Magis (23)

Assalammualaikum..hai.. hehe.. sebelum korang baca cerita ni huhu den nak cakap cerita ni memang macam kartun (fantasy) sikit haha (banyak kot) mungkin akan berlaku kekeliruan pada korang tapi tak apa sebab den pon keliru jugak haha lol >.< btw thnks baca :) *sorry lambat*

Perasaan magis dalam diri seolah-olah memutar alam semesta bak hikayat penuh sang pereka cipta. Dedaunan jatuh berguguran umpama hembusan lembut nafas seorang bijaksana. Hidup yang penuh pancaroba seumpama mimpinya anak-anak tentang cinta yang kadang merosak fikiran yang fana.
Di sini, berdirinya seorang pria yang menganalisa dunia di luar kotak pemikiran manusia biasa. Ke mana harus di bawa misi hatinya yang dahagakan kedamaian alam semesta. Tak mungkin!! Perasaan berkecamuk berlawan dengan kata-kata sendiri. Mana mungkin dunia ini aman tanpa sebarang bencana tercipta dari penduduk alamnya.
Prinsip dia itu cuma satu. Inginkan keamanan! Mengiginkan semua manusia hidup bahagia tanpa bahaya rekayasa manusia. Sinting! Manusia normal pasti mengatakan perkara sebegitu bila berdepan dengannya. Ahhh! Peduli apa dia. Yang penting semua manusia berhak untuk mendapatkannya. Mendapat bahagia! Dan manusia yang memperok perandakan hidup manusia lainnya harus diajar untuk lebih mengetahui apa itu hak manusia.
Rambut beralun lembut di dahi dikuis ke belakang. Cahaya dari bulan terang terbias ke jacket kulitnya yang berwana hitam. Menambahkan karisma diri bagi yang memandang. Kaki melangkah ke sengenap lorong-lorong kecil yang tersembunyi dari sisi pandangan kota raya.
************
“Zassss!!” Libasan kayu yang pantas itu dielak. Matanya merenung tajam dua orang manusia berwajah garang dihadapannya. Bibirnya terjungkit.
“Iyakk!!” Satu tendangan tepat mengenai perut salah seorang manusia itu. Rebah! Manusia seorang lagi melibaskan kayu ke kepalanya namun sempat dielak. Tangan manusia itu ditendang kuat sehingga jatuh kayu yang di pengang.
            Pantas dia mengambil kayu yang jatuh lalu melibas kembali ke perut manusia itu. “Arghh!” Manusia itu menjerit kesakitan lalu lekas-lekas bangkit dan pergi dari situ.
            “Dasar manusia jahanam!” Gigi taring yang terkeluar sedikit sehingga terkena bibirnya mulai tumpul kembali. Peluh di dahi dilap kasar dengan belakang tapak tangannya. Rambutnya yang yang bertukar putih keperang-perangan masih belum kembali keasal dan matanya biru.
            “Wahh.. hebat! Seekor puntianak mengalahkan dua orang manusia yang gagah perkasa.” Arys tersenyum sinis.
             “Jaga sikit mulut kau manusia! Sebelum aku hisap darah kau sampai kering!” Jawab perempuan itu garang.
            “Kau fikir aku takut? Hahahaha.” Arys ketawa sinis.
            Bukk!! Kayu dilibas pantas ke perut Arys, tidak sempat dia mengelak dari serangan yang tidak diduga itu.
            “Argh,” dia mengerang kecil. “Kurang ajar kau perempuan! Di sebabkan kau perempuan aku lepaskan kau.”
            “Owh, yeke? Jadi silalah berambus dari pandangan mata aku!”
            “Ada perkara yang aku nak bagi tahu kau..” Arys berjeda seketika.
            “Dan aku tak ada masa nak mendengar apa-apa daripada kau.” Perempuan itu mula mengorak langkah.
            “Tunggu!” Lengan perempuan itu dipegang. Perempuan itu merentap tangannya, kuat!
            “Jangan mengganggu kehidupan manusia. Kalau tidak.. kau akan berdepan dengan aku.” Arys memberi amaran.
            “Hahahaha..” Perempuan itu ketawa. Sinis! “Baiklah, wahai manusia yang baik hati..”
            “Aku tak main-main dengan apa yang aku cakapkan.. aku tak suka tengok kau menyakiti manusia.” Arys merasa geram diketawakan.
