia hanya mengikut si penarik tersebut ke belakang sebuah pohon besar.

“Woii! apa tarik-tarik ni?” Soal Irfan geram.

“Eh, kau jangan buat-buat tak tahu eh.. kasi balik purse aku!” bentak Syafriana, namun suaranya masih cuba dikawal agar tidak terlalu kuat.

“Ehh, budak..” Kepala Syafriana ditunjal dengan jari telunjuknya. “Kau ni dah la langgar aku sampai lutut aku berdarah, lepas tu tak minta maaf pulak tu! Depan mak bapak kau bukan main baik lagi kan..”

“Apa tunjal-tunjal kepala orang ni.. ingat bola ke? Berdarah sikit pun kecoh.. lembik!” Syafriana mengejek.

“Heii.. budak ni aku humban jugak karang!” sakit hatinya bila dikata lembik.

“Ehh lantak lah! Yang penting sekarang ni purse aku.. bagi cepat!” Syariana tidak sabar, takut kalau ada yang melihat.

“Jangan haraplah budak! Pandai-pandai lah kau..” Irfan melangkah ke kereta tanpa memperdulikan Syariana yang memanggilnya. Dia tahu Syafriana takut untuk mengejarnya kerana ibunya baru saja keluar untuk menyiram bunga.

“Eiii.. tak guna punya laki!” Syafriana menghentak-hentak kakinya. Batu-batu kecil di tanah itu disepak-sepak untuk melepaskan geram.

***********

Irfan tiba di rumahnya setelah hampir magrib. Tubuhnya dihempas ke tilam, badannya lenguh kerana memandu terlalu lama. Iphone 5nya dicapai.. sebelas miscall dari Amylea. Hurmm.. nanti-nanti lah dia menelefon semula.

Baru sahaja matanya terpejam satu sms masuk..

Kalau u tak datang jumpa I malam ni, kita putus!


8 comments:

  1. Teruskan perjuangan kau hidupkan nama irfan Hakim yang hensem macho Tu..wakkakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ade org perah sntan..maceh2.. :P

      Delete
    2. Perah santan x pe jgn perah badak..hahahabah

      Delete
    3. Hahahaha...cpt smbung ! Ak sntiasa Ade kat blog kau..kah! Haha

      Delete
    4. haha ok..tp lmbt sikit lah sbb aku bz..cuti baru boleh buat huhu XD

      Delete