            “Walaupun.. manusia itu yang jahat?” Bulat mata perempuan itu merenung Arys. Mata itu bersinar-sinar kerana terangnnya cahaya bulan. Cantik..
            “Ehem,” Arys berdehem kerana agak terpukau dengan mata bulat itu. “Di mana-mana pun.. yang jahat itu adalah PUNTIANAK.” Sengaja ditekankan perkataan puntianak itu.
            “Terpulang apa yang kau nak fikir.. satu aku nak kau tahu. Aku tak akan ganggu manusia kalau mereka tak ganggu aku, dan kau.. jangan cuba-cuba campur urusan aku!” Garang perempuan itu memberi amaran.
            “Aku terpaksa campur kalau kau menyakiti kaum aku…” Keras suara Arys.
Terjungkit sebelah bibir perempuan itu. “Jadi.. mungkin kita akan berteemu lagi suatu hari nanti.”
***********
Seminggu berlalu..
            “Afiqa!!”
            “Yang kau terjerit-jerit ni kenapa?” Soal Afiqa yang kaget.
            “Dah aku panggil kau pelan-pelan kau tak dengar.. aku jerit banyak kali pon sekarang baru kau dengar. Asal kau ni jalan cepat sangat huh? Penat aku kejar.” Bebel Mira, rakan sekelasnya.
“Err.. maaf. Aku pakai earphone so, kurang jelas pendengaran.” Afiqa tayang gigi.
“Ni.. aku nak bagi tugasan kumpulan kita dekat kau.” Mira hulur kertas.
“Owh.. thanks.” Afiqa membelek-belek kertas itu, susah jugak ni. Omel hatinya.
“Aku pergi dululah eh, ade kelas.” Mira minta diri.
“Ok.. jumpa lagi.”
“Owh.. by the way, kenapa aku rasa cara kau cakap sekejap skema, sekejap tak eh?” Soal Mira dengan dahi berkerut.
“Er.. eh! kau dah lambatkan? Pergilah cepat.” Afiqa menolak perlahan badan Mira, memaksanya pergi dari situ. Rimas dengan soalan yang ditanya.
Afiqa mengorak langkah keluar dari kawasan university. Dia duduk di perhentian bas. “Lambat pulak  bas hari ni..”
“Tolong!! Tolong!!”
Afiqa melihat beg tangan mak cik yang turut berada di perhentian bas itu diragut oleh dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Makcik itu jatuh semasa cuba mempertahankan beg tangannya. Afiqa cepat-cepat membantu makcik itu bangun. “Makcik duduk sini dulu,” Dia memimpin makcik itu duduk di tempat duduk yang disediakan.
“Tolong makcik nak.. makcik baru keluarkan duit tadi. Semua duit makcik ada dalam beg tu.” Sayu suara makcik itu. Membuatkan hati Afiqa sakit.
“Makcik tunggu sini sekejap yer, saya akan dapatkan balik beg makcik.” Ujar Afiqa bersungguh-sungguh sebelum pantas berlari. Dia menggunakan kelebihan deria baunya untuk menjejaki peragut itu.
Dia melihat  peragut itu membelokkan motosikalnya ke dalam sebuah lorong kecil di celah-celah bangunan. Pantas dia mengekori mereka, larian di lajukan. Dia masuk ke lorong satu satu lagi dan bersembunyi.
“Hiyakkk!” Motosikal itu ditendang sebaik sahaja ingin melintas di hadapannya. Zreekkk!! Motosikal itu terserek sebelum tumbang. Dua orang lelaki itu terjatuh lalu segera bangun.
“Kurang ajar kau!” Lelaki itu mengangkat tangannya ingin menampar Afiqa namun sempat ditangkas olehnya. Bukk! Tendangan dilepaskan ke perut lelaki itu. Arghh! Tubuhnya terdorong ke belakang.
Datang lagi seorang lelaki menghayunkan kayu ke kepala Afiqa. Dia memusingkan badannya lalu mengangkat kakinya tinggi ke tangan lelaki tersebut. Kayu itu jatuh, lelaki itu menyerigai kesakitan.
“Lebih baik kamu berdua pergi sebelum aku bunuh kau berdua.” Serentak itu taringnnya mula keluar melewati bibirnya. Matanya menjadi biru.
“Kau, kau… hantu!!” Peragut itu lari ketakutan melihat perubahan wajah Afiqa.
Afiqa mengutip beg tangan makcik itu yang berada di atas jalan dengan senyuman. Wajahnya juga sudah bertukar normal. Segera dia berlari mendapatkan makcik yang berada di stesen bas tadi.
“Terima kasih nak.. tak sangka boleh dapat balik. Terima kasih sangat-sangat.” Ujar makcik itu bersungguh-sungguh dengan suara yang serak.
“Tak apa makcik.. hal kecik je ni, makcik jangan sedih dah ya..” Afiqa mengusap-ngusap bahu makcik tersebut.
“Makcik tak tahu macam mana nak balas budi baik nak..”
“Eh, tak perlulah makcik. Saya tolong ikhlas,” Afiqa tersenyum.
*************
Peragut yang berlari lintang pukang tersebut terlanggar seorang lelaki sehingga terjatuh.
“Eh, kenapa ni?”Soal Arys apabila melihat muka cemas peragut itu.
“Kami nampak han, han, hantu..” Terketar-ketar mulut peragur itu menjawab.
“Huh? Siang-siang mana ada hantu,” Arys seakan-akan boleh mengagak sesuatu.
“Betul bang.. kami ni baru je kena belasah dengan dia.” Bersungguh-sungguh peragut itu berkata.
“Kenapa kamu berdua kena pukul dengan dia.” Soal Arys.
“Er… sebab.. dia tiba-tiba serang kami bang. Dah nama hantu mestila jahat.” Gelisah peragut itu menjawab persoalan itu. Tak pasal-pasal ke longkap nanti. Lekas-lekas mereka berlalu dari  situ.
Ni mesti kerja puntianak. Dasar puntianak, aku dah bagi amaran pun masih berani lagi.
*************
Afiqa berjalan senang hati menyusuri kedai-kedai di jalan itu. Ok, dah jumpa. Dia memasuki sebuah kedai buku.
Bukk!
“Opss, maaf..” Afiqa segera mengutip buku yang jatuh daripada orang yang dilanggarnya. ‘Asal-usul puntianak’ dia sempat membaca tajuk buku tersebut.
“Nah..” Afiqa mendongak, erk! Dia lagi, patutlah.. Afiqa melemparkan senyuman sinis kepada lelaki itu.
Arys mengambil buku yang dihulur. Senyuman tu.. macam pernah nampak. Tapi.. di mana? Dahinya berkerut sambil melihat perempuan itu berlalu.
“Tunggu!” Jerit Arys.
Afiqa berpaling melihatnya.
“Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” Soal Arys.
“Awak rasa?” Afiqa mengangkat kening sebelah.
“Kau.. puntianak tu?!” Jerit Arys terkejut melihat penampilan Afiqa yang persis manusia biasa.
“Puntianak? Saya rasa awak ni gila agaknya..” Ujar Afiqa mempermainkan Arys. Tambah-tambah bila orang ramai mula memberi pandangan pelik pada Arys.
“Kau…” Arys berjeda seketika bila melihat orang ramai memandangnya. “Ehem.. maksud aku, macam muka artis yang berlakon cerita puntianak tu. Maya Karin,” bantai Arys.
“Owh.. awak puji saya la ya? Terima kasih..” Afiqa tayang senyuman lebar. Sakit hati Arys melihatnya.
“Err.. lebih kuranglah.” Geram hati Arys tak terkata. Siap kau Puntianak!
Afiqa berjalan menghampiri Arys sehingga betul-betul tepat berada di hadapan muka Arys. “Untuk pengetahuan kau.. aku bukan puntianak, tapi vampire.” Ujar Afiqa perlahan cukup didengari mereka berdua sahaja.
“Apa bezanya puntianak dengan vampire?” Suara Arys juga perlahan.
“Aku tak ada masa nak terangkan apa-apa dekat kau.. dan, lebih baik kau jangan panggil aku dengan panggilan tu kalau tak nak dianggap gila.” Afiqa mengorak langkah meninggalkan Arys yang sedang bengang dengannya.
            **********
Bukk! Arys menendang perut lelaki yang bersenjatakan parang itu sehingga lepas gengamannya. Parang itu segera di ambil dan dihayunkan ke lengan lelaki itu.
            “Pergi sebelum aku cincang badan kau!” Arys memberi amaran.
            “Kau jagan masuk campur urusan aku!” Jerkah lelaki itu sambil cuba melepaskan tendangan ke perut Arys. Arys tangkas menghalakan parang tersebut ke kaki lelaki itu. Lelaki itu mengerang sambil lari terjungkit-jungkit pergi dari situ.
            “Akak tak apa-apa?” Tanya Arys kepada wanita yang sedang teresak-esak menagis.
            “Akak tak apa-apa..tapi akak takut suami akak tu datang balik dan cuba jual akak kepada sendiket pelacuran.” Gogoi wanita itu.
            Arys terkejut mendengar kata-kata wanita tersebut. Tak guna! “Akak jangan risau, saya akan hantar akak ke balai polis. Akak akan dapat perlindungan dekat sana.”
            Di sebalik dinding di situ, Afiqa melihat segala perbuatan Arys. Sebenarnya, dia juga ingin menolong wanita tersebut tetapi Arys bertindak lebih cepat.
            *************
            “Malam esok adalah malam penentuan bahawa seluruh vampire akan menguasai dunia ini. Hahahaha.” Seorang lelaki bermata biru, bergigi taring serta rambut berwarna hitam bercampur kuning duduk gah di atas kerusi yang sangat tinggi dan besar. Seolah-olah raja yang duduk di atas singgahsananya.
            “Betul tu ketua, esok kita akan hapuskan kesemua manusia-manusia yang menghalang kita selama ni. Puak-puak kita pun sudah berkumpul dan bersiap sedia menghadapi pertarungan esok. Hahahah.” Ungkap seorang lelaki yang kelihatan normal cuma matanya berwarna kuning.
“Semestinya kita akan menang kerana mereka semua tidak tahu yang kita akan menyerang mereka.” Ketua itu kelihatan bersungguh-sungguh.
            “Jack, siapkan semua senjata dan pastikan puak-puak kita melakukan persiapan dengan selengkapnya. Sudah tiba masanya..bumi di tawan oleh aku dan puak vampire semuanya. Dan manusia hanya layak menjadi hamba.
            “Baik ketua.” Jack menundukkan kepalanya seketika dan segera keluar melaksanakan amanah yang diberi.
            “Afiqa!!” Jerit ketua itu tiba-tiba. Afiqa yang bersembunyi di sebalik dinding terkejut. Dan keluar menunjukkan diri.
            “Berani kau menceroboh ke dalam istana aku ya?!” Jerkah Ketua itu dengan mata garang. Jika dilihat dengan gigi taringnya.. benar-benar menakutkan.
            “Kau tidak boleh berbuat begitu Marcos! Jangan ganggu kehidupan manusia, dunia ini untuk dikongsi bersama.” Afiqa tidak gentar.
            “Dikongsi? Apa kau buta Afiqa! Kau tidak lihat apa keturunan manusia yang dulunya lakukan pada puak kita sehingga hampir pupus?!” Marah Marcos.
            “Apa yang dilakukan manusia pada zaman dulunya itu betul. Mereka cuma mempertahankan diri mereka daripada nenek moyang kita yang jahat. Memang tidak dinafikan memang ada yang jahat diantara mereka. Begitu juga dengan kita..” Afiqa berjeda. “dunia ini untuk dikongsi bersama-sama Marcoss, jangan jadi tamak!
            “Kalau ayah kau mendengar kau berbicara seperti ini pasti dia akan kecewa.”
            Hati Afiqa sentap!
            “Kalau kau cuba menghalang kami, aku tak akan teragak-agak untuk membunuh kau! Disebabkan kau anak adik lelaki aku, aku lepaskan kau. Sudah kukatakan pada ayah kau dulu agar jangan mempunyai hubungan dengan manusia. Lihatlah sekarang! Hasilnya kau yang cuba menghapuskan puak sendiri. Tak sia-sia aku bunuh ibu kau sebaik sahaja ayah kau mati!”
            Air mata Afiqa menitis… tak guna!
***************
            “Ada perkara penting aku nak beritahu kau.” Ujar Afiqa yang tiba-tiba duduk di hadapan Arys.
            “Aku tak ada masa nak dengar..” Ujar Arys tenang.
            “Terpulang.. tapi jangan salahkan aku kalau kaum kau hancur.” Afiqa juga tenang.
            “Apa kau cakap?” Dahi Arys berkerut.
            “Malam ni.. vampire akan menyerang semua pahlawan yang mempertahankan manusia. Akan berlaku pertempuran.. dan sebelum itu terjadi kita mesti menghalang mereka.” Terang Afiqa.
            Arys merenung Afiqa. “Kenapa kau beritahu semua ni kat aku? Bukankah kau dari pihak mereka?” Arys was-was.
            “Aku tidak berpihak kepada sesiapa.. aku cuma mahukan keamanan, terpulang pada kau nak percaya atau tidak. Dan kalau kau tak nak ikut aku tak apa.. aku akan hadapi mereka seorang diri.” Afiqa bangun.
            “Tunggu! Aku ikut…”
            Afiqa duduk kembali. “Aku aku terangkan dekat kau macam mana nak hapuskan vampire.”  Arys mengangguk.
            “Vampire akan mati jika ditikam dengan pedang yang mempunyai darah manusia. Dan mestilah tepat ke dada mereka.” Arys tekun mendengar. “Jadi.. kau harus letakkan dulu darah kau pada pedang kau.” Sambungnya lagi.
            “Kau tak takut ke bagi tahu semua ni pada aku?”
            Afiqa senyum. “Benda ni tak akan berhasil pada aku kerana aku hanya separuh vampire. Bermaksud, kalau kau tikam aku tanpa darah pon aku akan mati. Tapi, aku tak kan benarkan ia terjadi.”
            “Apa maksud kau separuh?” Arys pelik.
            “Ayah aku vampire.. berkahwen dengan manusia biasa. Terhasillah aku.” Jawab Afiqa
            “ Kalau macam tu.. banyaklah manusia macam kau di dunia ini.” Bulat mata Arys.
            “Tak jugak.. mereka hanya boleh menjadi seperti aku kalau ayah mereka dari keturunan atasan vampire. Vampire biasa darahnya akan menjadi biasa apabila bercampur dengan darah manusia. Maksudnya, darah yang ada dalam badan anak mereka sama saja seperti darah manusia.” Terang Afiqa panjang lebar.
            “Jadi ayah kau…”
            “Ayah aku dah tak ada, ketua vampire yang kita akan hadapi nanti atau lebih tepat bunuh adalah pakcik aku sendiri.” Terpancar kesayuan di wajah Afiqa.
            “Kau yakin..” Soal Arys
            “Habis tu kau nak tengok je manusia diserang. Ingat, separuh aku juga adalah manusia. Siapa yang jahat mesti dihalang!”
********************
            Semua perisai siap dipakai, pedang sudah tersedia digalas di belakang. Sebelum mereka menyerang manusia, mereka mesti di hapuskan. Mereka berdua menceroboh kedalam istana Marcoss. Para pengawal sudah mereka hapuskan dengan tangkas dan senyap!
            “Kita berpecah.. kau ke kiri aku ke kanan,” Ujar Arys.
            “Tapi,” Afiqa teragak-agak.
            “Jangan risau.. aku pun tahu berlawan.”
            Mereka berdua berpecah, untuk mencari Marcoss. Ketua harus dihapus agar vampire lainnya tidak jadi bertindak.
            “Argghh” Arys menjerit kerana ditendang.
            Arys bangun dan menedang kembali perut Marcoss. Malangnya Marcoss tidak terkesan apa-apa.
            “Hahaha.” Marcoss mendekati Arys. “Jangan!” Afiqa menjerit.
            “Aku sepatutnya bunuh kau bersama dengan ibu kau dulu Afiqa! Tapi disebabkan kau terlalu mirip ayah kau aku tak sanggup. Sekarang kau betul-betul buat aku marah!” Tengking Marcoss. Afiqa memberi isyarat mata kepada Arys.
            “Betul sepatutnya kau bunuh aku awal-awal lagi Marcoss. Tapi mungkin tuhan nak aku balas kejahatan kau yang bunuh ibu aku dulu!” Afiqa membalas tanpa gentar. Sementara itu Arys mengeluarkan pedangnya dan menghiris tapak tangannya.
            “Jahanam kau!” Zupp! Pedang Marcoss tembus di perut Afiqa.
            Arys yang terkejut melihat kejadian itu cepat-cepat menusuk dada Marcoss dengan pedangnya. Marcoss mengerang dan rebah perlahan-lahan.
            “Afiqa!” Arys memangku kepala Afiqa. Afiqa kelihatan lemah dengan darah yang berlumuran di perutnya. Arys menekapkan tangan pada perut Afiqa menahan darah dari merembes keluar.
            “Terima kasih tolong aku Arys. Jadilah manusia yang sentiasa menolong orang tanpa lelah. Aku tak kan lupakan kau. Semoga kita jumpa lagi.” Afiqa senyum sambil matanya perlahan-lahan terpejam.
            “Afiqa, Afiqa!!” Jerit Arys, air matanya menitis.
            Bukkk!
            “Adoiii sakitnyaa..” Arys mengosok-gosok kepalanya.
            “Happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to Arys happy birthday to you..yeahhh!!”
            Arys menggosok-gosok matanya, dia melihat seluruh ahli keluarganya berada di hadapannya dengan kek berserta lilin. Laaa aku mimpi rupanya. Kenapa rasa macam real je ni. Sampai jatuh-jatuh katil.
            “Woii, Arys cepat tiup lilin.” Jerkah abangnya bila melihat Arys blur.
            “Ok, ok..Arghh!” Dia melihat tapak tangannya. Terdapat kesan hirisan! Dahinya berkerut, apakah?
            ********************
“Afiqa! Afiqa! Wehhh, bangun!” Jerit Ryuna, rakan sebiliknya.
            “Huh?” Afiqa membuka matanya terkebil-kebil.
            “Asal kau nangis huh? Terkejut aku, ingat kan ape la tadi, mengigau rupanya.”
            Afiqa memegang perutnya.. kenapa sakit sangat ni?! Kenapa seolah-olah mimpi tu real?
            “Oh ya! Selamat hari tua Afiqa! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dunia akhirat dan cepat-cepat dapat jodoh. Hehehe, ni untuk kau.” Ryuna menghulurkan kotak sederhana besar bercorak tedy bear warna biru bersama sengihan.
            “Birthday aku ke?” Afiqa blur.
            “Yelaa.. 23 haribulan kan?”


***TAMAT***
**Dalam hidup ni memang banyak perkara misteri kan? kadang2 lagi kita fikir lagi pening sampai boleh jadi gila. Tapi janganlah percaya cerita atas ni.. rekaan semata-mata k..hehe :)


5 comments:

  1. aku x pernah menyesal kenal kau30 December 2014 at 06:57

    Thnks,sbb sudi buat cerita tentang aku,nama aku,cerita sempena tarikh hri jdi aku,im appreciate so much selama ni kau bnyak tolong aku,kau pakai gmba yg aku bagi haha,kau layan je perangai aku,kau sllu pujuk aku walaupun aku tahu kekadang kau terasa dgn stiap patah perkataan yg aku tulis,aku mintak maaf..tapi satu je kau x pernah nak puji yang aku ni kacak haha aku x pernah pon nmpak kau puji aku mcm tu ,aku tahu aku dah sangattt kacak tapi aku nak jugak kau puji . Ni tak , kau sllu sebut aku comel.ape yg ade pada comel haha..aku tahu semua di budak2 cb sana kadang2 x suka perngai aku,yelah aku nikan kasar orgnya..suka ejek2 org tapi bagi aku tu hnya gurau ,mungkin gurauan tu kasar bgi dia tapi tak bagi kau kan?kau pasrah je tapi kau x redho hahaha.aku thu kau kenal tulisn aku ni dan aku nak kau jgn bgi tahu kt org lain siapa aku . □kau kawan yang pling baik pernh aku jumpa termasok kawan2 aku yg kat cb :D -salam sayang sahabat- tolong terima maaf aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha wehh jgnla emo hehhe.. aku xsdr plak selalu tolong ko haha terasa pon mmg pagai kau gitu gila2 kdg2 ko pon ade jgk buat aku krg emo kiki haha kak suii ckp ko comey.. smpai bila2 pon ko x kacakk haha _slmsygshbtjgk_ :) maaf dterima lol

      Delete
  2. Replies
    1. rajin intan bace cite akk..thanks hehe

      Delete